Patung
Patung ialah sesuatu yang menggambarkan sesuatu entiti yang khusus, biasanya manusia, peristiwa, haiwan atau objek. Tumpuannya ialah perlambangan.
Banyak patung dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Ia bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu kepada para orang lalu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.
Kekadangnya, patung-patung pada dirinya mengilhami peristiwa bersejarah sendiri. Umpamanya pada tahun 1986, apabila Patung Liberty meraikan hari ulang tahunnya yang ke-100, suatu perayaan tiga hari diadakan yang menarik 12 juta orang. Perayaan ini dikatakan merupakan peristiwa awam yang terbesar di dunia sehingga hari ini. Senarai tetamunya amat unik. "Kami menjemput semua patung agung di dunia ke majlis hari jadinya dan mencipta boneka-boneka raksasa untuk mewakili patung-patung tersebut", kata Jeanne Fleming, pengarah acara itu. Setiap patung tiba dengan diiringi oleh muzik asli."
Terdapat sebuah legenda bandar tentang kod untuk mencipta patung penunggang kuda. Kuku kuda dikatakan menunjukkan bagaimana penunggangnya menemui ajalnya. Satu kuku kuda diangkat naik menunjukkan bahawa penunggangnya maut kerana cedera parah atau juga hanya dilukai dalam pertempuran. Sebaliknya, dua kuku kuda diangkat naik menunjukkan bahawa penunggangnya dibunuh dalam pertempuran. Walaupun demikian, sebuah tinjauan tentang patung-patung penunggang kuda di kebanyakan bandar raya Eropah yang utama menunjukkan bahawa legenda bandar ini tidak berasas. Walau jika legenda tersebut adalah benar, amalannya kelihatan pupus pada abad ke-19. [1] [2]
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Patung |
- Laman web PMSA: Tugu Peringatan dan Patung di United Kingdom
- Patung-patung Keluaran MARBLECast
- Forum Perbincangan tentang Patung
- Lubbock, lorong Texas dari Patung Buddy Holly ke Pusat Buddy Holly Diarkibkan 2011-01-02 di Wayback Machine
- Patung Dawai Hasil Kerja Ivan Lovatt Diarkibkan 2012-01-10 di Wayback Machine
- Patung Mini Karya Adam Beane Diarkibkan 2012-01-11 di Wayback Machine
- Patung Pensel Berwarna Diarkibkan 2011-11-11 di Wayback Machine