Soffi Jikan

Pelakon dan pengarah Malaysia

Mohamad Shoffi Jikan atau lebih dikenali sebagai Soffi Jikan (lahir 13 November 1970) ialah seorang pelakon, penyanyi, penulis dan pengarah Malaysia yang sering muncul menerusi watak-watak sampingan dalam filem-filem popular Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai aktivis teater dan juga penulis lakon layar dan amat dikenali menerusi watak-watak pembantu dalam sesebuah karya yang besar. Walaupun beliau kurang mendapat publisiti yang meluas, bakat lakonannya yang menjadi taruhan dan diberi kepercayaan oleh pengarah yang ingin mendapatkan khidmat beliau.

Soffi Jikan
Soffi pada 2010.
Kelahiran
Mohamad Shoffi bin Jikan

(1970-11-13) 13 November 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penulis, pengarah
Tahun aktif2001–kini
Terkenal keranaZul Kapan dalam Rock (2005)
Kolenel Buyong dalam Kala Malam Bulan Mengambang (2008)
Junna dalam Estet (2010)
Ajib dalam KL Gangster (2011)
Rokiman dalam Taubat Seorang Samseng (2012)
PasanganIzzaty Isma Ibrahim
Anak-anak3
HubunganShaiful Jikan (adik)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Shoffi bin Jikan pada 13 November 1970 di Kuala Terengganu, Terengganu kepada seorang petani dan isterinya. Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya sunting

Soffi memulakan kerjaya lakonannya pada 2003 menerusi filem Paloh arahan Adman Salleh sebagai askar Jepun. Beliau juga membintangi telefilem Neon arahan Mohamed Feroz Abdul Kadir bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Danny X-Factor, Melissa Saila, Abby Abadi, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.[1]

Bakat beliau berjaya dihidu oleh pengarah tersohor, Mamat Khalid, untuk menjadi watak pembantu dalam filem Rock. Kepercayaan terus diberikan oleh Mamat untuk terus mendapatkan khidmat beliau menerusi Man Laksa, dan seterusnya.

Pada 2009, beliau bersama pelakon Farid Kamil bersama-sama menulis filem V3: Samseng Jalanan. Filem itu siap dirakam, namun akhirnya dibenarkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan beberapa kelonggaran.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 13 Mei, Sofi diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menggunakan ganja.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

 
Memegang pelbagai watak. Menegak, Junna (Estet); Atas, Zul Kapan (Rock); Bawah, Kolenel Buyong (Kala Malam Bulan Mengambang)
Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Paloh Harun Filem pertama
Gedebe
2004 Malaikat di Jendela
Pontianak Harum Sundal Malam Amang
2005 Rock Zul Kapan
2006 Man Laksa Fendi Hafifi Pelakon undangan
Cinta Joe
Bilut Ngah Busu
2007 Chermin Zakaria
Zombi Kampung Pisang Sofi
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Ketua Pergerakan Bawah Tanah Kolenel Buyong
Antoofighter: Amukan Drakulat! Admiral Bajang
Los dan Faun Pak Guard Lance Koperal
Susuk Pemain Gitar Penampilan khas
2009 Setem Mat Rempit
2010 Kapoww Mi Belit
Estet Junna
Hantu Kak Limah Balik Rumah Wak Joko
V3 Samseng Jalanan Juga sebagai penulis
2011 KL Gangster Ajib Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 24
2012 Bunohan Awang Sonar
Jiwa Taiko Boss
Kahwin 5 Cico
Jalan Kembali: Bohsia 2 Keting
2013 Rock Oo! Zul Kapan
Pecah Alan
KL Gangster 2 Ajib
Kolumpo Komang
Tokan Solihin
2014 Zombie Kilang Biskut M. A. Sofi
Abang Long Fadil Ajib
Hantu Nan Sempit Ribut
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Big Joe
Lelaki Harapan Dunia Wan
2015 Romeo Kota DSP Yusri
Darah Panas Aloi
Gangsterock Kasi Sengat Shakir Juga sebagai pengarah dan penulis
Bravo 5 Sidek Tapa
2016 Radhi Rudy Bin Dadu Radhi
Rock Bro! Zul Kapan
Bo-Peng Based
2018 Dukun Fadzli
Polis EVO 2 Qalif
2020 Jodoh Syaitan Megat
2022 Tiga Janda Melawan Dunia Mat Todak Penampilan khas
2023 Memburu Bomoh
2024 The Original Gangster Api Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Seri Budi Emas TV1
Frontpage Pemandu Teksi ntv7 Episod: "Pemandu Teksi"
2011 Gerak Khas (Musim 13) TV2 Episod: "Integriti"
2012 Tanah Kubur (Musim 3) Syuib Astro Oasis Episod: "Lelaki Emas"
2013 Tanah Kubur (Musim 8) Kamal Episod: "Lolongan Ajal"
2014 Marco Polo (Musim 1) Milo Boy Netflix 2 episod
Jalan Kembali Keting TV2
2015 Sketso (Musim 1) Astro Warna
2016 Tanah Kubur (Musim 15) Shuib Astro Oasis Episod: "Kakitangan Judi"
2019 Cerita Dalam Kain Halim Astro Prima Episod: "Aku Bukan Hamba"
2020 Kampong Pisang Bersiri-siri Pak Salam Joko Astro Citra Pelakon undangan
2021 Annyeonghaseyo Cikgu Maryam Astro Warna
Ganjil David Viu
2022 Reen Putus Cinta Awesome TV
2023 Special Force: Anarchy Cerpelai Disney+ Hotstar

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Nayan ntv7 Telefilem pertama
2003 Champion Man Kok VCD
Neon Kawan Ringgo II Penampilan khas
2011 7 Lagu Effendi Astro Citra
2012 Al-Ikhlas Zaki TV3
Taubat Seorang Samseng Rokiman Astro Oasis
Sebelum Kiamat Zairy TV3
7 Hari Di Neraka Saufi TV9
Ampun Untukmu
2013 Arman Hamdan TV3
2014 7 Jam TV9
Warkah Syurga Shark Astro Prima
2015 Rekah Da' Ron TV2
2016 Dari Asar Ke Isyak Badron
2017 Bisik Pada Allah Leman Astro Citra
Semerah Darah
2018 Kitab Sijjin Toho
2021 Tanah Kubur: Hati Hitam Taza

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Gempak Superstar Peserta Astro Ria

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk
2020
"Madu"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik KL Gangster Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  2. ^ "V3: Samseng Jalanan papar aksi berani". B*Pop (Berita Minggu). 28 Februari 2010. Dicapai pada 30 Mac 2010.
  3. ^ Fatin Hafizah Mohd Shahar (13 Mei 2019). "Sofi Jikan diperintah bela diri". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2019.

Pautan luar sunting