Dara binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Mak Dara (16 Februari 1907 – 16 Februari 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi lagu Melayu yang masyhur pada 1940-an.

Mak Dara
Kelahiran
Dara binti Mohd Ali

(1907-02-16)16 Februari 1907
Bukit Tamsiri, Tanjong Pagar, Singapura
Meninggal dunia16 Februari 1970(1970-02-16) (umur 63)
Hospital Besar Singapura, Blok 7, Outram Park, Singapura
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bidadari, (kini) Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman/Abadi, Lim Chu Kang, Singapura
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1940–1970

Mak Dara telah mula menceburkan diri di dalam dunia hiburan, iaitu di pentas opera dan bangsawan dalam usia belasan tahun. Mak Dara juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang telah merekodkan suaranya di piring-piring hitam. Beliau pernah berlakon dalam tiga buah filem arahan P. Ramlee iaitu Penarek Becha (1955), Antara Dua Darjat (1960) dan Ibu Mertua-ku (1962).

Kerjaya sunting

Beliau menjadi pelakon bangsawan sejak zaman remaja lagi. Selain daripada berlakon di pentas bangsawan, Mak Dara juga merupakan seorang penari joget dan penyanyi.

Seperti pelakon-pelakon bangsawan yang lain, Mak Dara menjadi rebutan tauke-tauke kumpulan bangsawan seawal tahun 1920-an lagi. Antara kumpulan bangsawan yang pernah disertai oleh Mak Dara ialah City Opera, Maha Opera, Sri Noran Opera, Peninsular Opera dan banyak lagi. Semasa bergiat aktif bersama kumpulan-kumpulan bangsawan, beliau telah mengelilingi seluruh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, dan sekitar kepulauan Borneo dan Sumatera. Nama Mak Dara ketika itu setanding dengan pelakon-pelakon bangsawan yang lain seperti Shariff Medan, Yem, Khairuddin, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Puteh Lawak, Habsah dan Siti Tanjung Perak.

Pada awal dekad 1940-an, Mak Dara telah berpeluang untuk berlakon di dalam filem. Filem PERTAMA lakonan Mak Dara berjudul Ibu Tiri (1941) terbitan Shaw Brothers di Singapura. Namun, aktiviti lakonan Mak Dara di layar perak dan pentas bangsawan terhenti semasa Perang Dunia Kedua. Selepas tamat peperangan, Mak Dara kembali bersama kumpulan bangsawan dengan membuat persembahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pada tahun 1950-an, ramai tokoh-tokoh bangsawan telah beralih angin untuk menceburkan diri dalam dunia perfileman termasuklah Mak Dara. Di zaman itu hiburan bercorak filem lebih popular dan digemari masyarakat berbanding bermain wayang bangsawan. Mak Dara telah berlakon di dalam filem Berdosa (1951) arahan S. Ramanathan. Antara pelakon bangsawan yang turut diambil berlakon bersama Mak Dara di dalam filem itu ialah Yem, Daeng Idris, Siti Tanjong Perak dan A.R. Tompel. Selepas itu, Mak Dara berlakon di dala filem Norma (1951) yang diterbitkan oleh Nusantara Film. Filem yang diarahkan oleh Aman Ramli Jaafar (A.R. Tompel) ini turut dibintangi oleh Salmah Ismail (Saloma), Bahar Said, Salbiah Harun, S. Kadarisman dan Daeng Idris.

Ketika P. Ramlee ingin menyelenggarakan filem Ibu Mertua-ku (1962), beliau mahu Mak Dara sendiri yang melakonkan watak Nyonya Mansur. Pada mulanya Mak Dara enggan menerima tawaran itu kerana dia enggan menyusahkan P. Ramlee dan khuatir tidak dapat membawa watak tersebut dengan baik. Namun sebagai pengarah, P. Ramlee tetap berkeras ingin mengambil Mak Dara berlakon di bawah arahannya.

Oleh kerana melihat P. Ramlee bersungguh-sungguh mahukan khidmat lakonannya, Mak Dara bersetuju untuk menerima tawaran itu. Filem Ibu Mertua Ku adalah filem arahan P. Ramlee yang paling lama untuk disiapkan iaitu 6 bulan.

Kehebatan lakonan Mak Dara amat teserlah dalam filem tersebut. Beliau telah menjadi salah satu watak cult di dalam sejarah perfileman Melayu. Apabila disebut saja nama Mak Dara atau NYONYA MANSUR, pasti ramai yang terbayangkan sikapnya yang kejam dan sanggup melakukan apa saja asalkan kemahuannya dipenuhi.

MAK DARA adalah seorang pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau turut berlakon untuk Studio Cathay-Keris Film (Singapura) dan Merdeka Film Studio (Kuala Lumpur). Filem terakhir lakonannya ialah Mat Toyol (1969) terbitan Cathay-Keris Film.

Kematian sunting

MAK DARA meninggal dunia pada 16 Februari 1970 akibat sakit tua di Hospital Besar Singapura. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tarikh lahirnya yang ke 63. Ramai sahabat-sahabat seperjuangannya seperti Siti Tanjung Perak, Ahmad Nisfu, Sa'amah, Malek Sutan Muda, Shariff Medan dan S. Sudarmaji yang turut menyatakan kesedihan mereka di atas pemergian MAK DARA. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bidadari, Singapura.

Filemografi sunting

Antara filem lakonan Mak Dara adalah:-

Pautan luar sunting