Omar Rojik
Omar Rojik (lahir Omar Ali; 23 November 1925 - 4 April 1997) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Singapura dan Malaya semasa zaman kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.
Omar Rojik | |
---|---|
![]() Omar Rojik pada tahun 1980an. | |
Kelahiran | Omar bin Ali 23 November 1925 |
Meninggal dunia | 4 April 1997 | (umur 71)
Sebab kematian | Sakit kejang otot |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah filem |
Tahun aktif | 1951-1983 |
Majikan | Malay Film Productions Ltd Merdeka Film Productions Sabah Film Productions |
Kampung asal | Seberang Perak, Kedah |
Pasangan | Norsiati |
Anak | 4 |
Ibu bapa | Raonah Senapi (ibu) Ali Ibrahim (bapa) |
BiografiSunting
Beliau berasal dari Kedah dan dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang Perak, Alor Star dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga. Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja memperbaiki enjin kapal terbang semasa pendudukan Jepun. Di samping itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah berhijrah ke Singapura di mana ketika berada di situlah beliau bertemu dengan R. Azmi yang telah mendapatkan nya pekerjaan sebagai buruh kasar di Syarikat Malay Film Productions Ltd (MFP). Dari situlah beliau mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP. Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil hinggalah ke peranan yang agak besar[1].
Omar Rojik juga berbakat dalam bidang penulisan dan merupakan penulis cerita asal bagi filem Dr. Rushdi, Antara Dua Darjat dan Semerah Padi. [2]
Kehidupan PeribadiSunting
Omar Rojik berkahwin dengan pelakon Norsiah yang berasal dari Butterworth dan mempunyai 4 orang anak.
KematianSunting
Beliau meninggal dunia pada 4 April 1997 ketika berusia 71 tahun akibat sakit kejang otot.[3]
FilemografiSunting
Sebagai pelakonSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Rayuan Sukma | ||
Manusia | |||
1952 | Anjuran Nasib | Pembantu Haji Salleh | |
1954 | Panggilan Pulau | Kapten | |
1955 | Insan | Omar | |
1957 | Mogok | ||
Sarjan Hassan | Ketua Kempeitai | ||
1958 | Matahari | Captain Nakamura | |
1963 | Nasib Si Labu Labi | Pengadil Ratu Kebaya 4 | Kemunculan khas |
Sebagai pengarahSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
1960 | Sumpah Wanita |
Pertarongan | |
1961 | Panji Semerang |
1963 | Kasih Tanpa Sayang |
Pilih Menantu | |
1964 | Siapa Besar |
1965 | Sayang Si Buta |
Takdir | |
1966 | Dahaga |
Aksi Kucing | |
1967 | A Go Go 67 |
1969 | Keranda Jingga |
Lanang Sejagat | |
1970 | Tuah Badan |
1971 | Durjana |
1973 | Satria |
1974 | Anak Setan |
1978 | Gila-Gila |
1980 | Si Luncai |
1983 | Mat Salleh Pahlawan Sabah |
Sebagai penulisSunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1956 | Semerah Padi | Cerita asal |
1959 | Dandan Setia | Lakon layar |
Batu Belah Batu Bertangkup | Lakon layar | |
1960 | Antara Dua Darjat | Cerita dan lakon layar |
Megat Terawis | Lakon layar | |
1970 | Dr. Rushdi | Cerita asal |
DramaSunting
RujukanSunting
- ^ Anak-Anak Kedah:Omar Rojik Kedah.com
- ^ Seniman Omar Rojik dalam Kenangan
- ^ "Pelakon dan pengarah veteran Omar Rojik meninggal dunia", Berita Harian, 5 April 1997.