Dendam Perawan Bunting

Dendam Perawan Bunting adalah filem seram Malaysia tahun 1989 dan diarahkan oleh Hussein Abu Hassan serta dibintangi oleh Sheila Lama dan Mustafa Kamal.

Dendam Perawan Bunting
PengarahHussein Abu Hassan
DibintangiSheila Lama
Mustafa Kamal
Tarikh tayangan
1989
NegaraMalaysia

Sinopsis sunting

Seorang gadis kampung telah diperkosa sehingga hamil oleh penjenayah - penjenayah dikampungnya hanya kerana dia memiliki paras rupa yang amat cantik. Kecewa, gadis berkenaan (Sheila Lama) telah mengambil keputusan untuk membunuh dirinya. Tetapi sebelum itu, dia berjanji akan kembali sebagai makhluk yang mengerikan untuk membalas dendam terhadap para lelaki yang telah memperkosanya.