Ed Osmera
Shaikh Osman Shaikh Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ed Osmera merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Beliau mempunyai darah Turki di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya ini. Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dilahirkan di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.[1]
Ed Osmera | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Shaikh Osman Shaikh Ibrahim 20 Januari 1942 |
Meninggal dunia | 2 Januari 2005 Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 62)
Sebab kematian | serangan sakit jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, Selangor |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 1964–1995 |
Ketinggian | 5"6 kaki |
Saudara | Sheikh Ahmad Ibrahim (abang) |
Kerjaya SeniSunting
Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Datuk Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S. Kadarisman (Pak Kadar). Ed Osmera mula berlakon menerusi Bidadari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong diikuti filem Lain Jalan Ka-Shorga (1968). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma (1967) bersama Sarimah. Pak Kadar pula dengan Sri Andalas (1966), dan Omar Rojik untuk filem Panglima Harimau Berantai (1969)[2].
Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966), Keluarga 69 (1967) dan Dr. Rushdi (1970). Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972), Cengkaman Maut (1972),
Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Kudrat (1971), Angkara (1972), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974)
Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsudin iaitu filem Bukan Salah Ibu Mengandung (1969).
Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Naz Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974).
Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M. Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.
Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z. Lokman pada tahun 1981. Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem Ribut Di Hujung Senja (1982). Menerusi filem ini beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM).
Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dikatakan mula mendalami ilmu agama sekitar tahun 70-an selepas diperkenalkan oleh seniman Ahmad Nisfu. Selepas itu beliau mula membabitkan diri dalam ilmu agama secara lebih serius pada 1994 apabila dia mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam bidang seni lakon lagi. Sebelum itu beliau sempat berlakon dalam 3 musim drama bersiri Cili Padi di TV3.
Meninggal DuniaSunting
Allahyarham Shaikh Osman Shaikh Ibrahim (62) menghembuskan nafasnya ketika berehat bersendirian di dalam biliknya pada jam 2 petang di kediamannya di Kampung Laksamana Batu Caves pada tanggal 2 Januari 2005.
Pelakon berkenaan yang berasal dari Kelantan dan tidak pernah berkahwin, tinggal bersama abangnya, Sheikh Ahmad Ibrahim, 65 (lahir 1940). Allahyarham meninggal dunia dua minggu selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas sebulan menerima rawatan di institut berkenaan.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di kediamannya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, kira-kira jam 7 malam. Turut menziarahi jenazah di kediamannya ialah pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dan Yusof Kelana, pelakon M. Rajoli serta wartawan veteran, Aimi Jarr.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1964 | Panglima Besi | Filem lakonan pertama, pelakon tambahan | |
1965 | Bidasari | Shaharom | |
1966 | Sri Andalas | Tengku Teruna Jaya | |
1967 | Sesudah Suboh | Salim | |
Keluarga 69 | Encik Rashid | ||
Darma Kesuma | |||
1968 | Lain Jalan Ka-Shorga | Azman | |
1969 | Bukan Salah Ibu Mengandong | Murad | |
Keranda Jingga | |||
Panglima Harimau Berantai | Andi Ujang | ||
1970 | Dr. Rushdi | Alimin | |
Kembang Layu | Normala | ||
Tuah Badan | Nasir | ||
Asmara Kirana | |||
Pancha Indera Harimau Berantai | Andi Ujang | ||
1971 | Kudrat | ||
Durjana | |||
1972 | Hutang Darah | ||
Chengkaman Maut | Putra | ||
Angkara | Deraman | ||
1973 | Satria | Putra | |
Semerah Cindai | Kelana | ||
Bunga Mas | |||
1974 | Puaka | ||
Pertiwi | |||
Anak Setan | |||
Jastina | |||
1977 | Menanti Hari Esok | Cikgu Samad | |
1978 | Don Zarith | ||
1979 | Prebet Lapok | Kapten Zulkifli | |
1982 | Raja Laut | ||
Ribut Di Hujung Senja | Filem arahan pertama | ||
Esok Untuk Siapa | — | Sebagai penerbit | |
1990 | Pendekar Nusantara | Filem lakonan dan arahan terakhir |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1993–1995 | Cili Padi | TV3 | ||
1995 | Malam Tujuh Likur | Sebagai pengarah |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1994 | Malam Hikmah | ||
Jalan Lain Ke Mekah | |||
Sesat Dalam Cahaya | |||
1995 | Al Mahdi | TV3 |
RujukanSunting
- ^ [1][pautan mati kekal]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-28. Dicapai pada 2012-07-28.
Pautan luarSunting
Rencana mengenai pelakon Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |