Madu Tiga
Filem Madu Tiga (Jawi: مادو تيݢ ) merupakan sebuah filem komedi romantik Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 12 Februari 1964. Filem Madu Tiga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Madu Tiga | |
---|---|
![]() Poster filem Madu Tiga | |
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis |
|
Lakon layar | S. Kadarisman |
Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Pengarah Sunting
Filem Madu Tiga diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 12 Febuari 1964
Ringkasan Sunting
Watak utama filem ini, Jamil (P. Ramlee) mengahwini tiga wanita tanpa seorang pun daripada mereka menyedari bahawa suami mereka berpoligami. Sebelum ini, Jamil dan Latifah (Zaharah Agus) sudah berkahwin selama 12 tahun. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Semasa Jamil yang licik itu mengahwini Hasnah (Jah Mahadi), dia berbohong dengan mengatakan kononnya Latifah mengizinnya berkahwin lagi kerana Jamil dan Latifah tidak dikurniakan anak. Jamil yang bekerja dengan bapa Latifah memberitahu bapa mertuanya (Ahmad Nisfu) itu mengenai perkahwinan tersebut. Lama kemudian, semasa dia pergi mengutip sewa rumah, Jamil jatuh cinta pada anak perempuan kepada salah seorang penyewa rumahnya, Rohani, (Sarimah) dan bercadang untuk mengetahuinya. Atas bantuan (dan galakan) daripada bapa mertuanya, Jamil dengan liciknya mengaturkan agar ketiga-tiga perkahwinannya itu dirahsiakan daripada isteri-isterinya. Namun demikian, tembelangnya terbongkar apabila ketiga-tiga isterinya itu bertemu di sebuah salun rambut. Rohani menjemput Latifah dan Hasnah untuk minum teh di rumahnya. Mereka kemudiannya menjumpai gambar perkahwinan Jamil dan Rohani. Ketiga-tiga madu itu mula bersahabat dan berpakat antara satu sama lain, menyebabkan Jamil akhirnya terperangkap akibat pembohongan yang dilakukannya selama ini.
Pelakon Sunting
- P. Ramlee sebagai Jamil
- Zaharah Agus sebagai Latifah
- Jah Mahadi sebagai Hasnah
- Sarimah sebagai Rohani
- Ahmad Nisfu sebagai Tuan Haji Latiff
- M. Rafiee sebagai Rafi
- M. Babjan sebagai Pak Ali (Ayah Rohani)
- Zainon Fiji sebagai Ibu Hasnah
- Doris Han sebagai Doris
- Ahmad Sabri sebagai Rashid
- Mislia sebagai Rashida
- Alias Congo sebagai Apek
- Sarban Singh
- Kassim Masdor
Lagu Sunting
- Selamat Pengantin Baru nyanyian Puan Sri Saloma
- Madu Tiga nyanyian Tan Sri P. Ramlee
- Gambus Jodoh nyanyian Tan Sri P. Ramlee
- Pukul Tiga Pagi nyanyian Tan Sri P. Ramlee
Anugerah dan pencapaian Sunting
- Menang Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Asia 1964 di Taipei.