H. M. Busra
HM Busra[1] ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu. Beliau terkenal kerana saiz fizikalnya yang montel. Dari segi perwatakan dia sebenarnya seorang yang serius tapi disebabkan tubuhnya gempal banyak pengarah memberinya watak komedi, malah sering digandingkan bersama Ibrahim Pendek.[2]
HM Busra | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Busra Bin Hashim 1933 |
Meninggal dunia | 7 April 1981 | (umur 47–48)
Sebab kematian | Asma |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1954–1981 |
Majikan | Malay Film Productions Ltd |
BiografiSunting
H.M. Busra dilahirkan pada 1933 di Semenyih, Selangor, Busra dikenali ramai kerana lakonannya dianggap berkesan biarpun dalam satu dua babak saja, seperti mana watak lelaki mabuk pemain muzik dalam filem Seniman Bujang Lapok. Sepanjang hayatnya dia berlakon lebih 40 filem, antaranya Takdir, Panji Semerang, Pileh Menantu dan Anakku Sazali. Filem terakhirnya ialah Langit Tidak Selalu Cerah. Berkebolehan bermain biola dan trumpet, ia ditunjukkan dalam Seniman Bujang Lapok untuk babak dia meniup trumpet sehingga mengganggu jiran sebelah, termasuk watak Ramli, Sudin dan Ajis yang sibuk menghafal skrip menyebabkan Busra dibelasah tiga bujang lapok itu.
Selepas Studio Jalan Ampas ditutup pada sekitar bulan November 1967, H.M Busra telah pulang ke Malaysia sebagaimana kebanyakan seniman-seniman lain yang berasal dari Malaysia, termasuk juga Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang telah kembali lebih awal pada 1964. Dari Singapura, H.M Busra kembali ke kampung halaman beliau di Semenyih dan di situlah beliau memulakan perusahaan membuat kicap, menternak ayam serta membuka tapak semaian.
KematianSunting
Pada malam selasa, 7 April 1981, ketika berlangsungnya Pesta Filem Malaysia ke-2, HM Busra telah meninggalkan majlis berkenaan lebih awal. Sebelumnya, beliau telah memberitahu hasrat untuk pulang lebih awal kerana penat kepada Seniman S. Sudarmaji yang kebetulan duduk disebelah beliau pada malam itu. Menurut S.Sudarmaji, sewaktu dalam perjalanan pulang dari Stadium Negara, di mana Pesta Filem Malaysia ke-2 diadakan, beliau ternampak kereta milik HM Busra berhenti di pinggir Jalan Yoke Yew, lalu beliau memberhentikan kereta dan merapati kereta berkenaan. S.Sudarmaji kemudiannya mendapati HM Busra ada didalam kenderaan tersebut, namun beliau kelihatan tidak bermaya sambil mengadu sesak nafas, lantas S. Sudarmaji bergegas untuk mendapatkan ambulan. Sekembalinya beliau ke kereta Busra, didapati seniman tersebut telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, iaitu kira-kira antara jam 11.00 malam hingga 11.30 malam. Pada ketika itu Allahyarham HM Busra yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia akibat menghidap penyakit asma yang teruk.
Lebih menyayat hati ialah, sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disampaikan kepada ahli keluarganya di Semenyih, kakak Allahyarham, Shamsiah Sarmin yang berusia 60 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia, dipercayai akibat terlalu sedih dan terkejut dengan berita kematian adiknya. Jenazah kedua-dua beradik ini disemadikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Semenyih. Allahyarham HM Busra meninggalkan seorang balu, Salmah Yusof dan lima orang anak, Rosilawati, Mohd Suhaimi, Rosmilah, Mohd Afendi dan Rosailah.
FilemografiSunting
Sepanjang hayatnya dia berlakon lebih 30 filem,[3] antaranya :-
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1954 | Ayer Mata | ||
1956 | Anak-ku Sazali | ||
1957 | Hantu Jerangkung | Buntal | |
Putera Bertopeng | pengikut Tengku Ali | ||
1958 | Hantu Kubor | Buntal | |
Doktor | Pembantu Tok Pawang | ||
1959 | Musang Berjanggut | Pengawal Istana 2 | |
Nujum Pak Belalang | Buntal | ||
1960 | Isi Neraka | Kundur | |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Doktor Penyamun | |
Seniman Bujang Lapok | Jiran Trumpet | ||
Panji Semerang | Pengikut Raden Inu | ||
Indera Bangsawan | Putera Asyikin Tahyol | ||
Si Tanggang | Utusan Raja Donan | ||
1962 | Siti Muslihat | Pembesar istana | |
Neracha | |||
1963 | Pilih Menantu | ||
1964 | Siapa Besar | Jiran 3 | |
Tiga Abdul | Penjual Hamba | ||
Dupa Cendana | |||
Melanchong Ka Tokyo | |||
1965 | Takdir | ||
Bidasari | Selamat | ||
1981 | Langit Tidak Selalu Cerah | Abang Usop |
RujukanSunting
- ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.
- ^ Sisi antagonis beri impak buat industri[pautan mati kekal]
- ^ Seniman H.M Busrah : Dari Semenyih ke Jalan Ampas