Gresik ialah ibu kota wilayah Gerbangkartasusilo, Jawa Timur, Indonesia.

Gresik
COLLECTIE TROPENMUSEUM Oost-Java visvijver van Grissee TMnr 60012807.jpg
Moto: 
Gresik Berhias Iman
Country Indonesia
ProvinceEast Java
Luas
 • Jumlah1,137.05 km2 (439.02 batu persegi)
Zon waktuUTC+7 (WIB)
Laman webwww.gresik.go.id
Lokasi Kabupaten Gresik, bersebelahan Surabaya di Jawa Timur.

SejarahSunting

 
Pahatan batu di Gresik
 
Kolam ikan di Gresik, Hindia Timur Belanda. Dalam/sebelum tahun 1926.

Pelabuhan Gresik-Djaratan berfungsi sebagai sebuah pusat perdaganan penting semenjak abad ke-11, berdagang dengan negara-negara sejauh China, India dan Arabia. Sebilangan pedagang membantu menyebarkan Islam di rantau itu. Pada tahun 1487, Sunan Giri, Syech Maulana Malik Ibrahim, juga dikenali sebagai Sultan Ainul Yaqin, memerintah Gresik. Ahli apotekari dan pengembara Portugis, Tome Pires, dalam buku yang ditulisnya pada tahun 1515, Suma Oriental, memerikan Gresik sebagai "permata pelabuhan perdagangan Pulau Jawa".[1] Waris Sunan Giri memerintah wilayah itu selama dua kurun selepasnya.

Pada tahun 1974 pemerintah Indonesia menjadikan Gresik, yang sekarang merupakan subbandar ibu kota wilayah Surabaya, sebagai ibu kota Gerbankartasusilo.

PerindustrianSunting

Banyak industri sudah tertubuh di Gresik, yang kebanyakannya menyokong pertanian dan mesin-mesin pertanian. Terdapat juga banyak industri kecil-kecilan yang berkaitan pembutan beg, songkok, topi dan sebagainya.

Satu daripada kilang terbesar di Gresik ialah PT. Semen Gresik (Gresik Portland Cement) dan PT Petrokimia Gresik. PT. Semen Gresik, kilang simen terbesar di Indonesia, membekalkan 41% daripada pasaran Indonesia. PT Petrokimia Gresik, pembuat baja yang terlengkap di Indonesia membekalkan 50% daripada baja subsidi kebangsaan.

Gresik abad ke-21Sunting

Kota Gresik memiliki reputasi kerana kedai kopinya, yang digelar warkop (dari "warung kopi"), yang banyak. Pada tahun 2002, Petrokimia Putra (milik PT Petrokimia Gresik), kelab bola sepak dari Gresik, memenangi kejuaraan liga kebangsaan di Jakarta.

RujukanSunting

  1. ^ Ricklefs, M.C. (2nd. ed. 1991). A History of Modern Indonesia since c. 1300. London: MacMillan. m/s. 39. ISBN 0-333-57689-6. Periksa date values in: |date= (bantuan)

Bacaan lanjutSunting

  • Turner, Peter (1997). Java (1st edition). Melbourne: Lonely Planet. m/s. 341. ISBN 0-86442-314-4.

Pautan luarSunting

Templat:E Java


Templat:EJava-geo-stub