Ustaz Haji Ismail Osman ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia.

Ustaz Haji

Ismail Osman
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu
Memegang jawatan
2019
Didahului olehHusain Awang
Butiran peribadi
Alma materUniversiti al-Azhar, Mesir

Beliau merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir), daripada Universiti al-Azhar, Mesir (1978-1983).[1] Sebelumnya, beliau mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar (1971-1973) dan Kolej Islam Kelang (1974-1977).

Beliau pernah menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu di atas tiket PAS dalam pilihan raya umum Malaysia 1999.[2] Beliau tewas dengan majoriti 125 undi setelah mendapat 4,188 undi berbanding lawannya Rosol Wahid daripada UMNO yang mendapat 4,313 undi.[3]

Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah menjawat jawatan Penolong Pengarah di Lembaga Peperiksaan Malaysia (1993-1995), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) (1991-1993) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab (SHOAW) (1984-1988) serta Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Kuching Sarawak (1989-1991). Selepas tewas dalam PRU ke-10 tahun 1999, beliau diamanahkan sebagai Pengarah Unit Pembangunan Insan (UPI) di bawah Pejabat Menteri Besar Terengganu (1999-2004), Pendaftar Kolej Universiti Darul Quran Islamiah, Kuala Terengganu (2006-2015) dan kini sebagai Pengetua Maahad Darul Quran, Rusila, Marang, Terengganu (2019-sekarang).

Di peringkat parti, beliau merupakan Penolong Setiausaha 1 Dewan Ulamak PAS Pusat sejak 2019 [4] dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu juga sejak 2019.[5] Selain itu, beliau pernah menjadi Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Hulu Terengganu (2001-2021), Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (2013-2019) dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (2001-2013).

Rujukan sunting

  1. ^ YUSOF, AZMI (2023-06-21). "Tuan Guru Harun Taib: Arkitek tarbiah PAS". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-25.
  2. ^ "Penamaan Pilihan Raya DUN 1999". jufree.tripod.com. Dicapai pada 2023-12-25.
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Terengganu 1999". bulanhijau.tripod.com. Dicapai pada 2023-12-26.
  4. ^ "Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat Sesi 2023/2025". pas.org.my. Dicapai pada 2023-12-26.
  5. ^ YUSOF, AZMI (2019-07-21). "Dr Samsuri dilantik Timbalan Pj PAS T'ganu". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-25.