Megat Terawis (filem)

Filem Megat Terawis merupakan sebuah filem tragedis Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1960. Filem Megat Terawis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Megat Terawis
PengarahDhiresh Ghosh
PenulisOmar Rojik
S. Kadarisman
M. Babjan
Lakon layarOmar Rojik
S. Kadarisman
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
DibintangiAhmad Mahmud
Hashimah Yon
Jins Shamsuddin
Kemat Hassan
S. Kadarisman
SinematografiHitam-putih
Muzik olehOsman Ahmad
P. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1960
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaMelayu

Pengarah

sunting

Filem Megat Terawis diarah oleh pengarah Dhiresh Ghosh pada 1960.

Ringkasan

sunting

Megat Terawis (Ahmad Mahmud) dan adiknya Megat Sari (Jins Shamsuddin) baru sahaja menamatkan ilmu persilatan mereka dengan Tok Guru (Malek Sutan Muda). Mereka berdua pulang ke rumah mereka bertemu dengan ayahanda mereka, Datuk Paduka Haji (Kemat Hassan) dan ibunda mereka, Tengku Kamariah (Normadiah). Dia adalah Sultan punya adik.

Datuk Paduka Haji dan isteri sangat gembira dengan kepulangan kedua-dua anaknya. Di rumah Megat Terawis dan Megat Sari dijamu dengan wajik buatan ibu mereka dan kuih bakar pemberian Tengku Kamsiah (Hashimah Yon).

Tengku Kamsiah dan Megat Terawis saling menyukai antara satu sama lain. Tetapi dalam masa yang sama Tengku Kamsiah disukai oleh seorang putera raja(sultan) iaitu Tengku Johan Lela Pahlawan (A. Rahim). Megat Terawis dan Tengku Kamsiah dikahwinkan dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka.

Tengku Johan merasa kecewa kerana tidak dapat mengahwini Tengku Kamsiah. Adiknya Tengku Badariah (Dayang Sofia) bertanya mengapa Tengku Johan bermuram. Tengku Johan merasakan tidak ada sesiapa yang dapat menolong menghilangkan kekecewaannya.

Semasa Tengku Kamsiah dan Tengku Badariah bermain-main ditaman,Tengku Johan cuba mengusik Tengku Kamsiah. Perkara ini telah dilihat oleh Datuk Bendahara (S. Kadarisman) yang sememangnya tidak suka kepada Datuk Paduka Haji sekeluarga kerana dianggap tidak setaraf dengan mereka. Datuk Bendahara adalah adik Sultan.

Peluang ini telah digunakan oleh Datuk Bendahara untuk memujuk Tengku Johan supaya bertindak berani mahu memperisterikan Tengku Kamsiah walaupun tahu yang Tengku sudah berkahwin. Hasrat Tengku Johan disuarakan kepada ayahandanya,iaitu Sultan. Namun, Sultan membantah hasrat Tengku Johan.

Datuk Bendahara menghasut Sultan supaya menerima hasrat Tengku Johan kerana bimbang kononnya Tengku Johan akan membunuh diri jika tidak dapat mengahwini Tengku Kamsiah.

Megat Terawis,Tengku Kamsiah dan Datuk Paduka Haji dipanggil ke istana. Sultan menitahkan supaya Megat Terawis dan Tengku Kamsiah bercerai untuk menguji kesetiaannya kepada raja. Jika Megat Terawis tidak mahu menceraikan isterinya bermakna Megat Terawis tidak setia.

Dengan berat hati, Megat Terawis menceraikan isterinya dengan talak satu. Tengku Kamsiah merasa sungguh kecewa dan sedih. Megat Sari tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku telah menculik Tengku Badariah dengan menggunakan ilmu sihir sebagai balasan kepada Sultan dan Tengku Johan kerana mengambil kakak iparnya tanpa rela.

Tengku Badariah telah dilarikan ke sebuah gua. Seluruh istana mencari Tengku Badariah yang telah hilang. Datuk Bendahara pula telah menuduh Datuk Paduka Haji sekeluarga yang melakukannya.

Megat Terawis telah berjaya menyelamatkan Tengku Bariah dengan menewaskan Megat Sari. Disebabkan budi Megat Terawis kerana berjaya menyelamatkan anakandanya,Sultan mahu mengahwinkan Tengku Bariah dengan Megat Terawis. Hal ini menyebabkan Datuk Bendahara bertambah berang dan benci kepada Megat Terawis sekeluarga.

Sultan telah melucutkan jawatan Datuk Bendahara. Kemudian satu utusan Raden dari kerajaan jawa mahu melamar Tengku Bariah. Namun Sultan telah menolak lamaran itu kerana anaknya itu akan dikahwinkan dengan Megat Terawis.

Datuk Bendahara yang telah dilucutkan jawatan itu telah pergi menemui Raden (Shariff Dol) dan adiknya Raden Mas Ayu (Rahmah Rahmat) dikapal milik Raden itu. Datuk Bendahara telah menghasut Raden dan adiknya Raden Mas Ayu supaya menculik Tengku Badariah.

Semasa hari persandingan antara Megat Terawis dengan Tengku Badariah dan Tengku Kamsiah dengan Tengku Johan, Raden dan adiknya telah menculik Tengku Badariah dengan menggunakan ilmu sihir dan membawa Tengku Bariah ke kapal mereka.

Mereka menyangka telah menculik Tengku Badariah tetapi mereka telah menculik Tengku Kamsiah. Raden berasa bersalah kerana tersalah culik Tengku Kamsiah dan ingin memulangkan semula Tengku Kamsiah.

Tetapi Datuk Bendahara tidak membenarkan Tengku Kamsiah dibebaskan malahan Datuk Bendahara telah mengikat dan memukul Tengku Kamsiah di sebatang pokok kelapa. Datuk Bendahara memaksa Tengku Kamsiah memberitahunya rahsia kekebalan Megat Terawis tetapi gagal.

Megat Terawis dan Tengku Johan pergi menyelamatkan Tengku Kamsiah. Datuk Bendahara, Raden dan adiknya berjaya dikalahkan. Datuk Bendahara cuba melarikan diri tetapi dikejar oleh Megat Terawis dan membunuh dia dengan panah.Tetapi keadaan sudah terlambat kerana Tengku Kamsiah yang diseksa disahkan meninggal dunia. Jenazah Tengku Kamsiah kemudiannya dibawa pulang ke istana untuk dikebumikan.

Pelakon

sunting

Pautan luar

sunting