Jebak Maut

Filem Jebak Maut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1967. Filem Jebak Maut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Jebak Maut
PengarahJamil Sulong
PenulisJamil Sulong
Lakon layarJamil Sulong
DibintangiAziz Jaafar
Sarimah
Ahmad Mahmud
Haji Mahadi
SinematografiHitam Putih
Muzik olehYusof B
Kassim Masdor
Diedarkan olehMalay Film Productions Ltd (MFP)
Tarikh tayangan
1967
Masa tayangan
85 Minit
Negara Malaysia
 Singapura
BahasaMelayu

PengarahSunting

Filem Jebak Maut diarah oleh pengarah Jamil Sulong pada 1967.

SinopsisSunting

Filem ini mengisahkan tentang Amran menjadi buruan polis kerana disyaki membunuh Raju. Pasukan polis mula menjejaki Amran kerana dia berjaya melepaskan diri dari tempat pembunuhan. Polis telah mencari di rumah Amran malangnya dia tiada di situ. Setelah polis beredar dari rumahnya, Amran masuk ke rumahnya dan ingin menerangkan kejadian sebenar kepada ayah, ibu dan pakciknya. Tetapi ayah Amran tidak mahu mendengar penjelasan Amran dan menghalaunya keluar. Amran dibantu oleh pakciknya dan disembunyikan di sebuah rumah yang lain.

Sebenarnya Amran, Norlida dan Taib telah menyelamat dan memberi perlindungan kepada Raju daripada diserang oleh ahli kumpulannya. Raju menerangkan yang dia merupakan ahli kumpulan sulit. Dia bercadang untuk keluar dari kumpulan itu kerana ingin berkahwin. Tetapi ahli kumpulannya tidak bersetuju lalu memukul dan mengurung Raju. Raju berjaya melepaskan diri dan membawa lari blok/plate untuk membuat wang palsu untuk dijadikan bukti dan perlindungan.

Sebelum kematian Raju, dia sempat memberi duit 50 sen kepada Amran. Norlida meminta bantuan Mejar Anuar untuk membantu Amran daripada dituduh atas kematian Raju. Mejar Anuar mahu mencari Taib iaitu saksi utama yang menyaksikan kejadian itu yang telah melarikan diri kerana ketakutan. Pada masa yang sama, Mejar Anuar dan Amran berjaya merungkai misteri duit syiling 50 sen yang sempat diberi oleh Raju sebelum kematiannya.

PelakonSunting

Pelakon UtamaSunting

Pelakon PembantuSunting

MemperkenalkanSunting

  • Thassani
  • Susan Chua
  • Rosy Wong

Pemyanyi & LaguSunting

Dialog Ikonik & PopularSunting

  • Taib Todi "Yeah! We must do our duty to our society my friend"

Pautan luarSunting