Buka menu utama

Filem Mambang Moden merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1964. Filem Mambang Moden diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Mambang Moden
PosterMambangModen.jpg
Poster Filem Mambang Moden
PengarahJamil Sulong
PenulisLakon layar:
Muzik olehOsman Ahmad
SinematografiHitam-putih
PengedarMalay Film Production (MPF)
Mula ditayangkan
1964
Negara Singapura  Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Mambang Moden diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1964.

RingkasanSunting

Kisah tentang beberapa anak muda yang melibatkan diri didalam pertunjukkan seni seperti bernyanyi & berlakon drama pentas. Banyak lika-liku hidup dan onak duri yang mereka hadapi sebagai anak seni.

Anuar adalah ketua kepada sebuah kelab seni. Dia seorang penyanyi & pemain muzik. Dia juga orang yang baik hati dan paling dihormati. Anuar diminta menjadi guru nyanyi Azlin atas desakan Mariam. Niat Anuar hanyalah untuk mencari rezeki.

Azlin, seorang janda kaya, adalah kawan kepada Mariam. Dia ingin belajar menyanyi dengan Anuar dan menaruh rasa cinta kepadanya. Namun Azlin menyimpan satu rahsia tentang satu perbuatan jenayah yang dilakukannya bersama seorang lelaki bernama Herman.

Ismail, seorang pengacara dan pelakon pentas, telah menjalin hubungan dengan Hasnah, namun kedua-dua mereka telah terlanjur. Ismail meminta bantuan dari Anuar untuk menyelesaikan masalah dia dengan Hasnah. Anuar telah berbincang dengan orang tua Ismail dan Hasnah, akhirnya mereka pun berkahwin.

Sulaiman, seorang pengarah drama pentas dan juga merupakan teman serumah Anuar. Dia menghidapi penyakit demam dan selalu terlupa hendak menggoncangkan botol ubat nya terlebih dahulu sebelum minum. Dia menjalinkan hubungan dengan Mariam, adik kepada Ismail.

Rokiah seorang pengacara, pelakon dan peragawati, dalam diam-diam mencintai Anuar. Apabila kematian Azlin, Anuar meluahkan cinta nya kepada Rokiah dan telah menerangkan kepada semua ahli-ahli kelab yang dia tidak pernah cintakan Azlin dan menganggap Azlin hanya seorang anak didiknya saja.

PelakonSunting

LaguSunting


Pautan luarSunting