S. Roomai Noor
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Disember 2012) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Dato' Haji S. Roomai Noor (dilahirkan sebagai Muhammad Taib Bin Salleh; 22 Februari 1923 - 16 Mac 1994) merupakan seorang mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon dan pengarah yang berasal dari Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.
Dato' S. Roomai Noor | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Muhammad Taib bin Salleh 22 Februari 1923 Kampung Tengah, Temerloh, Pahang, Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 16 Mac 1994 Hospital Makkah, Arab Saudi | (umur 71)
Sebab kematian | Paru-paru berair |
Warganegara | Malaysia Singapura |
Pekerjaan | Mekanik, gerila, kerani, penulis, pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 1948–1989 |
Majikan | Malay Film Productions Cathay-Keris Film Productions Merdeka Film Productions Jins Shamsuddin Productions Fleet Communications ISE Film Productions ZHA Film Productions Cinematic Sdn Bhd Mahsuri Filem Sdn Bhd |
Terkenal kerana | Berlakon dalam filem Chinta |
Pasangan | Siput Sarawak (1951 - 1953; bercerai) Umi Kalthum (1955 - 1996; kematiannya) |
Anak | Anita Sarawak (anak bersama Siput Sarawak) Noorkumalasari (anak bersama Umi Kalthum) Noor Salawati Sonadi Noor Noor Latiff Noor Jumaaton Noorul Mukmin Nuraini Jaafar (anak tiri bersama Umi Kalthum) Muhammad Bin Jaafar (anak tiri bersama Umi Kalthum) |
Kehidupan awalSunting
Muhammad Toyib Bin Salleh dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada 22 Februari 1923 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang sehingga ke peringkat Junior Cambridge.[1]
Semasa Perang Dunia Kedua, beliau pergi ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis yang terkenal, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Beliau kembali ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau itu telah menyebabkan keluarga terdekat beliau merasa terkejut kerana pada sangkaan mereka, beliau telah meninggal dunia semasa pendudukan Jepun.
KerjayaSunting
Beliau memulakan karier lakonan pertamanya dalam filem Chinta arahan B. S. Rajhans pada tahun 1948. Filem arahannya yang pertama ialah filem Adam pada tahun 1956.
Sepanjang kerjayanya, beliau mengunakan pendekatan bahawa media dan wartawan Melayulah yang diharap untuk mendekati dan mendaulatkan dunia filem Melayu dan dengan itu, karyawan filem jangan terlalu sensitif dengan kritikan serta menjadikan wartawan Melayu sebagai musuh.
Beliau pernah bekerjasama dengan Ho Ah Loke dalam penubuhan produksi Cathay-Keris. Akibat daripada itu, beliau telah dihalang untuk berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul sebagai seorang pelakon. Perkara ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay-Keris.
Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1964, pesawat yang membawa delegasi Malaya telah terlibat dalam nahas udara. Walau bagaimanapun, beliau, M. Amin, Roseyatimah, Umi Kalthum dan Latifah Omar dilaporkan terselamat. Tetapi, nahas tersebut telah mengorbankan Loke Wan Thoo serta 53 penumpang yang lain.
Setelah industri perfileman Melayu di Singapura menampakkan kemerosotan, Jins Shamsuddin telah mempelawa beliau membintangi filem arahan pertamanya di Studio Merdeka iaitu Bukan Salah Ibu Mengandung yang turut menampilkan P. Ramlee, Umi Kalthum, Sarimah, Sharifah Hanim dan Ed Osmera. Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap membintangi filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah Sumpahan Mahsuri yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau menumpukan perhatian dalam lakonan untuk drama di kaca televisyen.
PerkahwinanSunting
S. Roomai Noor mendirikan rumahtangga bersama seniwati Siput Sarawak yang dikenalinya semasa berlakon dalam filem Chinta dan dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Ithnaini atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Pada tahun 1956, beliau berkenalan pula dengan seniwati Umi Kalthum semasa berkhidmat di studio Cathay-Keris hingga membawa kepada perkahwinan mereka dan dikurniakan enam cahaya mata termasuk Noorkumalasari.
