M. Rajoli

Pelakon veteran lelaki Malaysia

M. Rajoli (lahir Mohamed Rajoli Bin Mohamed Zain (7 April 1945 – 17 September 2010) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, yang kerjayanya melangkaui 2 dekad.

M. Rajoli
Kelahiran
Mohamed Rajoli bin Mohamed Zain

(1945-04-07)7 April 1945
Meninggal dunia17 September 2010(2010-09-17) (umur 65)
Hospital Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianPenyakit barah otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1982–2010
Pasangan
Anak-anak4

Kerjaya sunting

Beliau cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Beliau merupakan seorang pelakon, penghibur dan pelukis.

Pada awal kemunculannya pada lewat 80-an, beliau mengukir namanya dalam bidang seni lakonan dengan membintangi filem-filem dan juga drama tempatan sebagai watak pembantu. Kebanyakan watak yang beliau bawa adalah antogonis ataupun watak jahat dan sering kali juga menjadi watak komedi. Beliau juga sering membawa watak seorang datuk berpangkat yang kaya dan gatal. Selain komedi, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama. Beliau juga adalah Imam Besar Masjid Kampung Baru yang telah membacakan talkin semasa pengebumian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada 29 Mei 1973.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1982 Esok Untuk Siapa Imam Filem pertama
1983 Mekanik Detektif Polis
Darah Satria Bapa Rafidah
1984 Azura Pengurus Stesen Minyak
Tujuh Biang Keladi Salleh
Pagar-Pagar Cinta
Di Ambang Kasih Doktor
Matinya Seorang Patriot Shamsudin
1986 Bujang Lapok Kembali Daa Perompak
Kembara Seniman Jalanan Bapa Bujang
Si Jantung Hati Juga sebagai penolong pengarah
1987 Rahsia Kawan Dato' Karim
1988 Guru Badul
1989 Awang Spanar Imam
Oh Fatimah Pak Majid
1991 Juara Saleh
1992 Fitty/Fitty Komeng Filem pertama Hollywood sebagai pelakon tambahan
1993 Perempuan, Isteri & .....? Som Chai
1995 Suratan Kasih Rahman Ali
Beyond Rangoon Bapa Karen
1998 Badai Mentera Tok Siarap
Puteri Impian 2 Sultan Isketambola
1999 Senario The Movie Pengunjung Funfair
2000 Anaknya Sazali Sazali
2002 Idola Dato’ Marzuki
Mr. Cinderella Sultan
2003 Rabun Pak Atan
Gila-Gila Pengantin Bapa Wanda
Diari Romeo Jay
Mr. Cinderella 2 Sultan
MX3 Jiran Masdor Penampilan khas
Lang Buana Abang Haji
2004 Bisikan Remaja Bapa Ahmad Daniel
Bintang Hati Bapa Tasha
2005 Cinta Fotokopi Bapa Tiri Zurina
Lady Boss Haji Wahab
2006 Castello Ustaz Asri
Main-Main Cinta Dato Jalal
Persona Non Grata Ayah Hey
Man Laksa Pak Lurah
Diva Popular Suami Erra Fazira
Cicak-Man Menteri
Misi:1511 Datuk Mahfuz
2007 Chermin Pak Ungku
Cinta Yang Satu Tuan Punya Kafe
Impak Maksima Uncle Wan
2008 Congkak Pak Tua
Histeria Bomoh
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Prof. Dr. Taib Siron
2009 Skrip 7707 Pak Ali
Lembing Awang Pulang Ke Dayang Orang Kaya Aris Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Guru Yahya TV1 Drama pertama
1993 Rumah Kedai (Musim 6) Pak Imam TV3
1997 Cinta Antara Benua Uncle Sam
1999 Romeo & Juliet
Spanar Jaya Ayah Iskandar ntv7 Pelakon undangan
2000 Mat Burger TV1
Senario (Musim 13) TV3 Pelakon undangan
2001 Madu Empat
2007 Dinasti Bilut Imam Hassan TV1
Salam Pantai Timur Pelbagai
Diari Ramadan Rafique (Musim 2) Tok Imam TV3 Drama terakhir

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1986 Ikhtiraf TV1
1992 Amalina TV3
1995 Al Mahdi Guru
1996 Jutawan Segera Kadir
Selamat Pengantin Baru Dato Dato
1997 4 Bini.. 1 Rumah
2000 Masam Manis
2001 Ragam Menantu
2002 Mertua Oh Mertua
2003 Hang 2 VCD
Pelakon Popular
Putar Alam Shah
Champion Bongek
Keranamu Durian TV3
2004 Quran Buruk Astro Ria
Tanah Kubur Pak Mat
Nyanyian Langsuir Pak Badar VCD
2006 Ustaz Sufi TV3
2007 Liang Lahad Pak Haji Dollah Astro Ria
2008 Takbir Suci
Merdeka Ajis Merdeka Ajit Pak Itam TV3
2009 Takbir Suci 2 Astro Ria

Keuzuran dan kematian sunting

Pada tahun 2008, negara dikejutkan dengan berita beliau jatuh sakit. Beliau telah dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota dan hanya bergantung kepada isteri-isteri beliau dalam menguruskan segala kelengkapan harian diri.

Menurut isteri beliau Hajah Wan Chik Daud, kesihatan beliau pada awal 2009 semakin pulih dan menjalani terapi setiap hari. Beliau yang kini hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda dijaga rapi oleh isteri pertama beliau Hashimah Md. Din di kediaman beliau di AU2, Keramat, Kuala Lumpur.[2]

 
Allahyarham semasa hayatnya bersama isteri-isteri beliau

M. Rajoli meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 malam, 17 September 2010 di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis.[3] Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya,[4] Mohd. Arif. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ "M Rajoli Tetap Puasa Walau Derita 26-Sep-2008 Oleh: Thani Hasbullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-27. Dicapai pada 2010-03-01.
  3. ^ Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia
  4. ^ "SOROTAN 2010 : Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-14.
  5. ^ M. Rajoli Meninggal Dunia

Pautan luar sunting