S. Shamsuddin
Shamsudin Dali (Jawi: شمس الدين بن دالي) atau lebih dikenali sebagai S. Shamsuddin (1 Januari 1929 – 4 Jun 2013) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal pada era 1950-an pada 1960-an.[1] Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem, dan telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Harris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Sepanjang kerjayanya, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin berlakon dalam beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.
S. Shamsuddin | |
---|---|
![]() S. Shamsuddin ketika berusia 50an. | |
Kelahiran | Shamsuddin bin Dali 1 Januari 1929 |
Meninggal dunia | 4 Jun 2013 Jurong, Singapura | (umur 84)
Sebab kematian | penyakit jantung, sesak nafas, Parkinson, sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang, Singapura |
Nama lain | Pak Sudin |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1948–2013 |
Terkenal kerana | |
Pasangan | Puteh binti Esmoon (k. 1954; m. 2013) |
Anak | 7 (termasuk Ariff Shamsuddin) |
Ibu bapa |
|
Kehidupan awalSunting
Beliau dilahirkan pada Tahun Baru 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Negeri-negeri Selat (kini Singapura). Bapanya, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, sementara ibunya, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang, Singapura. Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai buruh bagi membantu keluarganya sebelum menyertai bidang lakonan.
KerjayaSunting
Suatu hari, pada 1948, beliau melawat Studio Malay Film Productions Ltd (MFP) milik Shaw Brothers di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan. Lawatannya ternyata bertuah kerana beliau diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam Chempaka yang di arah oleh B. S. Rajhans. Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu dia turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. Akhirnya, dia diberi peranan dalam filem Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans. Pak Sudin berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam Baharum, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan. Lebih banyak watak filem ditawarkan kepadanya, dan Sudin akhirnya menjadi pelakon tetap bagi filem Melayu era tersebut bersama Aziz Sattar, kedua-duanya muncul bersama pelakon terkenal P. Ramlee beberapa kali, terutamanya dalam siri filem Bujang Lapok.
Kehidupan peribadiSunting
S. Shamsuddin berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada 1954 dan mereka mendapat 7 orang anak. Salah seorang anaknya, Ariff Shamsuddin juga merupakan pelakon pelawak TV Singapura.
Pada 26 Jun 2010, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Mustapha Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim melawat S Shamsuddin. Sumbangan RM10,000 dari dana Finas turut diberikan.[2]
Manakala dalam kunjungan Finas ke Singapura pada 7 November 2010, S Shamsuddin yang ditemani isterinya, Puteh Esmoon turut menerima sumbangan RM5,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Zulkifli Ab Wahab.[petikan diperlukan]
Meninggal duniaSunting
S. Shamsuddin meninggal dunia pada jam 10.56 pagi Selasa, 4 Jun 2013 pada usia 84 tahun akibat pelbagai masalah kesihatan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di West Avenue 6, Bukit Batok, Jurong, Singapura.[3]
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi di Lim Chu Kang pada 5 Jun 2013 jam 11 pagi.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1948 | Chempaka | Filem pertama | |
1950 | Aloha | ||
1951 | Sejoli | Bakar | |
Juwita | Rakan Dol | ||
1952 | Aladdin | ||
Sedarah | |||
Jiwa Lara | |||
1953 | Istana Impian | ||
1954 | Panggilan Pulau | Ombak | |
1955 | Empat Isteri | Sulong | |
Abu Hassan Penchuri | Tengku Mahkota Basyrah | ||
Kipas Hikmat | Agil | ||
1956 | Hang Tuah | Hang Lekir | |
Pencuri | |||
Keluarga Tolol | Sudin | ||
1957 | Bujang Lapok | Sudin | |
Hantu Jerangkong | Sudin | ||
Mogok | |||
Pancha Delima | |||
Putera Bertopeng | Sultan Shamsuddin | ||
1958 | Hantu Kubor | Sudin | |
Kaki Kuda | Sudin | ||
Sarjan Hassan | Derus | ||
Sri Menanti | |||
1959 | Pendekar Bujang Lapok | Sudin | |
Nujum Pa' Blalang | Nyawa | ||
Saudagar Minyak Urat | Bomoh Jampok | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Sudin | |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Kassim Baba | |
Si Tanggang | Lembik | ||
Seniman Bujang Lapok | Sudin | ||
1962 | Siti Muslihat | Jumaat | |
Batu Durhaka | |||
Neracha | Doktor | ||
1963 | Nasib Si Labu Labi | Referee Boksing | |
1964 | Bidasari | Selaba | |
Mambang Moden | Sulaiman | ||
Tiga Abdul | Pencerita | ||
Siapa Besar | Pak Khatib JP | ||
1965 | Dayang Senandong | Ngah | |
1966 | Dahaga | ||
Anak Buloh Betong | Tunggal | ||
Aksi Kuching | Azmi | ||
1968 | Ibulah Syurga | ||
1970 | Aku Mahu Hidup | ||
Puaka | |||
1975 | Keluarga Si Comat | Pak Sudin | |
1979 | Tuan Badul | Sudin | |
1981 | Dia Ibuku | Sohor | |
Setinggan | Pak Sudin | ||
Penyamun Tarbus | Wak Sudin | ||
Jejak Bertapak | Sudin | ||
1985 | Sepi Itu Indah | ||
1986 | Bujang Lapok Kembali Daa | Sudin | |
1989 | Kolej 56 | Bapa Rosli | |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II | Bapa Sitam & Bayang | Penampilan khas |
2007 | Budak Lapok | Sudin (suara) | |
TBA | Eee...Hantu!!!!! | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Stok Lama | Astro Ria | |
3 Menantu | Astro Prima |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1981 | Festival Filem Malaysia ke-2 | Pelawak Terbaik | Dirinya sendiri | Menang |
2009 | Festival Filem Malaysia ke-22 | Anugerah Istimewa untuk Pelakon Veteran Lelaki | Menang |
RujukanSunting
- ^ "New Straits Times 08-10-2001". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04. Dicapai pada 2010-11-25.
- ^ Rais Kunjung Seniman Bujang Lapok S.Shamsudin Di Singapura Bernama
- ^ Sinar Harian. (2013). S. Shamsuddin meninggal dunia. [online] Retrieved from: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/s-shamsuddin-meninggal-dunia-1.167218 [Dicapai pada: 4 Jun 2013].