Bukit Kepong (filem)

Filem aksi dan patriotik Malaysia 1981 arahan Jins Shamsuddin

Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi perang Malaysia 1981 yang diarahkan oleh Jins Shamsuddin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 29 April 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM1.3 juta.[2]

Bukit Kepong
PengarahJins Shamsuddin
Penulis
Lakon layarJins Shamsuddin
Cerita olehPPP Ismail Johari
BerdasarkanPeristiwa Bukit Kepong
Dihasilkan olehJins Shamsuddin
Dibintangi
SinematografiS. Mohan
Disunting olehJohari Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 29 April 1981 (1981-04-29) (Filem)
  • 31 Ogos 2024 (2024-08-31) (TV2)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.3 Juta
Pecah panggungRM 1.7 Juta

Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studios (syarikat pengedar dan pemasaran di bawah KRU International), yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos berjumlah RM100,000. Kerja teknikal sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia).[3]

Selepas hampir 43 tahun yang lalu, Filem ini telah ditayangkan semula di TV2 kepada umum melalui format HD pada 31 Ogos 2024 sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67.

Sinopsis

sunting

Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di Balai Polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.[4]

Pelakon

sunting
 
Jins Shamsuddin memegang watak sebagai Sarjan Jamil Md Shah, menulis skrip dan mengarahkan filem ini.
  • Jins Shamsuddin sebagai Sarjan 3493 Jamil Bin Mohd Shah
  • A. Rahim sebagai Lans Koperal 7168 Jidin Bin Omar
  • Hussein Abu Hassan sebagai MM 10533 Osman Yusoff
  • Yusof Haslam sebagai MM 8600 Jaafar Bin Hassan
  • Dali Abdullah sebagai MM 7493 Mohamad Bin Jaafar
  • Shamsudin Baslah sebagai MM 7862 Abdul Kadir Bin Jusoff
  • JA Halim sebagai MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim
  • Hisham Ihsan sebagai Penghulu Ali
  • Mohd Noor Bon sebagai A/P 1925 Ali Akob Bin Othman
  • Harun Ibrahim sebagai A/P 2130 Samad Bin Yatim
  • Jamaliah Arshad sebagai Mariam
  • Edah Ahmad sebagai Saadiah
  • Suhaina Yahya sebagai Fatimah
  • Ayu Rahman sebagai Pon
  • Normah Alim sebagai Arfah
  • Noraini Talib sebagai Fatimah Ya'aba
  • Omar Suwita sebagai Sa'ibun
  • Norazizah Mohd Seh sebagai Jamilah
  • Ahmad Tarmizi Mad Zin sebagai Mohd Nor
  • Akhmal M.Zain sebagai Hassan
  • Norizan Hashim sebagai Zainun
  • Azizan Mokhtar sebagai Abu Samah
  • Baby Yahya sebagai Zaleha
  • Abdul Malik Abdullah sebagai Pegawai Pentadbir Daerah
  • Mike Steward sebagai Mr Davis
  • Steven Wang sebagai Tuck Sai
  • James Ling sebagai Ling
  • Norazam Zakaria sebagai Aziz
  • Mohd Rashid Md Isa sebagai Said
  • Saadah Fadzil sebagai Isteri Saibun
  • Zambry Samad sebagai Anak Saibun
  • Embong Azizah sebagai Ibu Saibun
  • Low Hwee Luang sebagai Isteri Ah Yau
  • Tan Mei Ling sebagai Mei Ling Anak Ah Yau

Pelakon tambahan

sunting

Anggota PDRM telah diberikan tanggungjawab melakonkan watak masing-masing dalam filem ini:

Anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu yakni anggota polis Bukit Kepong
  • PPP Latifi Ahmad sebagai MM 7645 Yusof Bin Rono
  • Insp Zainal Abidin Mohd sebagai OCPD Pagoh (J.J. Raj)
  • Inspektor Fauzy Abu Bakar sebagai MM/T 3472 Ahmad Bin Khalid
  • Koperal Mohd Kurdi Ismail sebagai MM 9136 Hassan Bin Othman
  • Koperal Shukor Daud sebagai MPC 37 Abu Bakar Bin Daud
  • Koperal Abdul Ghani Abdul sebagai MM 5674 Abu Bin Mohd Ali
  • Koperal Abdullah Jabar sebagai A/P 2127 Osman Yahya
  • Konstabel Marsat Jidin sebagai Koperal 7068 Mohd Yassin Bin Haji Abdul Wahab
  • Konstabel Sukarman Selamat sebagai MM 3933 Hamzah Bin Ahmad
  • Konstabel Talib Janggi sebagai MM/T 3795 Jaffar Bin Arshad
  • Konstabel Mat Saad sebagai MPC 60 Ibrahim bin Adam
  • Konstabel Mohd Jan Katan sebagai MPC 68 Awang bin Ali
  • Konstabel Malek Baba sebagai MPC 181 Basiron bin Adam
Pengganas Komunis
  • Sarjan Ng Thin Hong sebagai Lee Tuan
  • Konstabel Chong Yun Fook sebagai Kwan Pin
  • Konstabel Lam Seng Lan sebagai Wing Chan
  • Konstabel Looi Thye Choe sebagai Chin Siang
  • Konstabel Seah Lai Soon sebagai Chan Fei
  • Konstabel Abdul Ghani Wahid sebagai Leman
  • Konstabel Mohd Yatim sebagai Komunis Melayu
  • Konstabel Abdul Ghani Mohd Yusoff sebagai Komunis Melayu
  • Konstabel Yahya Nordin sebagai Komunis Melayu
Penduduk Kampung Bukit Kepong
  • Koperal Tham Chen Yao sebagai Ah Yau
  • Konstabel Lee Seng Chong sebagai Ah Siah
  • Konstabel Wanita Wong Chen Chu sebagai Anak Ah Siah

Kru filem

sunting
  • Penolong Pengarah - A. Rahim
  • Inspektor Fauzy Abu Bakar -Penasihat Teknikal
  • PPP Latifi Ahmad - Penasihat Teknikal
  • Penolong Jururakam Audio - Ahmad Tajudin
  • Penolong Jururakam Audio - Azmi Mohd Nor
  • Penolong Jurukamera - Ed Rizal
  • Pengubah Lagu - Inspektor Abu Bakar Long
  • Pengarah Muzik - PPP Alias Arshad
  • Penyunting Filem - Johari Ibrahim
  • Penolong Penyunting Filem - Mariam Ibrahim
  • Jururakam Audio - Peter Lim
  • Jururakam Audio - Zulkifli Salleh
  • Jurukamera - S.Mohan
  • PPP Yusof Ariffin - Pengarah Penataan Seni & Pereka Set
  • PPP Zakaria Mohammad - Pereka Set

Produksi

sunting

Pengarah, penerbit dan pelakon utama filem ini, Jins Shamsuddin menjelaskan bahawa filem ini dilakukan berdasarkan fakta sejarah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Dia turut menemu bual pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden serangan di balai polis berkenaan serta penduduk kampung Bukit Kepong. Sebelum pembikinan filem itu, keluarga Mohamad Indera ada berjumpanya dan meminta supaya tidak terlalu menonjolkan kejahatan anggota PKM itu.[5]

Anugerah dan pencalonan

sunting
Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-3, 1982 Filem Terbaik Jins Shamsuddin Menang
Pengarah Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Khas Juri Menang
Lakonlayar Terbaik Aimi Jarr, Yusof Ariffin, Ismail Johari Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik A. Rahim Tercalon
Hussein Abu Hassan Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jamaliah Arshad Tercalon
Jurukamera Terbaik S. Mohan Menang
Penataan Seni Terbaik Yusoff Ariffin Menang
Penataan Bunyi Terbaik Peter Lim & Zulkifli Salleh Menang
Bintang Harapan Suhaina Yahya Menang
Dali Abdullah Tercalon

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://studentsrepo.um.edu.my/681/8/LAMP.pdf
  2. ^ http://www.tojet.net/articles/v2i2/227.pdf
  3. ^ Yusof Haslam reminisces his stint in “Bukit Kepong”
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-06. Dicapai pada 2015-04-14.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-06. Dicapai pada 2015-04-14.

Pautan luar

sunting