S. Kadarisman

Pelakon dan pengarah filem Singapura

S. Kadarisman (lahir Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak; 12 Mei 1922 – 17 Februari 1989) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura, yang berasal daripada keluarga yang berbakat besar dalam bidang seni. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman membawa maksud Shadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan di Singapura[1] dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadona bangsawan.

S. Kadarisman
S. Kadarisman.jpg
Kelahiran
Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak

(1922-05-12)12 Mei 1922
Meninggal dunia17 Februari 1989(1989-02-17) (umur 66)
Singapura
Sebab kematianPenyakit kencing manis dan serangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman
Nama lainShahadat Kadarisman, Pak Kadar
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1942–1974
Terkenal kerana
PasanganFatimah Khairuddin
Anak-anak10

Kehidupan dan kerjayaSunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam dan Rangoon English School, Victoria School sebelum memasuki sekolah aliran agama di Sekolah Arab Alsagoff di Singapura.

S. Kadarisman mula berlakon dalam filem Menantu Durhaka terbitan syarikat di Indonesia. Di Malay Film Productions, beliau merupakan salah seorang anggota dalam Majlis Penapis Cerita. Serba boleh di dalam apa jua peranan. Cerita-ceritanya telah diterima oleh P. Ramlee untuk diarahkan. Diantaranya filem Labu Labi dan Madu Tiga.

KematianSunting

Beliau telah meninggal dunia pada 17 Februari 1989 berusia 66 tahun akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1942 Menantu Durhaka Filem lakonan pertama
1951 Perkahwinan Rahsia
1952 Norma
Sehati Serasa
Seniyati
Cinta Murni
1953 Istana Impian
1954 Panggilan Pulau Umar @ Panjang
Kechewa Mokhtar
1955 Menyerah Hamid
Kipas Hikmat Karim / Rustam
Bernoda
1956 Pencuri Ismail
Hang Tuah Pateh Karma Wijaya
Anak-ku Sazali Pelakon Bangsawan
Keadilan Illahi Malaun
1957 Mogok
1958 Doktor Bakar
Sri Menanti
Gergasi
Masharakat Pinchang
1959 Batu Belah Batu Bertangkup Selamat
Raja Laksamana Bentan Megat Alang Dilaut
Saudagar Minyak Urat Yusof
Puteri Gunong Banang Tok Penghulu
1960 Isi Neraka Pak Golok
Megat Terawis Tengku Bendahara
Antara Dua Darjat Engku Mukri
Pertarongan Datuk Teras
1961 Si Tanggang Nakhoda Redan
Indera Bangsawan Kobat Shah
Ali Baba Bujang Lapok Tukang Mandi Jenazah
Seniman Bujang Lapok Pelakon Malay Filem Production Penampilan khas
Tunggal
1962 Neracha Ali
Lubalang Daik Tok Demang
Norlela Raja
Batu Durhaka Datuk Perkasa
1963 Korban
Darah Muda
1964 Tiga Abdul Abdul Wahib
Dupa Cendana Tok Penghulu
1965 Bidasari Raja Zamin Tauran
1966 Anak Buloh Betong Penghulu Juga sebagai pengarah
Sri Andalas Datuk Panglima Karma
1967 Lampong Karam
1968 Amok Tok Nading
1969 Panglima Harimau Berantai
1970 Perintah Seri Paduka Taufik Hj. Ali
Kembang Layu Encik. Baharuddin
Pancha Indera Harimau Berantai
1971 Darma Kesuma
1972 Darah Panglima
Pendekar Sakti
Dang Lenggang
1973 Terbabas Tuan Guru Hidayat
1974 Bujang Tua S.S Samad Filem lakonan dan arahan terakhir

RujukanSunting

Pautan luarSunting