Penarek Becha

Penarek Becha (kini dieja sebagai Penarik Beca) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 30 Oktober 1955. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Penarek Becha
Filem-Penarek Becha.jpg
Pengarah
  • P. Ramlee
  • S. Hassan Sahab (Pembantu pengarah)
Lakon layarP. Ramlee
Dihasilkan olehRunme Shaw
Dibintangi
Sinematografi
  • R. C. Purushotham
  • A. Bakar Ali
Disunting oleh
  • H. R. Narayana
  • V. John
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd.
Tarikh tayangan
30 Oktober 1955
Durasi tayangan
1 jam 45 minit (anggaran)
NegaraSingapura
BahasaMelayu

PengarahSunting

Filem ini juga merupakan filem pertama yang pernah diarahkan oleh P. Ramlee.[1]

RingkasanSunting

Mengisahkan seorang penarik beca, Amran (P. Ramlee) dan seorang anak gadis Orang Kaya Marzuki (Udo Umar) iaitu Azizah (Saadiah) yang jatuh cinta, tetapi percintaan mereka mendapat tentangan oleh bapa Azizah dan Ghazali (Salleh Kamil). Ghazali kemudiannya melakukan apa sahaja untuk memutuskan percintaan pasangan tersebut. Namun, sebaliknya Ghazali mempunyai hasrat buruk untuk merampas harta keluarga Marzuki dengan menggunakan dirinya mendampingi Azizah. Kisah percintaan pasangan muda ini berterusan mendapat halangan dan rintangan untuk mereka bersatu memandangkan darjat mereka jauh berbeza. Hinggalah akhirnya Marzuki mengetahui siapa sebenarnya Ghazali setelah Ghazali melakukan kesilapan mencederakan ibu Amran semasa beliau bergelut dengan Amran. Ghazali bergegas ke rumah orang kaya Marzuki dan memeras ugut dengan memberikan wang untuk melarikan diri dari pengetahuan polis. Amran datang membantu dan bergelut dengan Ghazali untuk pertarungan keadilan sehingga Ghazali pengsan dan diberkas oleh pihak polis. Orang kaya Marzuki kesal dan menerima Amran dan ibunya ke dalam keluarganya. Amran dilantik sebagai pengurus ladang.

PelakonSunting

LaguSunting

  • Inang Baru oleh Saloma
  • Dengarlah Sang Ombak Berdesir oleh P. Ramlee & Momo
  • Engkau Laksana Bulan oleh P. Ramlee
  • Azizah versi filem oleh P. Ramlee
    • Penyusun lagu - P. Ramlee
    • Lirik - Jamil Sulong
    • Muzik iringan - Fred Libio & Lionel B. Ventura
  • Inang Baru merupakan lagu asli Melayu yang juga popular.
  • Azizah merupakan lagu pertama yang pernah dirakamkan P. Ramlee. Walaupun begitu, irama dan liriknya telah diubahsuai sedikit untuk versi filem. Bagi versi piring hitam lagunya agak ceria dan berentak laju manakala senikatanya agak berbeza dengan versi filem.

TriviaSunting

1. Filem pertama arahan P. Ramlee (1955)

2. Penggambaran dibuat selepas selesai shooting filem Hang Tuah tetapi filem Penarek Becha diedarkan 3 bulan lebih awal dari Hang Tuah.

3. Ketika mula penggambaran, P. Ramlee baru saja berkahwin dengan Noorizan. Begitu juga dengan Saadiah yang baru mendirikan rumahtangga dengan Atan Samad.

4. Ketika shooting, Saadiah sedang hamil anak pertama, yang kemudiannya diberi nama Azizah sempena dengan watak Azizah dalam Penarek Becha.

5. Filem pertama Salleh Kamil diberi peranan sebagai 'leading crook' dan ini kurang disenangi oleh beberapa rakan pelakon kerana Salleh masih lagi dianggap sebagai pelakon mentah.

6. Pada asalnya, watak Orang Kaya Marzuki (ayah Azizah) diberikan kepada Daeng Idris tetapi disebabkan kesihatan, beliau menarik diri dan digantikan oleh Udo Omar. Watak kedekut Orang Kaya Marzuki digunakan oleh P. Ramlee sebagai ilham untuk watak Haji Bakhil dalam Labu dan Labi.

7. Dalam filem ini terdapat dua pasang anak beranak yang berlakon. Pertama: Habsah Buang yang berlakon sebagai ibu Azizah, dan anaknya Hashimah Yon berlakon sebagai penari utama lagu Inang Baru. Secara kebetulan, Habsah Buang juga adalah Koreografer tarian lagu Inang Baru.

8. Kedua: Seniwati Sa'amah yang berlakon sebagai ibu Amran, mempunyai dua orang anak gadis yang berlakon dalam filem yang sama, iaitu Rahmah Rahmat dan kakaknya Ainon Rahmat.

9. Sepasang suami isteri juga turut berlakon iaitu Zainon Fiji (orang gaji Azizah) dan Ali Fiji (penarik beca) . Ali juga turut berlakon sebagai 'stand-in' P.Ramlee ketika Amran sedang mengayuh beca dari jarak jauh.

10. Seniwati Fatimah Osman juga berlakon sebagai gundik Salleh Kamil tetapi sayangnya, scene itu dipotong habis kerana 'duration' filem melebihi had masa yang dibenarkan. Namun, nama Fatimah Osman tetap tercatit di kredit pembukaan filem itu.

11. Seniman S. Sudarmadji yang bertugas sebagai Penolong Pengarah ke 2, turut berlakon sebagai extra sebanyak 4 kali dengan watak yang berbeza, justeru, memecah rekod sebagai pelakon yang paling banyak watak dalam satu filem.

12. Baju penarik beca Amran telah digunakan semula oleh Aziz Jaafar dalam filem Doctor, yang mana dia juga berlakon sebagai penarik beca.

13. Salah satu baju Saadiah dalam filem ini juga dipakai oleh Dayang Sofia, dua tahun kemudiannya, dalam filem Bujang Lapok.

14. Terdapat dua buah lagu dicipta khas untuk filem ini iaitu Inang Baru dan Dengarlah Sang Ombak Berdesir. Dua buah lagi (Engkau Laksana Bulan dan Azizah) adalah lagu'stand-alone' yang dicipta oleh P. Ramlee beberapa tahun sebelum filem ini diterbitkan.

15. Lagu Inang Baru adalah lagu pertama nyanyian Saloma dari ciptaan P. Ramlee, dan juga lagu pertama nyanyiannya untuk filem lakonan dan arahan P. Ramlee.

16. Filem PENAREK BECHA telah memecah box office filem Melayu pada tahun 1955.

RujukanSunting

  1. ^ "Penarek Becha (1955): The First Film Directed by Tan Sri P. Ramlee". 28 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Dec 2012. Dicapai pada 4 Disember 2012.

Pautan luarSunting