Buka menu utama

Nordin Ahmad

Pelakon dan pengarah Malaysia

Nordin Ahmad ialah seorang pelakon filem Melayu Malaysia terulung. Beliau dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929.[2] Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Sri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyung, Gurindam Jiwa dan Lanchang Kuning. Selain itu, beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat dan Cucu Datuk Merah.

Nordin Ahmad
Nordin Ahmad.jpg
Nordin Ahmad, pelakon filem Melayu.
Kelahiran(1929-08-04)4 Ogos 1929 [1]
Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaya British (kini Malaysia)
Meninggal dunia15 Jun 1971(1971-06-15) (umur 41)
Hospital Besar, Singapura
Sebab kematianDemam Kuning
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bedok, Singapura
KediamanSingapura
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon & Pengarah filem
Tahun aktif1951–1971
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Terkenal keranaSemerah Padi
Hang Jebat
Cucu Datuk Merah
Air Mata Duyung
Lanchang Kuning
Sri Mersing
Gurindam Jiwa
PasanganSalmah Hitam (meninggal dunia 2009)
AnakAsmah Nordin
Norman Shah Nordin (Tuah)
Asnor Nordin
SaudaraSidek Ahmad (adik)

KerjayaSunting

Penglibatan beliau bermula apabila beliau bekerja sebagai kerani di pangkalan Tentera Udara Diraja British di Seletar, Singapura pada 1951 dan tidak menyimpan hasrat berlakon sehingga melihat iklan mencari pelakon-pelakon baru di Utusan Melayu. Atas dorongan rakan-rakan, beliau menerima jemputan uji bakat bersama Malay Film Productions Ltd. (MFP) tetapi gagal. Pengarah S. Ramanathan yang mengujinya berpendapat Nordin tidak mampu berlakon.

Nordin menerima tawaran bekerja sebagai buruh kasar di studio MFP dengan harapan dapat menjadi pelakon satu hari kelak. Beliau muncul di beberapa filem termasuk Rayuan Sukma dan Juwita sebagai pelakon tambahan tanpa dialog. Pengarah Haji Mahadi mengambil Nordin menjadi pelakon utama filem Permata di Perlimbahan berganding dengan Maria Menado tetapi filem itu tidak laris. Akibatnya, nama dan kerjaya Nordin mula merudum dan terumbang-ambing dan beliau terpaksa menjadi pelakon tambahan semula, sebahagiannya ialah watak-watak antagonis. Biarpun begitu dia mencekalkan semangat dan tidak berputus asa.

 
Teruna (Nordin Ahmad) dalam filem Semerah Padi 1956

Rakan Nordin, P. Ramlee ialah orang yang bertanggungjawab menaikkan semula nama Nordin dalam filem Semerah Padi pada tahun 1956. P. Ramlee dengan yakin memberikan watak Teruna iaitu hero utama kepada Nordin dan hasilnya, nama Nordin kembali memuncak dan sebaris dengan bintang-bintang ternama dalam industri filem Melayu. Sebaik sahaja tamat kontraknya bersama MFP, pada 31 Disember 1956, maka Nordin Ahmad mula dilamar oleh Cathay-Keris Film Productions dengan tawaran lumayan dan menjadi kesayangan Cathay. Itupun atas nasihat P. Ramlee supaya berhijrah ke syarikat produksi tersebut, kerana P.Ramlee yakin Nordin Ahmad akan lebih berjaya di situ jika dibandingkan dengan MFP.

Pengarah-pengarah berlumba-lumba untuk mengambilnya membintangi filem mereka. Di samping jalan cerita yang menarik dan pengarahan yang bagus, Nordin Ahmadlah elemen penting dalam kejayaan filem-filem Cathay Keris seperti filem Hang Jebat arahan Husain Haniff, Cucu Datuk Merah oleh M. Amin dan Sri Mersing oleh Salleh Ghani.

