Waheeda

penyanyi dan pelakon Malaysia

Norwahidah binti Abdul Wahab (lahir 23 September 1978) lebih dikenali sebagai Waheeda atau Waheeda Wassini merupakan penyanyi, pelakon, usahawan dan komposer yang popular di Malaysia. Beliau mula menjadi fenomena dalam dunia industri hiburan menerusi lagu dendangannya yang berjudul Wassini sekitar pertengahan era milenium 2000-an. Tambahan pula, Waheeda juga pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam festival muzik Voice of Asia pada tahun 2004 dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.

Waheeda
Nama lahirNorwahidah binti Abdul Wahab
Kelahiran (1978-09-23) 23 September 1978 (umur 44)
Berasal dariJohor Bahru, Johor, Malaysia
GenrePop Etnik
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2002–2009
Syarikat rakaman
MIG Records
Pengkarya berkait
Yasin Sulaiman
Bienda
Laman sesawang
Instagram: @scarlett_requiem

PerkahwinanSunting

Pada 16 Ogos 2009, Waheeda telah pun mendirikan rumah tangga bersama Akhil Hayy, seorang penyanyi dan pendakwah bebas.[1] Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor. Setelah mendirikan rumahtangga, beliau kemudian mengambil keputusan untuk terus bersara daripada industri seni tanah air.

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album EPSunting

SingleSunting

  • Musytaqun - Yasin feat. Waheeda (2002)[2]
  • Wassini (2003)
  • Dua Dalam Bahtera (2004)
  • Binafsha (2004)
  • Panggilan (2004)
  • Mencari - Ejam Giegel feat Waheeda (2004)
  • Kau Tiada Ganti - Ella feat. Waheeda (2005)
  • Melodi Ahlan (2007)
  • Seteguh Cinta (2007)
  • Marhaba Eid (2022)

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Jutawan Fakir Marina Filem pertama
2004 7 Perhentian Waheeda
I Know What You Did Last Raya Sahida
2005 Anak Mami Kembali Ida
2006 Nana Tanjung Balqis
2007 Nana Tanjung 2 Filem terakhir

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH):

  1. 2003 - Artis Baru Wanita Popular (Top 5).
  2. 2003 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
  3. 2004 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).
  4. 2005 - Penyanyi Wanita Popular (Top 5).

Anugerah Industri Muzik (AIM):

  1. 2005 - Artis Baru Terbaik (Top 5).
  2. 2005 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Binafsha (Top 5).
  3. 2008 - Album Pop Etnik Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Menang).
  4. 2008 - Album Terbaik menerusi album Melodi Ahlan (Top 5).

Anugerah Juara Lagu (AJL):

  1. 2003 - Juara Kategori Irama Malaysia menerusi lagu Wassini.

Anugerah Era:

  1. 2003 - Artis Harapan Pilihan (Top 5).
  2. 2004 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Dua Dalam Bahtera (Top 5).
  3. 2005 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi tiga lagu iaitu Binafsha, Panggilan dan Kembali Bersatu (Top 8).
  4. 2006 - Lagu Nasyid Pilihan menerusi lagu Satu Misteri (Top 5).
  5. 2007 - Lagu Etnik/Global Pilihan menerusi lagu Melodi Ahlan (Top 5).

Muzik Muzik TV3:

  1. 2005 - Separuh Akhir Muzik Muzik 20 menerusi lagu Binafsha.
  2. 2007 - Separuh Akhir Muzik Muzik 22 menerusi lagu Seteguh Cinta.

Pencapaian lain:

  1. 2004 - Tempat Ketiga Festival Muzik Voice of Asia.

PerniagaanSunting

  • Arum Abaya by Waheeda.
  • Nafretiri Serum by Waheeda.

RujukanSunting

  1. ^ Wahida Asrani (16 Ogos 2009). "Akhil - Waheeda selamat diijabkabul". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-23. Dicapai pada 23 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ https://www.discogs.com/Yasin-Salsabila/release/7210583

Pautan luarSunting

Waheeda di Instagram - Profil Instagram