Zainon Fiji

Pelakon veteran wanita Singapura

Zainon Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zainon Fiji (1924 – 26 Mei 1992) adalah seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Sinonim dengan watak wanita india didalam Seniman Bujang Lapok serta watak mami kepada Chombi dalam Ibu Mertua-Ku.

Zainon Fiji
Kelahiran
Zainon binti Ibrahim

1924
Singapura
Meninggal dunia26 Mei 1992
Ang Mo Kio, Singapura
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman/Abadi, Lim Chu Kang, Singapura
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon, Penari
Tahun aktif1949-1965
PasanganAli Fiji (k. 1951; c. 1979)

KerjayaSunting

Pada 1949, ketika berusia 25 tahun, beliau menceburi dunia perfileman sebagai seorang penari dibawah pimpinan seniman Osman Gumanthi dalam filem bertajuk “Nilam (1949) terbitan Malay Films Productions (MFP). Setelah berlakon sebagai penari/extra tanpa dialog dalam beberapa buah filem, bakat beliau mula dikesan dibawah pengarah berbangsa India. Filem pertama beliau adalah Lupa Daratan (1952) memegang watak seorang Babu atau pembantu rumah dibawah arahan Pengarah L.Krishnan. Beliau terus diberi watak berdialog pada filem filem seterusnya dengan menggunakan nama pentas sebagai Zainon atau Zainon Ibrahim.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau pernah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun bersama seniman Ali Fiji sebelum bercerai pada tahun 1979. Sepanjang hidup bersama, beliau tidak dikurniakan cahayamata kecuali enam orang anak angkat yang dijaga sejak kecil.

KematianSunting

Zainon Fiji meninggal dunia pada 26 Mei 1992, Ketika berusia 68 tahun akibat sesak nafas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Choa Chu Kang, Singapura.[1]

FilemografiSunting

Antara filem lakonan Mak Dara adalah:-

RujukanSunting

Pautan luarSunting