KematianSunting
Pada 16 Mac 1994 bersamaan 3 Syawal 1414 H, beliau meninggal dunia di Hospital Makkah, Arab Saudi akibat penyakit paru-paru berair ketika beliau sedang menunaikan umrah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Umi Kalthum. Kisahnya telah diadaptasikan ke dalam sebuah telefilem yang berjudul Pintu No.9 Masjid Nabawi terbitan Zeel Productions Sdn Bhd dimana watak Allahyarham dilakonkan oleh pelakon Zulkifli Ismail, manakala Noorkumalasari memegang watak ibunya Umi Kalthum.
FilemografiSunting
FilemSunting
- Malay Film Productions
- Chinta - (1948) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Raja Kanchi/Sanchi)
- Noor Asmara - (1949) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Omar)
- Nilam - (1949) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Ahmad)
- Bakti - (1950) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hassan)
- Pembalasan - (1950) - (Pelakon Utama)
- Cinta Gadis Rimba - (1950) - (Pelakon Utama)
- Berdosa - (1951) - (Pelakon Utama)
- Selamat Hari Raya - (1955) - (Pelakon Utama)
- Kasih Menumpang - (1955) - (Pelakon Utama)
- Irama Kasih - (1955) - (Pelakon Pembantu)
- Mega Mendung - (1956) - (Pelakon Utama)
- Cathay-Keris Film Productions
- Adam - (1956) - (Pelakon Utama)
- Orang Licin - (1958) - (Pelakon Utama)
- Che Mamat Parang Tajam - (1958) - (Pelakon)
- Orang Minyak - (1958) - (Pelakon Utama)
- Mahsuri - (1959) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Wan Derus)
- Hantu Rimau - (1960) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (ASP Latiff)
- Pak Pandir Moden - (1960) - (Pelakon Utama) Watak Sebagai Luncai
- Sumpitan Racun - (1961) - (Pelakon Utama)
- Bayangan Di Waktu Fajar - (1963) - (Pelakon Utama)
- Rumah Itu Dunia Aku - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai Mohsen
- Merdeka Film Productions
- Bukan Salah Ibu Mengandung - (1969) - (Pelakon Undangan)
- Varia Film Productions
- Dendang Perantau - (1979) - (Pelakon Pembantu) - watak sebagai Dato' Ariff bapa kepada Emilia lakonan Uji Rashid
- Jins Shamsuddin Productions
- Tiada Esok Bagimu - (1979) - (Pelakon Pembantu)
- Esok Masih Ada - (1980) - (Pelakon Pembantu)
- Fleet Communications
- Abang - (1981) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Dato' Din)
- ISE Film Productions
- Esok Untuk Siapa - (1982) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Datuk Iskandar)
- ZHA Film Productions
- Matinya Seorang Patriot - (1984) - (Pelakon)
- Cinematic Sdn Bhd
- Rahsia - (1987) - (Pelakon Pembantu)
- Mahsuri Filem Sdn Bhd
- Sumpahan Mahsuri - (1989) - (Pelakon)
Pengarah filemSunting
- Adam - (1956)
- Che Mamat Parang Tajam - (1958)
- Tunang Pak Dukun - (1960)
- Hantu Rimau - (1960) - Pengarah Bersama Datuk L. Krishnan & BN Rao
- Che Mamat Parang Tumpul - (1960)
- Lela Satria - (1961)
- Sumpitan Racun - (1961)
- Puteri Gunong Ledang - (1961)
- Gado-gado - (1961)
- Chelorong cheloreng - (1962)
- Badang - (1962)
PenulisSunting
- Racun Dunia - (1950) - (Penterjemah Cerita)
PencapaianSunting
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 (1984)
- Dicalon untuk menerima Anugerah Seni Negara 1996 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Tapi pencalonan itu terpaksa ditarik balik apabila beliau meninggal dunia.