Omar Suwita (lahir Omar bin Salleh; 1923 – 11 Februari 2013) ialah seorang pelakon filem Malaya.[1] Nama Suwita bermaksud dari perkataan Sanskrit iaitu Bakti. Beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan Dato' Aziz Satar, dan pernah tinggal serumah semasa menjejakkan kaki di Jalan Ampas, Singapura pada 15 September 1952.

Omar Suwita
Kelahiran
Omar bin Salleh

1923
Meninggal dunia11 Februari 2013 (berumur 89–90)
Hospital Khoo Teck Puat, Singapura
Sebab kematianKencing manis dan sakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong, Singapura
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1953–1989
Kampung asalSingapura
Anak-anak7
HubunganDato' Aziz Satar

Kehidupan dan kerjaya sunting

Beliau dilahirkan pada 1923 di Melaka. Beliau sering melakonkan watak jahat atau antagonis disebabkan mempunyai perwatakan yang serius dan tidak banyak bercakap.[2] Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemuzik yang baik, dan memiliki suara yang sedap, menurut Dato' Aziz.

Omar mula menceburi bidang lakonan melalui filem Siapa Salah? dan diikuti dengan Hati Iblis. Watak utama yang dipegangnya adalah dalam filem Ribut pada tahun 1956.

Pada masa yang sama, Omar sempat merakamkan lagu bertajuk "Suka Sama Suka" bersama Allahyarhamah Datin Rafeah Buang pada 1950-an.[3] Selain menyanyi, beliau juga pandai bermain gitar, malah pernah mengajar komposer terkenal, Kassim Masdor.

Beliau telah terlantar sakit selama sembilan tahun lalu dan ini telah dua kali perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital. Pada Ogos 2010, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menyumbang bantuan Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) kepada Omar di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura. Bantuan berjumlah RM5,000 itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab.[4]

Kematian sunting

Omar yang berasal dari Melaka meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Khoo Teck Puat, Singapura pada 11 Februari 2013 dan meninggalkan seorang balu serta tujuh anak, dua lelaki dan lima perempuan. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Siapa Salah? Filem pertama
Hati Iblis
1954 Pawang
Merana Osman
1955 Penarek Becha Borhan
Roh Membela
1956 Hang Tuah Orang Mengamuk 3
Semerah Padi Kachiwa
Anak-ku Sazali Ahli Geng Sazali
Ribut
1957 Pancha Delima Perdana Menteri Sarpa Dahana
Seruan Darah
Mogok
Hantu Jerangkung Hantu
1958 Sri Menanti
Taufan Omar
Sumpah Orang Minyak Kawan Buyong
1959 Batu Belah Batu Bertangkup
Pendekar Bujang Lapok Omar
1961 Sri Tanjung
Singapura Dilanggar Todak Penghulu
Panji Semerang Jaksa
Si Tanggang Pak Kelewang
1962 Norlela Omar
Ibu Mertua-ku Encik Murad
1963 Korban
Kasih Tanpa Sayang John Mansor
Darah Muda Manan
1964 Jeritan Batin
1965 Taqdir Pawang
Pusaka Pontianak Zainal
1966 Gerak Kilat Pengikut Komander G-Man
1967 Jebak Maut Samseng Kuncu 1
1968 Ibulah Syurga
Raja Bersiong Panglima Sipu
1981 Bukit Kepong Sa'ibon
1982 Langit Petang Abang Ros
1989 Kolej 56 Majikan kepada bapa Rosli Filem terakhir

Rujukan sunting

  1. ^ Budiman A.R. (28 September 1986). "Keinginan Omar Suwita satu impian sahaja". Berita Harian Singapura. m/s. 8.
  2. ^ Muhamad Fairoz Azizan (13 Februari 2013). "Omar Suwita pendiam, pentingkan kebersihan". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2019.
  3. ^ Nor Akmar Samudin (14 Februari 2013). "Omar pelakon berkarakter". Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2019.
  4. ^ Mohd Fazli Abd Aziz (22 Ogos 2010). "FINAS prihatin nasib Omar Suwita". Berita Minggu. Dicapai pada 8 November 2019.
  5. ^ Muhammad Syafiq Roos Annuar (18 Februari 2013). "Hilang kawan serumah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2016. Dicapai pada 8 November 2013.

Pautan luar sunting