{{Infobox actor | name = Dollah Sarawak | image = Dollah Sarawak.jpg | caption = | birthname = Mohamad bin Haji Sulaiman | birthdate = 1899 | birthplace = Pulau Pinang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British (kini Malaysia) | deathdate = 1994 (berumur 1995–Ralat ungkapan: Kendalian bagi - tiada) | deathplace = Singapura | homepage = | notable role = | spouse = | children =Siput Sarawak


Haji Dollah Bin Haji Sulaiman atau nama sebenarnya Mohamad bin Haji Sulaiman lebih dikenali dengan nama Dollah Sarawak merupakan salah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu.

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada akhir abad lepas. Ayahnya seorang berbangsa Cina dari Yunnan, Tiongkok dan Ibunya pula seorang Melayu dari Pulau Pinang,mempunyai seorang adik lelaki. Awal tahun dua puluhan beliau telah berhijrah ke Bumi Kenyalang, Sarawak dan di sana beliau telah berbapa angkat dengan seorang yang dipanggil Tengku Syed Idrus yang mengubah namanya dari Mohamad Bin Haji Sulaiman ke Dollah.

Di Sarawak, beliau telah berumahtangga dengan seorang gadis Sarawak dan hasil dari perkahwinan itu maka lahirlah Seniwati Siput Sarawak dan adiknya Kuyung. Setelah kematian isterinya seorang primadona bangsawan, beliau dan anak-anaknya telah ke Singapura dan di sana beliau telah membuka sebuah panggung bangsawan bergelar Seri Noran Opera di mana Allahyarhamah Seniwati Siput Sarawak menjadi primadonanya. Beliau kemudian telah berkahwin dengan seorang wanita dari Muar, Johor tetapi malangnya perkahwinan itu tidak kekal. Hasil perkahwinan itu beliau dikurniakan seorang anak perempuan.

Selepas beberapa tahun beliau berkahwin pula dengan seorang janda beranak dua dari Teluk Intan, Perak iaitu Syarifah Intan. Selang berberapa tahun, Syarifah Intan meninggal dunia akibat Pneumonia. Beliau kemudian pulang ke Singapura dan bekerja di Keris Film Productions, sebagai pelakon, penghias set,penjaga stor dan pelakon. Di sanalah nama Dollah menjadi Dollah Sarawak kerana apabila hendak membayar gaji, terdapat tiga orang yang bernama Dollah maka dengan itu nama Sarawak itu telah diletak di belakang nama Dollah menjadi Dollah Sarawak. Di Cathay-Keris Film, beliau telah berkenalan dengan seorang janda beranak dua dari Bandung, Indonesia bernama Esah yang juga merupakan seorang juru mekap di Keris Film. Hasil perkahwinan itu, beliau telah dikurniakan lima orang anak iaitu Hatijah, Rahim, Rosini, Jamil dan Rohanah. Malangnya perkahwinan beliau dengan Esah juga tidak lama kerana Esah telah meninggal dunia akibat tumpah darah kerana melahirkan anak mereka yang keenam.

Sedih dengan kehilangan isteri dan memandangkan anak-anaknya masih kecil, beliau pun bernikah dengan seorang janda bernama Fatimah Dollah. Setelah Kris Film dan Cathay Film bergabung menjadi Cathay-Keris Film Productions, beliau kemudian menjadi pelakon dan dekorator. Selang beberapa tahun akibat kesihatan, beliau kemudian berhenti bekerja dari Cathay-Keris dan membuka sebuah warung di daerah Woo Mun Chew Road, Singapura yang menjual Lontong, Mee Rebus,Satay dan pelbagai makanan lain yang selalu dilanggani oleh pelakon-pelakon dan pekerja-pekerja dari studio filem Cathay-Keris

Gerai itu diusahakan untuk beberapa tahun oleh beliau dan keluarga, tetapi akibat usia dan kesihatan beliau tidak mengizinkan, beliau telah bersara. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Isnin, 21 Mac 1994 bersamaan 8hb Syawal 1416H di samping isterinya Fatimah Dollah dan cucunya yang dijaga dari bayi, Hartini, di Singapura.

Untuk rujukkan sebenar, sila rujuk kepada cucunya Hartini untuk segala pertanyaan. Dialah yang membuat ulasan asal ini, tetapi sudah beberapa kali di ubah sesuka hati dan menjadi tidak tepat oleh pihak-pihak tidak bertanggung jawab.

Filemografi sunting

Filem sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting