Mat Toyol merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem Mat Toyol diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Mat Toyol
PengarahMat Sentol
Dihasilkan olehHo Ah Loke
Loke Wan Tho
DibintangiMat Sentol
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehCathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1969
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Mat Toyol diarah oleh pengarah Mat Sentul pada 1969.

Ringkasan

sunting

Mat diarahkan oleh Tok Penghulu untuk mencari akar kayu Apollo untuk dijadikan ubat mencipta toyol oleh Tok Bomoh. Isteri tok bomoh yang merajuk dan kecewa dengannya telah membawa diri ke hutan dan bersembunyi di gua dimana harta pusaka keturunannya dari keluarga hantu.

Mat telah memberi satu cecair yang dicurinya dari gua persembunyian isteri tok bomoh yang bertukar menjadi nenek kebayan dan tok bomoh memilih untuk mencampurkannya dengan telur ayam dan mengubah tok bomoh menjadi ayam betina selepas meminum ubat ciptaannya itu.

Mat berusaha mengembalikan tok bomoh kepada rupa asalnya.

Umum tahu toyol ialah makhluk pencuri belaan manusia. Tetapi toyol dalam filem ini adalah sejenis ubat kuat yang dicipta oleh Tok Bomoh dari akar Apollo. Toyol juga muncul dalam bentuk tangkal seperti mana yang dijual oleh anak tok bomoh, Awang dalam cerita ini.

Pelakon

sunting

Pautan luar

sunting