Zombi Kampung Pisang
Zombi Kampung Pisang ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 19 April 2007. Filem yang dibintangi oleh Awie, Ezlynn, AC Mizal, dan Que Haidar ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian zombi berlaku. Filem ini merupakan filem zombi pertama di Malaysia.[1]
Zombi Kampung Pisang | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Mamat Khalid |
Penulis | Mamat Khalid |
Lakon layar | Mamat Khalid |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.23 juta |
Pecah panggung | RM 2.37 juta |
Sinopsis Sunting
Ketenteraman dan keamanan Kampong Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam : kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, bilal kampong tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah disaksikan tiga orang pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan. Mayat Pak Abu diusung pulang ke rumahnya sebelum kemudiannya memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung.
Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena-mena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang. Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia.
Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombi' lalu mula menyerang orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh "zombi".
Pelakon Sunting
- Awie sebagai Husin
- Ezlynn sebagai Maimun
- Que Haidar sebagai Deris
- AC Mizal sebagai Mat Karan
- Soffi Jikan sebagai Sofi
- Hamid Gurkha sebagai Pak Mail
- Nadia Mustafar sebagai Munah
- Man Kadir sebagai Pak Jabit
- Zami Ismail sebagai Pak Abu
- Ruminah Sidek sebagai Mak Som Jamaliah
- Usop Wilcha sebagai Usop
- Lan Pet Pet sebagai Inspektor Cenehom
- Loloq sebagai A. Kamsan
- Jalil Hamid sebagai Pak Munawir
- Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
- Ilya Buang sebagai Konstabel Fauzi/Pian RELA
- Hamdan Ramli sebagai Ketua Polis Daerah
- Mamat Khalid sebagai MK (penampilan khas)
Anugerah dan pencalonan Sunting
Festival Filem Malaysia ke-20:
- Anugerah Khas Juri-Kritikan sosial dan menunjukan budaya masyarakat kampung yang bersatu padu
- Poster Terbaik (Pencalonan)
Rujukan Sunting
- ^ Zieman (20 April 2007). "Merapu Mamat Khalid menjadi dalam Zombi Kampung Pisang". mstar.com.my.