Nordin sendiri ditawar menjadi pengarah pada 1964 dengan filem pertamanya Wan Perkasa yang tidak begitu berjaya. Namun begitu, peluang mengarah terus diberikan kepadanya melalui filem-filem Kasih Ibu, Naga Tasik Chini, Play Boy, Kekasih, Si Murai, Nafsu Belia, Keranda Berdarah, Mat Lanun dan Lubang Neraka. Nordin mengakui bahawa beliau lebih terserlah sebagai pelakon berbanding pengarah.

Namun yang pasti, setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Sri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani dengan dialog berpantun ; "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu." Dalam filem Gurindam Jiwa (1966), Nordin berganding dengan Latifah Omar mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dengan rangkap "Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan". Filem terakhir Nordin ialah filem Jahanam arahan M. Amin yang diterbitkan pada tahun 1971, yang mana Nordin berganding dengan seniwati Saadiah.

Meninggal DuniaSunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar, Singapura pada 15 Jun 1971 ketika berusia 41 tahun kerana menghidap demam kuning. Beliau meninggalkan balu, seniwati Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata - Asmah, Norman Shah (Tuah) dan Asnor.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Juga dikreditkan sebagai Peranan Catatan
Pelakon Pengarah
1951 Rayuan Sukma Ya Tidak Filem pertama
Juwita Ya Tidak Kemunculan khas
1952 Aladdin Ya Tidak
Permata Di Perlibahan Ya Tidak
1953 Cemburu Ya Tidak
Putus Harapan Ya Tidak Osman
Ibu Ya Tidak Borhan
1954 Panggilan Pulau Ya Tidak Johan
Arjuna Ya Tidak
Perjodohan Ya Tidak Yaakob
Gelora Hidup Ya Tidak
1955 Abu Hassan Pencuri Ya Tidak Jafar atau Putera Raja Tartar
Roh Membela Ya Tidak
Bernoda Ya Tidak
1956 Hang Tuah Ya Tidak Hang Kasturi
Semerah Padi Ya Tidak Teruna
Anakku Sazali Ya Tidak Mansor
1957 Belantara Ya Tidak
1958 Orang Minyak Ya Tidak Orang Minyak
Serangan Orang Minyak Ya Tidak Orang Minyak
1959 Mahsuri Ya Tidak Dato' Panglima Deramang
Raden Mas Ya Tidak Panglima Dandiar
1960 Noor Islam Ya Tidak
1961 Siti Zubaidah Ya Tidak Sultan Zainal Abidin
Sri Mersing Ya Tidak Damaq
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Ya Tidak Datuk Laksamana Megat Seri Rama
Hang Jebat Ya Tidak Hang Jebat
Yatim Mustapha Ya Tidak Derma Lingga
1962 Dang Anom Ya Tidak Malang
Lanchang Kuning Ya Tidak Panglima Alang Yahya
Tun Fatimah Ya Tidak Tun Ali
Laila Majnun Ya Tidak Qais
Jula Juli Bintang 7 Ya Tidak Tengku Maharin
1963 Cucu Datok Merah Ya Tidak Awang Janggut
Gul Bakawali Ya Tidak
Tajul Ashikin Ya Tidak Tengku Ibrahim @ Tajul Ashikin
1964 Air Mata Duyung Ya Tidak Awang Jermal
Hutang Darah Dibayar Darah Ya Tidak
Panglima Besi Ya Tidak
Wan Perkasa Tidak Ya
1965 Gurindam Jiwa Ya Tidak Dahlan
Patung Cendana Ya Tidak
Kasih Ibu Tidak Ya
1966 Naga Tasik Chini Tidak Ya
1967 Play Boy Ya Ya
1968 Simurai Ya Ya Kemunculan khas
Kekasih Tidak Ya
Mat Lanun Tidak Ya Juga pengarah bersama
1969 Sial Wanita Ya Tidak Johan
Serikandi Ya Tidak
Nafsu Belia Tidak Ya
Keranda Berdarah Tidak Ya
1970 Lubang Neraka Tidak Ya
1971 Jahanam Ya Tidak Sang Kurnia Filem terakhir

RujukanSunting

Pautan luarSunting