Buka menu utama

Sa'amah Artian atau juga dieja sebagai Saamah dan dikenali dengan panggilan Ibu Saamah merupakan salah seorang pelakon filem Melayu tahun 1940-an dan 1950-an. Sa'amah dilahirkan pada 1916 dan berasal dari Medan. Beliau berhijrah ke Singapura pada 1938 bersama rombongan bolero dalam Kumpulan Pagoda sebelum memulakan penglibatan dalam bidang perfileman pada 1948.

Sa'amah
Sa'amah.jpg
Ibu Sa'amah
KelahiranSa'amah
1916
Medan, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia20 Disember 1974 (berumur 57–58)
Makkah, Arab Saudi
DikebumikanMakkah, Arab Saudi
Nama lainIbu Saamah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1948 - 1969
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
PasanganRahmat Ali
AnakAbas Rahmat, Rahmah Rahmat, Abdul Rahman Rahmat, Ainon, Shahrol, Ribut, Idayu, Mohd Said

Sa'amah terlibat dengan wayang bangsawan pada usia muda dan kemudiannya menjadi pelakon filem di Malay Film Productions (MFP) di Singapura. Beliau merupakan seorang pelakon terkenal di studio Malay Film Production Ltd dan antara lakonan yang paling diingati ialah filem Bujang Lapok (1957) apabila memegang watak sebagai ibu kepada seniman Arwahyarham S. Shamsuddin. Beliau telah berlakon dalam lebih 100 buah filem dan filem terakhir beliau ialah Sial Wanita yang diterbitkan oleh Studio Cathay Keris pada tahun 1969.

Sa'amah pernah berkahwin dengan Rahmat Ali yang merupakan seorang peniup trompet dan pemuzik profesional Singapura, dan mempunyai zuriat iaitu antaranya Abdul Rahman dan Rahmah. Saamah mempunyai 10 orang anak.

Beliau meninggal dunia di tanah suci Makkah, Arab Saudi akibat serangan semput pada 20 Disember 1974 lebih kurang jam 3.30 pagi ketika dalam ibadah Haji. Beliau turut dikebumikan di sana.

FilemSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting