Rabun ialah filem drama Malaysia 2003 arahan Yasmin Ahmad.[1] Filem ini ialah filem pertama arahan Yasmin sebelum mengarahkan lima lagi filem, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime.

Rabun
PengarahYasmin Ahmad
PenerbitRosnah Kassim
Lazizah Ahmad
Mazlan Abd Latiff
Dibintangi olehM. Rajoli
Kartina Aziz
Noorkhiriah
Irwan Iskandar
Hafiz Ibrahim
Ho Yuhang
Mula ditayangkan
11 April 2003 (2003-04-11)(Singapura)
24 Januari 2004 (Malaysia)
NegaraMalaysia
Bahasa
  • Melayu
  • Inggeris
  • Kantonis

SinopsisSunting

Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Pak Atan dan Mak Inom yang memutuskan untuk menghabiskan lebih banyak masa di kampung setelah bosan dengan kehidupan di bandar. Tetapi mereka mendapati bahawa kehidupan di kampung bukanlah sebaik yang disangka apabila mereka ditipu oleh saudara yang jauh, Yem, dalam urusan melibatkan wang. Kemudian mereka enggan memberi keluarga Yem meminjam wang. Yem marah dan mahu membalas dendam. Sementara itu, di bandar, anak perempuan pasangan itu Orked dirayu oleh seorang lelaki muda, Yasin.

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Heartfelt tribute to loving parents The Star Online (7 September 2003). Diperoleh pada 12 April 2008.

Pautan luarSunting