Raden Mas (filem 1959)
Filem Raden Mas merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1959. Filem Raden Mas diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Raden Mas | |
---|---|
Pengarah | L. Krishnan |
Dibintangi | M. Amin Latifah Omar Nordin Ahmad |
Sinematografi | Hitam-putih |
Tarikh tayangan | [1] | 19 Ogos 1959
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Filem Raden Mas diarah oleh pengarah L. Krishnan pada 1959.
Ringkasan
suntingPengiran Agung berkahwin dengan Mas Ayu, seorang penari namun perkahwinan mereka ditentang oleh Raden Manosekoro dan Raden Mas Ratu mengutuskan Pengiran Agung memburu kijang. Sekembalinya Pengiran Agung daripada berburu, baginda mendapati istananya terbakar dan Mas Ayu terbunuh. Pengiran Agung mengambil keputusan untuk membawa diri bersama puterinya Raden Mas yang berjaya diselamatkan. Raden Mas dibesarkan seperti orang kebanyakan tanpa mengetahui asal-usulnya. Satu hari, Raden Mas terserempak dengan seorang puteri raja bernama Tengku Halijah. Raden Mas dipukul kerana mencuba menasihati Tengku Halijah. Apabila mengetahui siapa sebenarnya Raden Mas, Sultan mengahwinkan Pengiran Agung dengan puterinya sebagai menebus kesalahan. Raden Mas yang dahagakan kasih sayang ibu gembira dengan perkahwinan itu sebaliknya Tengku Halijah malah memusuhi Raden Mas. Apakah kesudahan nasib Raden Mas?
Pelakon
sunting- M. Amin sebagai Raden Kesumo Joyo Diningran @ Gusti Pangeran Agong
- Latifah Omar sebagai Raden Mas
- Nordin Ahmad sebagai Panglima Dandiar
- Siput Sarawak sebagai Mas Ayu
- Siti Tanjung Perak sebagai Gusti Raden Ayu
- Mahmud Jun sebagai Wanusugoro
- Shariff Medan sebagai Kanjeng Ratu Kediri
- Yem sebagai Sultan
- Umi Kalthum sebagai Tengku Halijah
- Mustapha Maarof sebagai Tengku Bagos
- Udo Omar sebagai Datuk Bendahara
- Aiddie Ali sebagai Tengku Chik
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Filem Raden Mas]
- Filem Raden Mas] Diarkibkan 2013-11-12 di Wayback Machine
- (Inggeris) [pautan mati kekal] Filem Raden Mas]