Buka menu utama

Ibrahim Pendek

Pelakon dan pelawak Malaysia

Ibrahim Pendek (lahir Ibrahim bin Hassan; 1932–2003) ialah seniman filem Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.

Ibrahim Pendek
Ibrahim Pendek.jpg
Ibrahim Pendek pada tahun 1960an
KelahiranIbrahim bin Hassan
1932
Bandar Taiping, Perak, Malaya British (kini Malaysia)
Meninggal dunia25 November 2003 (berumur 70–71)
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
Sebab kematianpenyakit buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon & Pelawak
Tahun aktif1954–1992
Ketinggian1.30 m (4 ka 3+316 in)
PasanganChe Hasnah Mohd Amin (cerai)
Asiah Osman (cerai)
Anak7

Penglibatan dan kerjaya seniSunting

Ibrahim telah memulakan kerjaya seninya sejak tahun 1950-an lagi. Beliau telah meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1953 untuk ke Singapura merantau mencari rezeki. Pada masa itu, beliau tidak terlintas difikirannya untuk menjadi pelakon. Rezeki untuk menapak dalam bidang perfileman datang kepadanya apabila diterima bekerja sebagai operator projektor di Studio Jalan Ampas. Semasa berkelah, beliau bertemu dengan Run Run Shaw, pemilik syarikat tempat beliau bekerja dan menawarkannya bekerja sebagai budak pejabat. Sewaktu bekerja di situ, beliau tinggal serumah dengan seniman S. Sudarmaji dan bermula ketika itulah beliau telah mendapat peluang berlakon dalam beberapa buah filem sebagai pelakon tambahan. Ini berterusan sehinggalah beliau mendapat peluang lebih besar dalam filem Panggilan Pulau dengan memegang watak sebagai Ramli bersama P.Ramlee, S. Kadarisman dan Normadiah pada tahun 1954. Selepas itu, kerjaya lakonan beliau terus berkembang dan, sesuai dengan perwatakan beliau yang kelakar, beliau diberi peluang berlakon di dalam beberapa buah filem lain, antaranya seperti Anakku Sazali, Kipas Hikmat, Pusaka Pontianak, Siti Muslihat dan di bawah arahan P.Ramlee seperti Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu-Labi.

Cipta SejarahSunting

 
Ibrahim Pendek bersama Burl Ives dalam filem Spiral Road

Sewaktu berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau ialah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962. Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau di sana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.

Setelah tertutupnya Studio Jalan Ampas di Singapura, beliau meneruskan kerjaya beliau di Kuala Lumpur dan berlakon di dalam beberapa buah filem lagi antaranya Keluarga Si Comat, Penyamun Tarbus, Setinggan dan Serampang Tiga. Filem terakhir beliau ialah XX Ray arahan Aziz M.Osman pada tahun 1992.

Selepas lama menyepi dari dunia lakonan, beliau banyak menghabiskan masa dengan perniagaan menjual makanan di sekitar tempat tinggalnya di Cheras, Kuala Lumpur. Walaupun banyak menerima tawaran berlakon, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana kesihatan beliau yang tidak mengizinkan dan beliau bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Walau bagaimanapun, beliau sempat menghabiskan sebuah "telemovie" (VCD) dan ia juga merupakan lakonan terakhir beliau bertajuk Selamat Hari Jadi Abah.

PerkahwinanSunting

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali dengan Che Hasnah Mohd Amin dan Asiah Osman. Kedua-dua perkahwinan tersebut tidak berkekalan. Dalam tempoh perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata.

Meninggal DuniaSunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 71 tahun pada 25 November, 2003 pada pukul 9:00 pagi ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri, selepas menjalani pembedahan di bahagian perut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, beliau telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu akibat penyakit buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas. Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1954 Panggilan Pulau Ramli Filem pertama
1955 Kipas Hikmat Ibrahim
Menyerah
1956 Anakku Sazali Pendek
1958 Taufan Pendek
1959 Pendekar Bujang Lapok Berahim Pelakon tambahan
1960 Lela Manja Endot
1961 Ali Baba Bujang Lapok Sarjan
Indera Bangsawan Si Gambar
1962 The Spiral Road Stegomyia
Siti Muslihat Khadam / Pendek
Batu Durhaka
1963 Nasib Si Labu Labi Haji Tometot
Kasih Tanpa Sayang
1964 Siapa Besar Jiran 1
Dupa Cendana
1965 Sayang Si Buta Pendek
1966 Sri Andalas Labu
1968 Raja Bersiong Pendek
Mat Lanun
1975 Keluarga Si Comat Comat
1977 Pendekar
1979 Tuan Badul Ibrahim
1981 Serampang Tiga Jalur
Penyamun Tarbus Dirinya sendiri
Da Di Du Bada
Setinggan Bakar
1982 Sikit Punya Gila Pak Ibrahim
1989 Hero Ibrahim
Awang Spanar Kemunculan khas
Ragam Pemandu Boss Geng Pencuri Kereta
1992 XX-Ray Paragas Filem terakhir

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2003 Selamat Hari Jadi Abah Terus-ke-VCD

RujukanSunting

Pautan luarSunting