M. Rafiee
M. Rafiee atau nama sebenarnya Haji Mohamad Rafiee bin Haji Khair (1924 – 16 September 2010) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura yang membintangi filem Melayu klasik pada era tahun 1950-an dan 1960-an.
M. Rafiee | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Haji Mohamad Rafiee bin Haji Khair 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 16 September 2010 (berumur 85–86) Changi, Singapura |
Sebab kematian | Sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1955–1968 |
Terkenal kerana | ayat '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga. |
Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga dan Seniman Bujang Lapok bersama Allahyarham P. Ramlee. M. Rafiee juga diingati dengan dialog '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.[1] Begitu juga adegan dimana ketika dia membaiki motosikal, yang motosikalnya selepas itu secara tiba-tiba berada di atap rumahnya, akibat disabotaj Sudin yang berpura-pura mengubahsuai motosikalnya.
KematianSunting
Beliau meninggal dunia pada jam 7.51 malam, 16 September 2010 di usia 86 tahun akibat sakit tua selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Besar Changi, Singapura.[2][3]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1955 | Abu Hassan Penchuri | Hulubalang Istana Baghdad |
1957 | Bujang Lapok | Pelanggan Restoran |
Pancha Delima | Buloh Runcing | |
1958 | Sumpah Orang Minyak | Kawan Buyong |
Sarjan Hassan | Kawan Aziz | |
Taufan | Rafi | |
Doktor | Omar | |
Sri Menanti | ||
1959 | Batu Belah Batu Bertangku | Pengawal Datuk Hitam |
Musang Berjanggut | Pengkhianat Pura Cendana | |
Nujum Pa' Blalang | Kadok | |
Pendekar Bujang Lapok | Pekerja Taukeh Sampan Rafi | |
1960 | Antara Dua Darjat | Pemandu Ungku Zaleha |
Isi Neraka | Busu | |
Pertarongan | Jambung | |
1961 | Sri Tanjung | |
Ali Baba Bujang Lapok | 40 penyamun Ben Kahar | |
Seniman Bujang Lapok | Jiran Ramlee, Aziz dan Sudin | |
Singapura Dilanggar Todak | konco 2 | |
Si Tanggang | Anak Kapal | |
1962 | Norlela | |
Ibu Mertua-ku | ||
Lubalang Daik | Bagok | |
1963 | Kasih Tanpa Sayang | Rafie |
1964 | Madu Tiga | Rafi |
1965 | Bidasari | Mubarak |
Dayang Senandong | Panglima Istana | |
1966 | Gerak Kilat | Pengikut Komander G |
Sri Andalas | Datuk Rampang | |
1967 | A-Go-Go '67 | |
Jebak Maut | Samseng Kuncu 2 | |
1968 | Ibulah Syurga | |
Raja Bersiong | Panglima Santa |
RujukanSunting
- ^ Kemalia Othman (29 Disember 2010). "SOROTAN 2010: Pergi Tinggalkan Nama, Jasa Tidak Dilupa". mStar Online. Dicapai pada 9 November 2010.
- ^ "Aktor M. Rafiee terlantar di Hospital Changi". Berita Harian Singapura. 16 September 2010. m/s. 2.
- ^ "Pelakon M. Rafiee meninggal dunia". Berita Harian Singapura. 18 September 2010. m/s. 2.