Umi Kalthum

Pelakon veteran wanita Malaysia

Datin Hajjah Patimah Bte Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum (18 Oktober 1931 – 24 Julai 2013) merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau sebelah bapa serta Mandailing sebelah ibu.[1]


Umi Kalthum
Umi Kalthum pada 2011
Kelahiran
Patimah Bte Bahaudin

(1931-10-18)18 Oktober 1931
Meninggal dunia24 Julai 2013(2013-07-24) (umur 81)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Klang Gate
Nama lainUmi Kalthum
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1953–2000
Terkenal keranaWatak Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah
Pasangan
Anak-anak8 (termasuk Noorkumalasari) Anita Sarawak (anak tiri)
IbuRokiah Sutan Mohd Zain
BapaBahaudin Baginda Mohd Aris

Kerjaya

sunting

Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.

Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Cathay-Keris Film Productions yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.

Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Meninggal dunia

sunting

Beliau (81 tahun) meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, kira-kira jam 4 pagi pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434 H.[2][3][4]

Filemografi

sunting
 
Umi Kalthum bersama P. Ramlee dalam filem Bukan Salah Ibu Mengandong
Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Buloh Perindu Filem pertama
Kampung Nelayan
1954 Dahlia
Tangisan Ibu
1955 Kipas Hikmat
1959 Bawang Putih Bawang Merah Bawang Putih
Raden Mas Tengku Halijah
Mahsuri Cik Biah
1960 Tunang Pak Dukun
1961 Yatim Mustapha Permaisuri Sulong
Hang Jebat Permaisuri Tun Tijah
1962 Laila Majnun Ibu Laila
Badang
Dang Anom
Jula Juli Bintang 7
1963 Masuk Angin Keluar Asap Umi
Bayangan Di Waktu Fajar
Gila Talak
1964 Kalong Kenangan Utih
Pontianak Gua Musang Halimah
Panglima Besi Isteri Panglima Besi
Hutang Darah Dibayar Darah
1967 Dosa Wanita
1969 Sial Wanita
Bukan Salah Ibu Mengandong Ibu Murad
1970 Tuah Badan Hamida
1977 Menanti Hari Esok Che Mah
1978 Dayang Suhana Halimah
1979 Dendang Perantau Datin Adila Watak ibu Emilia lakonan Uji Rashid
Esok Masih Ada Ibu ASP Zamri
1981 Abang Datin
1982 Esok Untuk Siapa Datin Zainab
1983 Ke Medan Jaya
1989 Sumpahan Mahsuri Datin
2000 Syukur 21 Nab Filem terakhir
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1972 Awas Abu Nawas TV1 Drama pertama
1976–1979 Atap Genting Atap Rumbia
1978 Dagang Perantau
Bila Mendong Berlalu
1979 Anakku Suamiku
1996 Diari TV3 Drama terakhir

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1975 Setitik Embun TV1
1993 Keinsafan
1994 Pengantin Popular TV3

Rujukan

sunting
  1. ^ Arwah Umi Kalthum Tinggalkan Nota Bersyarat Lima.
  2. ^ SENIWATI UMI KALTHUM KEMBALI KE RAHMATULLAH Sinar FM
  3. ^ TAKZIAH... Seniwati Umi Kalthum kembali ke Rahmatullah manggaonline
  4. ^ "Veteran actress Umi Kalthum dies". New Straits Times. 24 Julai 2013. Dicapai pada 29 Julai 2013.

Pautan luar

sunting