Filem

jujukan gambar yang memberi perasaan pergerakan dan pengisahan sesebuah cerita atau peristiwa benar

Filem (Jawi: فيلم) atau wayang gambar (Jawi: وايڠ ݢمبر‎‎) adalah bentuk seni tampak mempersembahkan rupa atau "wayang" menyampaikan sesebuah cerita yang membangkitkan suasana, pandangan dan perasaan terdiri daripada rentetan atau turutan gambar yang bergerak diiringi bunyi termasuk muzik.[1] Penghasilan atau "pembikinan" cerita menggunakan kaedah ini serta industri melibatkan penggiatan sedemikian secara umumnya disebut sebagai perfileman.

Antara wayang awal menunjukkan kuda berlari.

Cerita yang disampaikan dalam medium filem mencerminkan budaya masyarakat yang membentuk kerana sifatnya yang merakam pergerakan dan persekitaran latar yang dirakam langsung pada saat itu;[2] ia dipergunakan sebagai wahana penting mendidik atau menyemai pemikiran dalam masyarakat umum yang mudah menangkap berdasarkan apa yang dilihat di layar.

Peristilahan sunting

Perkataan 'filem' datangnya daripada bahan fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak dipanggil "pita filem".

Nama lain medium ini, "wayang gambar" atau lebih panjangnya "wayang gambar hidup" semasa zaman awal penjajahan Nusantara[3] turut diberi hasil kiasan yang membezakan daripada medium penceritaan "wayang" lain difahamkan orang Melayu termasuk wayang kulit:[4] perkataan "wayang" itu sendirinya kata kembar seakar perkataan "bayang" melalui bahasa Jawa (ꦧꦪꦁ bayang) yang pada asalnya bermaksud "patung".[5]:30 "Wayang gelap" juga dijumpai dalam penulisan seawal tahun 1920-an.[6]

Pembuatan atau pembikinan sunting

Persediaan sunting

Cerita yang disampaikan dalam sesbuah filem didasarkan daripada sebuah naskhah skrip yang ditulis menerangkan adegan diisi watak-watak melakukan perbuatan dan menuturkan patah kata tertentu sepertimana dimainkan pelakon. Seorang penerbit (atau produser) meluluskan selepas mengamati skrip ditulis lalu menyewa orang untuk bekerja pada filem tersebut dan mendapatkan wang yang akan diperlukan untuk membayar para artis dan peralatan.

Produser biasanya mendapatkan wang dengan meminjam dari bank atau mencari pelabur yang kesanggupan. Beberapa produser bekerja untuk sebuah studio filem dan yang lainnya bekerja secara mandiri.

Perakaman sunting

Pelakon dan pengarah membaca naskhah skrip untuk mengetahui apa yang harus dikatakan dan apa yang harus dilakukan. Kemudian sutradara memberitahu artis apa yang harus dilakukan dan seorang jurukamera akan mengambil gambar atau "futij"nya dengan kamera filem.

Ketika "futij" atau gambar selesai dirakam, seorang penyunting menyusun gambar secara bersama-sama yang akan dirapikan untuk membentuk keseluruhan cerita yang tampak selari cerita mengikut durasi tertentu. Penyunting (atau "editor") suara dan muzik akan merakam runut bunyi yang bersesuaian dengan emosi ingin diungkitkan sebelum ia digabungkan ke dalam gambar filem.

Pengedaran dan penayangan sunting

Setelah selesai, banyak salinan yang dibuat secara bergulungan yang kemudian diedarkan ke panggung-panggung wayang. Sebuah mesin elektrik yang disebut projektor akan menyuluh gulungan filem yang diputar dan gambarnya akan muncul di layar besar untuk dinikmati penonton.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Severny, Andrei (September 5, 2013). "The Movie Theater of the Future Will Be In Your Mind". Tribeca. Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2013. Dicapai pada September 5, 2013.
  2. ^ Gunning, Tom (February 2002). "Making Sense of Films". History Matters: The U.S. Survey Course on the Web. George Mason University.
  3. ^ Holt, Claire (1967). Art in Indonesia: continuities and change. m/s. 123. ISBN 9780801401886.
  4. ^ Abdul Malik (2013). Direktori Seni dan Budaya Melayu. Tanjungpinang, Depok: Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau & Komodo Books. m/s. 91. Orang Melayu memberi nama beberapa macam seni pertunjukan yang mengandung cerita sebagai wayang seperti wayang kulit, wayang kun, wayang cecak, wayang gambar. Di Kepulauan Riau sampai 1981, dan sampai kini oleh generasi tua, bioskop kota diberi nama wayang gambar.
  5. ^ Nothofer, Bernd (2009). "Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu". Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 27 (1): 23-43.[pautan mati kekal]
  6. ^ Wan Abdul Kadir (1988). Budaya Popular Dalam Masyarakat Melayu Bandaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 146.