Aziz Sattar
Datuk Abdul Aziz bin Sattar (8 Ogos 1925 – 6 Mei 2014) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia, Singapura. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.
Aziz Sattar | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Abdul Aziz bin Sattar 8 Ogos 1925 |
Meninggal dunia | 6 Mei 2014 | (umur 88)
Sebab kematian | Sakit tua |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Selangor |
Nama lain | Pak Aziz |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip |
Tahun aktif | 1953–2014 |
Terkenal kerana | Siri filem Bujang Lapok |
Gaya | Lawak |
Pasangan | 3 kali: Siti Rumiah Ahmad, Dayang Sofia dan Hashimah Delan |
Anak | 7 |
Ibu bapa |
|
Saudara | Zaini Sattar (adik) |
BiografiSunting
Beliau dilahirkan di Pakalongan, Kabupaten Gresik, Jawa Timur Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.
Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.
Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan. Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan Aksi Kuching.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara versi 1990-an, bersama Datuk Ahmad Daud, Normadiah, Aziz Jaafar dan Nasir P. Ramlee.
Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumiah Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Anak-anak beliau ialah : Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.
Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.
FilemografiSunting
Sebagai pelakonSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1953 | Putus Harapan | Guru Sekolah | Filem pertama |
Mangsa | |||
1954 | Jasa | ||
Arjuna | |||
1955 | Kipas Hikmat | Razid | |
Roh Membela | Amir | ||
Ribut | |||
1956 | Pencuri | ||
1957 | Putera Bertopeng | ||
Bujang Lapok | Aziz | ||
Hantu Jerangkong | Ajis | ||
Kasih Sayang | |||
1958 | Hantu Kubor | Ajis | |
Anak Pontianak | Ah Chee | ||
Taufan | Aziz | ||
1959 | Nujum Pak Belalang | Badan | |
Raja Laksamana Bentan | Sin Chew | ||
Pendekar Bujang Lapok | Aziz | ||
1960 | Sumpah Wanita | Labu | |
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Ali Baba | |
Seniman Bujang Lapok | Aziz | ||
1962 | Siti Muslihat | Pak Awang / Memanda Menteri | |
Labu dan Labi | Dirinya sendiri | Penampilan khas | |
1963 | Nasib Si Labu Labi | Tok Kadi | Penampilan khas |
Pilih Menantu | Aziz | ||
1964 | Siapa Besar | Busu bin Tengkorak Raja | |
Mambang Moden | Ismail | ||
1965 | Takdir | ||
Pusaka Pontianak | Kamarudin | ||
1966 | Aksi Kuching | Selamat | |
1975 | Keluarga Si Comat | Pak Comot | |
1979 | Prebet Lapok | Aziz Lapok | |
1981 | Penyamun Tarbus | Aziz Rabun | |
Da Di Du | Orang Tua | Penampilan khas | |
1983 | Darah Satria | ||
1986 | Bujang Lapok Kembali Daa | Aziz | |
1988 | Perawan Malam | ||
1990 | Orang Kampung Otak Kimia | ||
1991 | Juara | Sudin | |
Suci Dalam Debu | |||
1992 | Queen Control | ||
1993 | Tarik-Tarik | ||
Abang 92 | |||
1994 | Simfoni Duniaku | ||
1996 | Suami, Isteri dan .....? | Bapa Pengantin | Pelakon undangan |
1997 | Layar Lara | Pelakon undangan | |
1998 | Jibon | Tok Batin | |
2002 | Embun | Pak Mail | |
Soalnya Siapa? | Dato’ Johar | Penampilan khas | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Tok Selampit | |
Father | |||
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II | Tok Selampit | |
2006 | Cicak-Man | Menteri | |
2007 | Budak Lapok | Pak Ajis | Suara |
Anak Halal | Pak Ali | ||
2009 | Setem | Pak Ramli | |
Momok The Movie | Pak Ajis | ||
2010 | Kecoh Betul | Pak Aziz | |
2012 | Untuk 3 Hari | Penampilan khas | |
2014 | Terbaik dari Langit | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta | |
2016 | Radhi Rudy Bin Dadu |
Sebagai pengarahSunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1975 | Keluarga Si Comat | |
1979 | Si Badol | |
Prebet Lapok | ||
1980 | Penyamun Tarbus | |
1981 | Da Di Du | |
1982 | Setinggan | |
1983 | Darah Satria | |
1984 | Tujuh Biang Keladi | |
1985 | Bujang Lapok Kembali Daa | |
1986 | Jiran | |
1988 | Perawan Malam | |
Tak Kisahlah Beb | ||
1989 | Orang Kampung Otak Kimia | |
1990 | Adik | |
1992 | Gelora Cinta | |
1994 | Simfoni Duniaku | |
2004 | Father | Juga sebagai pengarah bersama S. Baldev Singh |
2005 | Maaria | Pengarah bersama S. Baldev Singh |
2008 | Stok Lama | Telefilem |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2000 | Kelab Malam | Sitkom | ||
2000–2002 | Abang Sidi | Abang Sidi | TV1 | Suara |
2007 | Manjalara | TV3 | ||
2008 | Ali Din | Syekh Mahfuz | ||
2010 | Bujang Sepah Lalalitamplom (Musim 1) | Pak Long Mustar | Astro Prima | |
2012 | Upin & Ipin (Musim ke-6) | Dirinya sendiri (suara) | TV9 | Episod: "Kenangan Mengusik Jiwa" |
Tanah Kubur (Musim 4) | Bomoh | Astro Oasis | Episod: "Susuk Marhabbah" | |
2014 | Tanah Kubur (Musim 9) | Pak Taib | Episod: "Sesat Dalam Cahaya" |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Tuan Rumah | ||
2003 | Neon | Penduduk Kampung II | VCD |
2008 | Aisah Lima Puluh Sen | Astro Ria | |
Stok Lama |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tarikh anugerah/penghormatanSunting
- 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
- 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
- 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
- 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
- 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.
- 2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin[1]
Profesional/ahli persatuanSunting
- Bendahari, Persatuan SENIMAN.
- 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
- 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.
- ... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)
Meninggal duniaSunting
Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat sakit tua pada usia 88 tahun.[2]
RujukanSunting
- ^ Datuk Aziz Sattar Sinemamalaysia.com.my: 2013: Anugerah artis lelaki sepanjang hayat (Anugerah Bintang Popular Malaysia)
- ^ Niezam Abdullah (6 Mei 2014). "Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia". mStar. Dicapai pada 2014-05-06.