Senario (kumpulan muzik)

(Dilencongkan dari Senario)

Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon dan penyanyi dari Malaysia yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan. Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996 seperti Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli dan Yassin Yahya.[1]

Senario
Kumpulan senario.jpg
Kumpulan Senario pada 1997
Latar belakang
Berasal dariMalaysia
GenreLawak, Pop
PekerjaanPelawak, Pelakon, Penyanyi
Tahun aktif1996 - 2013, 2017
Syarikat rakaman
Ambang Klasik (1996-2002)
Media Prima (1996-2013)
Pengkarya berkait
Kumpulan Aku Kaya
AhliAzlee Jaafar
Abdul Wahid
Mazlan Pet Pet
Hamdan Ramli
Ilya Buang
Saiful Apek
Yassin Yahya
Logo sitkom Senario 2012

Sketsa-sketsa yang dinukilkan serta dipersembahkan para anggota kumpulan ini dilihat penting sebagai penunjuk cerminan masyarakat kelas pertengahan yang menikmati karya-karya mereka melalui tema yang disampaikan kaku mengena citarasa kelas tersebut.[2] Karya komedi mereka turut ada dipengaruhi penerbitan lawak yang masyhur ketika itu, seperti Gila-Gila.[2]

Pada tahun 2017, Senario akhirnya kembali semula ke industri tanah air sebagai Senariounion bersama kesemua anggota Senario.

KeanggotaanSunting

Ahli awal (1996)Sunting

1997-1998Sunting

1998-1999Sunting

1999-2002Sunting

2002-2005Sunting

2006-2013Sunting

SenariounionSunting

SejarahSunting

Kumpulan Senario telah ditubuhkan pada tahun 1996 hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995 bilamana pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad menjadi naib juara tersebut.

Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku yang mengetuai kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario Setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama Senario pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan yang membawa watak komedi. Ternyata, sitkom komedi itu telah mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.

Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar daripada Senario dan mereka bergerak berlima sehinggalah Ilya dan Hamdan turut mengundurkan diri sekitar tahun 1998. Kemudian Senario menjadi empat selepas kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin Yahya. Senario ialah kumpulan pelawak yang paling terkenal ketika berlima dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan, Yassin dan Saiful Apek. Namun, pada tahun 2002, Yassin telah terpaksa menarik diri daripada Senario kerana kontraknya telah tamat dan berlaku kontroversi sehingga nama Senario sedikit tercalar. Seterusnya, Saiful Apek juga telah mengundurkan diri daripada Senario kerana ingin bergerak secara solo pada tahun 2004. Selepas tahun 2005, Azlee, Lan dan Wahid merupakan anggota Senario yang tinggal dan aktif sehingga tahun 2013. Setelah itu, kumpulan tersebut telah kurang mendapat publisiti disebabkan kehadiran pelawak-pelawak baru yang mula menyinar.

Pada Tahun 2014, Kumpulan Senario dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Bermula tahun 2017, Kumpulan Senario bersama bekas anggota kumpulan tersebut seperti Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin telah bergabung semula dengan membentuk nama baru iaitu Senariounion. Kumpulan ini juga ingin menjemput semula anggota yang terawal seperti Shamsul Ghau-Ghau dan Farouk Hussein (penampilan jemputan).[perlu rujukan]

Senario merupakan kumpulan lawak pertama yang menyertai Anugerah Juara Lagu sehingga ke separuh akhir pada tahun 2001 dan di final pada tahun 2006. Ini merupakan satu sejarah dalam dunia muzik di tanahair kerana Senario berjaya memberikan saingan kepada penyanyi-penyanyi yang lain serta mempunyai lirik yang berunsurkan nasihat walaupun bukan daripada bidang nyanyian dan ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bagi Senario sendiri.

Senario juga merupakan antara kumpulan pelawak yang mempunyai filem lebih banyak daripada pelawak yang lain dengan pengarah filem yang berbeza seperti Aziz M. Osman yang mengarahkan 5 buah filem bersama Senario iaitu Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001), Senario XX (2005) dan Senario Pemburu Emas Yamashita (2006). Pengarah lain yang mengarahkan filem-filem Senario adalah seperti Lang Buana (2003) arahan Mamat Khalid, Senario The Movie : Epsidoe 1 (2008) dan Senario The Movie : Episode 2 - Beach Boys (2009) arahan Ahmad Idham, Senario Asam Garam (2010) arahan Hatta Azad Khan dan Senario The Movie Ops Pocot (2011) arahan Ismail 'Bob' Hashim.

DiskografiSunting

Album studioSunting

  • Senario (1997)
  • Senario 2 (1998)
  • Senario 3 (2000)
  • Senario 4 (2001)
  • Senario 5 (2005)

Lagu-laguSunting

  • Sebelum Dan Sesudah
  • Tahi Lalat
  • Kerja
  • Janji Kerepot
  • Lip Lap Lip Lap
  • Orang Kampung
  • Cinta Berkarat
  • Anje Anje
  • Jeling Jeling
  • Joget Senda Gurau
  • Senario
  • Zapin Usik Mengusik
  • Dikir Barat Siang Malam
  • Sayangku Ooi
  • Adik Adik
  • Motor Kapchai
  • Joget Toleh Menoleh
  • Oh Ya Ye Tungau Cinta
  • Laut, Udara, Darat
  • Hatiku Di Kampung
  • Calon Isteri
  • Cari Tapak
  • Cepat Kaya
  • Cuba Teka Zapin Apa?
  • Hukum
  • Petani
  • Cinta Sate
  • Kang Kong Tong
  • Blues Tunggang Langgang
  • Rumah Tak Bertangga
  • Nyanyian Hujan
  • Mulut
  • Ceti Oh Ceti
  • Kerja Baik Kerja Jahat
  • Joget Berbalas Pantun
  • Simpanlah Duit
  • Al Kisah Pak Mat
  • Kereta Piang
  • Cekau Cekau
  • Tanggungjawab Kahwin
  • Rock & Roll Roti Canai
  • Langgar Lari
  • Zapin Cinta SMS
  • Di Hari Yang Mulia(XS)
  • Dulu Dan Sekarang(XS)
  • Terima Kasih Cikgu(Senariounion)

