Musang Berjanggut merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1 Ogos 1959. Filem Musang Berjanggut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Musang Berjanggut
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
Dihasilkan olehRunme Shaw
Dibintangi
SinematografiAbu Bakar Ali
Disunting olehH. R. Narayana
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 1 Ogos 1959 (1959-08-01)
Masa tayangan
110 minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Filem Musang Berjanggut diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1 Ogos 1959.

Sinopsis sunting

Filem ini bermula, Sultan Alam Shah Bana (Ahmad Nisfu) memerintah negeri Pura Chendana. Baginda dibantu oleh Datok Bendahara (Udo Omar), Datok Bentara Mangku Bumi (Malik Sutan Muda), Datok Pujangga (Nyong Ismail) dan Datok Nikah Kahwin (Mustarjo).

Baginda sultan tidak mempunyai waris dan telah bertitah kepada sekelian hamba rakyat untuk mengambil seorang anak angkat. Setelah dicanang, maka ramailah ibu bapa membawa anak mereka ke istana. Negara Pura Chendana mempunyai seramai 700 orang bayi, 100 orang lelaki dan 300 orang perempuan. Selebihnya telah meninggal dunia di dalam kandungan. Pada hari pertandingan, hanya 10 orang bayi lelaki sahaja bertanding. Baginda sultan telah tertarik dengan seorang bayi lelaki yang bernama Nila. Ibunya bernama Biji Saga dan bapanya bernama Kelopak Salak. Mereka berdua telah dikurniakan sebuah rumah di luar perkarangan istana agar Nila boleh berulang alik dengan mudahnya. Di hari itu juga, Baginda sultan mengisytiharkan Nila utama sebagai Raja Muda Pura Chendana. Tun Nila Utama nama yang telah dipilih oleh baginda sultan.

Tun Nila Utama (P. Ramlee) melengkapkan diri semasa remaja untuk menjadi pengganti sultan. Tun Nila Utama mahir di dalam dunia persilatan dan ilmu ghaib. Setelah sekian lama menuntut, akhirnya Tun Nila Utama pulang ke istana.

Kepulangannya disambut meriah. Kemudiannya baginda Sultan menitahkannya untuk mendirikan rumah tangga. Tun Nila Utama enggan kerana menganggap semua perempuan yang ada di dalam negerinya itu hanyalah semata-mata betina. Apabila ditanya baginda Sultan apakah perbezaannya, Tun Nila Utama pun menjawab, Perempuan menjaga maruah, tetapi betina menjualnya.

Baginda murka dengan perkataan Tun Nila Utama itu. Kemudiannya baginda memberi tempoh satu tahun kepada Tun Nila Utama pergi keluar mencari isteri. Jika gagal, Tun Nila Utama dihukum pancung. Tun Nila Utama keluar dari negeri Pura Chendana dengan berbekalkan azam dan juga seuncang yang mempunyai campuran pelbagai bahan masakan. Dia telah bersumpah, barangsiapa yang mahu memasak bahan di dalam uncangnya itu, maka perempuan itulah yang akan diperisterikannya. Sekiranya dia gagal, Nila tidak akan mencukur janggut dan misai dan tidak akan pulang semula di Negara Pura Chendana.

Dalam perjalanan pelbagai perkara yang ditempuhinya. Tidak kurang orang mengatakannya gila. Sehinggalah pada suatu hari, Tun Nila Utama bertemu dengan Puspawangi (Saadiah) di tepi pantai. Di sana, Puspawangi telah membawa Tun Nila Utama ke rumahnya. Kedatangan Tun Nila Utama telah disambut baik oleh ibubapa Puspawangi. Apabila makanan hendak disediakan, Tun Nila Utama menghulurkan uncangnya. Keliru ataupun muslihat, itulah yang bermain difikiran Puspawangi dan ibunya setelah melihat kandungan uncang Tun Nila Utama. Ibunya mahu memulang uncang tersebut, tetapi telah dihalang oleh Puspawangi. Lantas Puspawangi mengasingkan campuran bahan tersebut.

Setelah makanan disediakan, akhirnya Tun Nila Utama pun diberitahu bahawa masakan malam itu adalah dari uncangnya. Bagi mengotakan sumpahnya, Tun Nila Utama telah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Puspawangi. Persetujuan dicapai antara Tun Nila Utama dengan Puspawangi. Selepas mendirikan rumah tangga, Tun Nila Utama kembali ke Pura Chendana bersama dengan isterinya.

Hajat Tun Nila Utama sebenarnya telah menjadi penghalang kepada Megat Alang Sengketa (Shariff Dol) untuk meraih Puspawangi. Dalam perjalanan pulang Tun Nila Utama, Megat Alang Sengketa membuat helah. Perhitungan diadakan di antara Tun Nila Utama dengan Megat Alang Sengketa. Akhirnya Megat Alang Sengketa tertewas dan Tun Nila Utama meneruskan perjalanan ke Pura Chendana.

Kepulangannya disambut meriah oleh keluarga dan seluruh negeri Pura Chendana. Keesokkannya Tun Nila Utama mengadap baginda Sultan. Oleh kerana keayuan yang ada pada Puspawangi, baginda Sultan dan 4 orang menterinya mahukan Puspawangi untuk diri sendiri. Perancangan telah dibuat dan Tun Nila Utama telah dititahkan untuk keluar mencari musang berjanggut untuk mengubati sakit baginda Sultan.

Puspawangi mengesyaki sesuatu dan meminta suaminya untuk bersembunyi di dalam kampung. Tun Nila Utama bersetuju. Sebaik saja Tun Nila Utama keluar meninggalkan rumah, utusan baginda tiba. Puspawangi menghadap baginda. Baginda memberitahu Puspawangi yang baginda mahu mendampingi Puspawangi. Puspawangi bersetuju. Dalam perjalanan pulang, satu persatu menteri membuat temujanji dan Puspawangi bersetuju. Puspawangi telah merancang satu musluhat untuk memerangkap Datok Nikah Kahwin yang berjanggut ke dalam sebuah peti pada malam itu. Puspawangi berjaya memperdayakan kesemua Datok menteri termasuk baginda Sultan sendiri. Puspawangi juga dibantu oleh suaminya sendiri.

Musang berjanggut dibawa ke istana oleh Tun Nila Utama. Baginda Sultan dan menteri-menterinya terkejut apabila melihat Datok Nikah Kahwin berada di dalam peti. Masing-masing cuba menyalahkan diantara satu sama lain. Tetapi mereka cuma berdiam apabila masing-masing menyedari akan kejadian malam tadi. Menyedari akan kesalahan yang telah dilakukan, maka baginda Sultan telah meletakkan jawatan sebagai Sultan dan menyerahkan jawatan itu kepada Tun Nila Utama. Baginda juga menitahkan agar semua menteri-menterinya juga berbuat demikian bagi menebus kesalahan mereka.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon tambahan sunting

Lagu sunting

  • Pura Cendana nyanyian Tan Sri P. Ramlee, S.Sudarmaji, Ahmad C, Rahmah Rahmat & Ainon Rahmat
  • Nenek Si Bongkok Tiga nyanyian Rahmah Rahmat
  • Mari Kita Ke Ladang
  • Jangan Adik Angan-Angan nyanyian Tan Sri P. Ramlee & Rahmah Rahmat

Pautan luar sunting