Bujang Lapok Kembali Daa
Filem Bujang Lapok Kembali Daa merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1985. Filem Bujang Lapok Kembali Daa diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Bujang Lapok Kembali Daa | |
---|---|
![]() Poster Filem Bujang Lapok Kembali Daa. | |
Pengarah | Datuk Aziz Sattar |
Penulis | Lakon layar: |
Dibintangi oleh | Datuk Aziz Sattar, S. Shamsuddin |
Mula ditayangkan | 1985 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Bujang Lapok Kembali Daa mula ditayangkan pada 1985 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin dan ramai lagi.
PengarahSunting
Filem Bujang Lapok Kembali Daa diarah oleh pengarah Datuk Aziz Sattar pada 1985.
SinopsisSunting
Aziz dan Sudin masih lagi bujang dan mereka membanting tulang bekerja bagi mencari wang untuk menghantar Nasir iaitu anak kepada Ramli menyambung pengajian muzik ke luar negara. Nasir tinggal bersama Aziz dan Sudin dan bercita-cita untuk menjadi komposer terkenal seperti arwah ayahnya Ramli dan dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada satu hari ketika menjual barang-barang, Aziz dan Sudin menyaksikan kejadian samun lalu mereka melarikan diri ke hutan. Di sanalah mereka menjumpai seorang bekas tentera Jepun dan 2 anak gadisnya.
PelakonSunting
- Datuk Aziz Sattar sebagai Aziz
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Nasir P. Ramlee sebagai Nasir
- Datuk Mahmud Jun
- Norlida
- M. Rajoli
LaguSunting
- Bujang Lapok kembali data
- Blues Jang Lapok
- Joget Bujang Lapok
- Keroncong Bujang Lapok
- Seloka Bujang Lapok
- Pok pok Bujang Lapok
- Plain Bujang Lapok
- Bujang Lapok Remix
- Rap Bujang Lapok
- Jubang Palok