Hussein Abu Hassan

Pelakon dan pengarah filem Malaysia (1937-2007)

Hussein Abu Hassan (5 Mei 1937 – 26 November 2007) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia.

Hussein Abu Hassan
Kelahiran
Hussein bin Abu Hassan

(1937-05-05)5 Mei 1937
Meninggal dunia26 November 2007(2007-11-26) (umur 70)
Sebab kematianPenyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1961–2007
PasanganMahyon Ismail (k. 1961; m. 2007)
Anak-anak3 (termasuk Dilla, Fairuz dan Faizal Hussein)
Saudara
  • Fazrick Faizal (cucu)
  • Fazryn Faizal (cucu)
  • Natra Dilla (cucu)
  • Marissa Dilla (cucu)
  • Amin Fairuz (cucu)

Latar belakang Sunting

Hussein dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 5 Mei 1937, sebelum ini adalah bekas anggota Polis Diraja Malaysia sebelum beliau mula menceburi bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam Sri Mersing pada 1961 diikuti Tun Teja, Fajar Menyinsing, Air Mata Duyung, Siti Payong dan Panglima Besi.

Beliau juga berlakon filem luar negara seperti Muah (Hong Kong), International Trades, Crazy - Pikoy Goes To Malaysia (Filipina) dan Bailey Big Deal (Australia). Lakonannya dalam filem arahan P. Ramlee menerusi Laksamana Do Re Mi terserlah menerusi watak Menteri Pasola.

Pada 1975, beliau menjadi pengarah melalui filem pertamanya, Bunga Padi Berdaun Lalang diikuti Panglima Badol, Senja Merah, Gila-Gila Remaja dan Kanta Serigala.

Pada tahun 1988 beliau berlakon dalam filem Bisikan Arwah.

Hussein pernah menerima Anugerah Seniman Veteran pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005. Jasanya di dalam bidang seni mendapat penghargaan dengan pengurniaan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1997.

Hussein meninggal dunia pada 6.30 pagi, 26 November 2007 di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit buah pinggang dan beberapa komplikasi penyakit lain. Hussein dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Ibu Kota Setapak.[1]

Ahli keluarga Sunting

Filemografi Sunting

Filem Sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1961 Sri Mersing Filem lakonan pertama beliau
Tun Teja
1962 Siti Payong
Selendang Merah Leman
1963 Fajar Menyinsing
1964 Air Mata Duyung Datuk Tanjung
Wan Perkasa
Panglima Besi Anjal
The 7th Dawn Penganas Komunis Penampilan pertama untuk filem Hollywood
1965 Kaseh Ibu Kawan Jaafar
1966 Nasib Do Re Mi Yusni
1967 Darma Kesuma Wira
1968 Amok Tok Nading Tok Nading
1969 Tunggal
Keranda Jingga Kuncu Pertama
Lanang Sejagat Lanang Sejagat
1970 Di-Belakang Tabir Hussin
Perintah Seri Paduka
Kembang Layu Borhan
Tuah Badan Zainal
Pancha Indera Harimau Berantai Pinchang
1971 Durjana
Khudrat
1972 Belang Pertanda
Pendekar Sakti Sakti
Laksamana Do Re Mi Menteri Fasola
Chengkaman Maut Mamat / Mat Tudung
Darah Panglima
1973 Terbabas Taufik
Satria Bongkok / Satria
Satu Penentuan Murad
1974 Mastura
1975 Si Buta Jaksa
Bunga Padi Berdaun Lalang Amir Juga sebagai pengarah dan lakon layar
Paper Tiger Pembantu Muller Penampilan kedua filem Hollywood
1976 Loceng Maut Panglima
Madu Beracun Daud
1979 Panglima Badol Panglima Wira Perkasa Sebagai pengarah
1981 Bukit Kepong MM Osman Yusoff
Sumpah Semerah Padi Sejagat
Si Luncai Sumbing
Bewitched Bomoh Filem Hong Kong
1982 Senja Merah Sebagai pengarah, penulis dan lakon layar
Centipede Horror Ahli Sihir Jahat Filem Hong Kong
The Highest Honour Inspektor Hussein Filem Hollywood
1983 Manis-Manis Sayang Bahadom
Seeding of a Ghost Bomoh Melayu Filem Hong Kong
1985 Bujang Selamat Pendekar Udin
1986 Gila-Gila Remaja Bakar Sebagai pengarah
1988 Pertarungan Iblis Merah Filem Indonesia
Bisikan Arwah Mbah Rejo
Fighting Madam 2 Filem Hong Kong
Gila-Gila Si Pikoy
1989 Cinta Berdarah Filem Indonesia
Kembar Siam Tuan Director
Dendam Perawan Bunting Sebagai pengarah
Awang Spanar Ali Jebon
1991 Juara Hussein Penampilan khas
Boss Malik
Kanta Serigala ASP Hussin Sebagai pengarah dan lakon layar
1992 Fifty/Fifty Pemandu Bas Filem Hollywood
1993 Sengketa Cinta
1994 Amelia Bapa Fandy
1996 Suami, Isteri dan .....? Penampilan khas
2001 Mendam Berahi
2004 Di Ambang Misteri Filem lakonan terakhir beliau

Drama Sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1972 Rantau Selamat TV1
1973 Detik Penentuan
1977 Bailey's Bird Inspektor Hamid Seven Network
1985 Remang-Remang Kota Raya (Musim 1) Ketua Unit TV1
1988 Semuntar Hitam TV3

Telefilem Sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Antara Dua Bayang TV3
1995 Diari Hati Julia

Televisyen Sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 Varia Aidilfitri Dirinya sendiri TV1

Rujukan Sunting

Pautan luar Sunting