Ilya Buang
Illya Buang bin Shaharum dilahirkan pada 15 November 1967 di Ulu Kinta, Perak. Illya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang lahir dari Sinaran Passport Kegemilangan, sebuah program realiti TV3 yang diadakan pada tahun 1995. Pada ketika itu, Illya merupakan anggota kumpulan Serba Salah yang turut dianggotai oleh Wahid Senario dan Hamdan Ramli.
Ilya Buang | |
---|---|
Kelahiran | Illya Buang bin Shaharum 15 November 1967 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1996–kini |
Selepas menjadi juara dalam pertandingan tersebut beliau telah menganggotai Senario iaitu sebuah kumpulan lawak yang ditubuhkan pada tahun 1996. Pada tahun 1998 beliau bersama Hamdan Ramli telah mengundurkan diri dari Senario sementara Wahid masih berada dalam kumpulan tersebut. Pada tahun 2002 beliau bersama Hamdan Ramli dan Yassin Yahya (bekas kumpulan Senario) menubuhkan kumpulan Aku Kaya. Kumpulan ini bertahan sehingga tahun 2005 sebelum mereka semua bergerak secara solo.
Pada tahun 2011, Illya bersama rakan baiknya Hamdan Ramli menubuhkan kumpulan Hiro yang turut dianggotai Ropie Cecupak untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2011 namun tersingkir di Minggu ke-5.
Pada tahun 2014, beliau menyertai kumpulan Sepahtu untuk bersaing di pentas MLM 2014 namun beliau mengundurkan diri pada Minggu 5 atas masalah kesihatan.
Pada tahun 2016, beliau kembali bersama kumpulan Senario.
PenglibatanSunting
Ilya dikira unik kerana dia menganggotai banyak kumpulan lawak terkemuka tanah air seperti Senario, Aku Kaya dan Sepahtu.
Dalam rancangan tv ' Di Balik Tawa ' dia tidak menyatakan apa sebab dia dan Hamdan keluar dari kumpulan Senario. Tetapi dia menyatakan semasa era kegawatan ekonomi 1997,98 dahulu meskipun kerap muncul di TV dan program komedi Senario mereka mendapat tontonan tinggi dan mempunyai peminat yang besar, mereka hanya dibayar gaji bulanan sahaja tanpa mendapat bayaran lumayan setiap episod seperti kebiasaan penghibur-penghibur lain.
KumpulanSunting
- Kumpulan Serba Salah (1995)
- Kumpulan Senario (1996-1998)
- Kumpulan Aku Kaya (2002-2005)
- Kumpulan Hiro (2011)
- Kumpulan Sepahtu (2014)
- Senariounion (2016)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Burung Besi | Filem pertama | |
2003 | Aku Kaya The Movie | Yassun & Ro Bin Hood | |
2006 | Senario Pemburu Emas Yamashita | Tagaya | |
2007 | Zombi Kampung Pisang | Pelakon sampingan | |
2008 | Senario The Movie: Episode 1 | Penampilan khas | |
2010 | Magika | Hang Lekiu | |
2012 | Hantu Air | ||
Cinta Beruang | |||
2014 | Zombie Kilang Biskut |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Cik Serba Tahu | Pak Ismail | Astro Ria |
Mat Rukun | Roslan | TV9 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Aku Kaya | Yassun | VCD |
2004 | Aku Kaya Giler | Yassun | |
Cinta Kinabalu |
SitkomSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996–1998 | Senario | TV3 | |
2015 | Sepahtu Reunion | Astro Warna | |
2016–kini | Sepahtu Reunion Live |