Si Luncai merupakan sebuah filem genre komedi melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 22 Ogos 1981. Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik dan terbitan Deddy M. Borhan

Si Luncai
PengarahOmar Rojik
Dihasilkan olehDeddy M. Borhan
Dibintangi
Tarikh tayangan
  • 22 Ogos 1981 (1981-08-22) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 259,327.05

Barisan pelakon

sunting

Sinopsis

sunting

Filem ini mengisahkan Si Luncai seorang pengembala kambing yang lurus tetapi berhati mulia. Dia telah jatuh hati dengan anak ketua kampung akan tetapi harapannya hancur setelah pinangannya ditolak atas kedudukan pangkat dan darjat memandangkan Si Luncai hanya seorang pengembala kambing. Ketua Kampung yang tahu tentang kelurusan Si Luncai telah menyuruhnya terjun ke sungai bersama dengan sebiji buah labu. Maka Luncai pun terjun dan labu itu dijadikan sebagai pelampung untuk menyelamatkan diri. Setibanya di tebing sungai dia didatangi oleh nenek kebayan yang memberikannya harta yang banyak. Untuk membalas balik apa yang telah dilakukan oleh Ketua Kampung, Luncai telah menyamar menjadi seorang tukang tabib dan menyuruh Ketua Kampung bersama menteri-menteri nya pergi ke sebuah bukit untuk mencari bidadari. Maka Ketua Kampung pun pergi mencari apa yang dikatakan oleh Luncai. Kesempatan ini diambil oleh Luncai untuk mengahwini anak Ketua Kampung tersebut. Setelah berbulan-bulan mereka mencari bidadari yang tiada di bukit itu, dan setelah mengetahui sebenarnya tukang tabib itu adalah Luncai, Ketua Kampung akhirnya meminta maaf kepada Luncai kerana penghinaannya yang lalu.

  1. Biarkan Biarkan

Lagu : *Ahmad Nawab Penyanyi : *Deddy M Borhan, Azlina Aziz, Yahya Sulong

Pautan luar

sunting