𝐋𝐀𝐆𝐔-𝐋𝐀𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐎

𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Farouk Hussein

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Ini ialah lagu solo kepada Farouk Hussein
  • Farouk Hussein ialah salah seorang ahli kumpulan Senario
  • Lagu ini menceritakan tentang pentingnya memandu dengan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang kemalangan
  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario

𝐋𝐚𝐠𝐮 𝐇𝐢𝐭𝐬 𝐁𝐮𝐚𝐭𝐦𝐮

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Syamsul Azhar/Syamsul Ghau Ghau

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Syamsul Azhar juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Senario
  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario

𝐎𝐡 𝐘𝐚 𝐘𝐚

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Syamsul Azhar/Syamsul Ghau Ghau

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario

𝐉𝐨𝐠𝐞𝐭 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐲𝐚

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Syamsul Azhar/Syamsul Ghau Ghau duet bersama Zakiah Anas

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario

𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐤𝐮

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-((Azlee Jaafar))

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario yang masih aktif hingga kini

𝐒𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Kumpulan Sedozen(Cat Farish,Mazlan Ahmad & Adeep Nahar) ft Waheeda

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Merupakan lagu tema kepada filem Jangan Pandang Belakang Congkak lakonan Mazlan Ahmad sendiri bergandingan bersama Shaheizy Sam,Cat Farish & Azlee Jaafar
  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Mazlan Ahmad walaupun lagu ini diluar projek Senario

𝐃𝐢 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Wahid Senario ft Eisya

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Merupakan lagu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan filem Lagi-Lagi Senario
  • Eisya sebelum ini pernah bergandingan bersama kumpulan Senario menerusi lagu Zapin Usik Mengusik
  • Lagu ini boleh didengar dalam filem Lagi-Lagi Senario ketika babak Wahid sedang meluangkan masa bersama-sama Mazlin(salah satu watak dalam filem Lagi-Lagi Senario lakonan Wardina Safiyah) dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan cinta antara Wahid dan Mazlin
  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario

𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐋𝐮𝐤𝐚

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-((Jep Sepahtu)),Ilya Buang

& Rahim R2

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Merupakan lagu tema kepada sitkom Sepahtu Reunion
  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Ilya Buang walaupun lagu ini diluar album Senario
  • Penglibatan nyanyian Ilya Buang di dalam lagu ini membuktikan Ilya Buang merupakan satu-satunya pelawak yang telah menganggotai dua kumpulan pelawak yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia walaupun di zaman yang berbeza iaitu Kumpulan Senario & Kumpulan Sepahtu

𝐀𝐬𝐩𝐚𝐥𝐞𝐥𝐚

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-((Saiful Apek))

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Merupakan lagu tema kepada filem Duyung lakonan Saiful Apek sendiri bergandingan bersama Dato' Awie Wings,Maya Karin & Yassin Yahya
  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario

𝐋𝐚𝐝𝐲 𝐁𝐨𝐬𝐬

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Saiful Apek

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Merupakan lagu tema kepada filem Lady Boss lakonan Saiful Apek sendiri bergandingan bersama Yusry Abdul Halim & Ning Baizura
  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Mazlan Ahmad walaupun lagu ini diluar projek Senario

𝐉𝐨𝐠𝐞𝐭 𝐈𝐤𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-Saiful Apek

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario

𝐇𝐮𝐚 𝐇𝐮𝐚 𝐇𝐮𝐚

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐲𝐢-((Saiful Apek))

𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓𝐀𝐍

  • Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Mazlan Ahmad walaupun lagu ini diluar projek Senario

Konsert SenarioSunting

  • Konsert Senario sempena pelancaran album pertama (1996)
  • Konsert Senario Anti-Lanun(1997)
  • Konsert Senario sempena pelancaran album ke-2 Senario(1998)
  • Konsert Pop Okestra Kuala Lumpur bersama Senario(1999)
  • Konsert Senario Live in Singapore (2000)
  • Konsert Senario Live in Brunei (2000)
  • Konsert Senario sempena Tahun Melawat Perak (2000)
  • Konsert Senario Live in Johor Bahru (2001)
  • Konsert Senario Live in Brunei (2003)
  • Konsert Komedi Astro Warna Senariounion(2017)

FilemografiSunting

Rencana utama: Senario (siri filem)

FilemSunting

Drama/KartunSunting

  • Senario (1996-2012)
  • Senario: Misteri BamBoo (2011-2012)
  • Senario Toons (2016)

TelefilemSunting

  • Senario Musang Berjanggut (2003)
  • Senario Ejen 003 (2010)
  • Senario: Misteri Malam Raya (2013)

AnugerahSunting

BukuSunting

  • Komik "Senario" (1999)

GaleriSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting