Dua Pendekar
Filem Dua Pendekar merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1964. Filem Dua Pendekar diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Dua Pendekar | |
---|---|
Pengarah | Hussein Haniff |
Penulis | Lakon layar: |
Sinematografi | Hitam-putih |
Diedarkan oleh | Cathay-Keris Film Productions |
Tarikh tayangan | 1964 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Dua Pendekar diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1964.[1]
Ringkasan Sunting
Filem Dua Pendekar mengisahkan Awang Lekiu yang melantik dirinya sebagai Datuk Bendahara selepa kematian ayah angkatnya, Datuk Bendahara Mutalib. Dia memerintah dengan zalim dan rakyat dipaksa menurut segala perintahnya.
Suatu hari, seorang pemuda, Adam bersama orang kampung yang enggan mengikut katanya ditangkap serta diseksa. Awang Lekiu kemudiannya meminang Kenanga, kekasih Adam, tetapi ditolak oleh gadis itu.
Awang Lekiu mengetahui bahawa Kenanga merupakan kekasih Adam kemudian berjanji akan membebaskan Adam sekiranya Kenanga bersetuju berkahwin dengannya.
Pelakon Sunting
- Yusof Latiff[2]
- Salleh Melan
- Roseyatimah
- Siti Tanjong Perak
- Dollah Sarawak
- Rahmah Ali
- Yem Jaffar
- Ahmad Sabri
- Bakar Manaf
- Rahim P. K.
- Dawood
Lagu Sunting
Mengapa Dirindu (Saloma)