Yasin Sulaiman
Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 2001. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).[1]
Yasin Sulaiman | |
---|---|
Nama lahir | Mohamad Yasin bin Sulaiman |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 30 Oktober 1975
Genre | Nasyid |
Pekerjaan | Penyanyi, penerbit, komposer, penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1995–kini |
Syarikat rakaman | Hush Entertainment |
Pengkarya berkait | Kumpulan Brothers |
KerjayaSunting
Brothers (1995–kini)Sunting
Beliau merupakan salah seorang ahli terawal kumpulan Brothers sewaktu penubuhannya pada 1995 dan sempat menerbitkan dua album bersama kumpulan ini – We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998). Yasin meninggalkan Brothers pada 2000 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan tempatnya digantikan oleh Akbar Azmi. Yasin kembali ke pangkuan Brothers pada 2005 menerusi album Brothers Reunited. Pada 2015, kumpulan ini muncul dengan album terbaru, Sabar[2] yang merupakan album keempat Yasin bersama Brothers[3] dan yang terakhir bagi salah seorang ahli kumpulan ini, Salleh Deril sebelum kematiannya pada Oktober 2016 akibat serangan jantung, meninggalkan Yasin dan dua ahli Brothers yang lain.[4][5]
Kerjaya solo (2001–kini)Sunting
Yasin memulakan kerjaya muziknya secara solo pada 2001 dan seterusnya muncul dengan album Mimpi Laila[6] yang mempertaruhkan single pertamanya dengan judul sama. Kejayan ini diikuti oleh album solo keduanya, Salsabila (2004) dan Arus Qudus (2007) dan singlenya seperti "Aisyah" dan "Kerna Dia".
Pada Ogos 2016, beliau muncul dengan single terbarunya "Muzik" yang mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapat beliau iaitu penyanyi Faizal Tahir. Lagu ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016.[7][8]
Kehidupan peribadiSunting
Yasin berdarah kacukan Melayu dan Australia dan fasih berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan pada tahun 2005 dan dikurniakan dua cahayamata.
Pada 2009, Yasin pernah mendedahkan bahawa beliau mengalami gangguan bipolar dan pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga pernah mengaku menghadapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam kerjaya nyanyian.[9][10]
DiskografiSunting
Album bersama BrothersSunting
Tajuk | Maklumat album | Pensijilan | Jualan |
---|---|---|---|
We Are... |
|
— | — |
Satu Perjuangan |
|
— | — |
Brothers Reunited |
|
— | — |
Sabar |
|
— | — |
"—" menunjukkan tiada maklumat pensijilan dan jualan didapati. |
Album studioSunting
Tajuk | Maklumat album | Pensijilan | Jualan |
---|---|---|---|
Mimpi Laila |
|
— | — |
Salsabila |
|
— | — |
Arus Qudus |
|
— | — |
"—" menunjukkan tiada maklumat pensijilan dan jualan didapati. |
SingleSunting
Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
2000 | "I'tiraf" duet bersama kumpulan Raihan dan Mega Utami |
— | — | — | — | OST Syukur 21 |
2001 | "Mimpi Laila" | — | — | — | — | Mimpi Laila |
"Rindu Padamu" | — | — | — | — | ||
"Aishah" | — | — | — | — | ||
2002 | "Kerna Dia" | — | — | — | — | Salsabila |
"Salsabila" | — | — | — | — | ||
2003 | "Bak Sutera Dihelai Mawar" | — | — | — | — | |
"Ab" menampilkan Ali |
— | — | — | — | ||
"La Tinsani" | — | — | — | — | ||
"Alhamdulillah" (English) ditampilkan oleh Too Phat |
— | — | — | — | 360° | |
2003 | "Alhamdulillah" (Malay) ditampilkan oleh Too Phat bersama Dian Sastrowardoyo |
— | — | — | — | |
2005 | "Berkobar-kobar" duet bersama Vince Chong |
— | — | — | — | Janji Vince |
2008 | "Kuala Lumpur" duet bersama Mohram dan Sal |
— | — | — | — | Arus Kudus |
2009 | "Kau Yang Mengetahui" | — | — | — | — | |
"Nur Kasih" | — | — | — | — | The Best of Yasin Sulaiman | |
2011 | "Nur Kasih" duet bersama Tiz Zaqyah |
— | — | — | — | The Best of Yasin Sulaiman |
2012 | "Sinar Ini" duet bersama Maya Karin |
— | — | — | — | Sinar Ini |
2013 | "Berani" duet bersama Faizal Tahir |
— | — | — | — |
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2000 | Syukur 21 | Daniel | Filem pertama |
2001 | No Problem | Penyanyi | |
2002 | Mendam Berahi | Penampilan khas |
Anugerah dan pencapaianSunting
- Juara Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu 2001 - "Mimpi Laila"
- Juara Kategori Irama Malaysia - Anugerah Juara Lagu 2001 - "Mimpi Laila"
- Album Pop Etnik Terbaik - Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 10 - "Salsabila"
- Juara Kategori Irama Malaysia - Anugerah Juara Lagu 2003 - "Wassini" (Waheeda)
- Naib Juara Lagu Terbaik - Anugerah Hits 1 2004 - "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza)
- Lagu Paling Popular - Anugerah Planet Muzik 2005 - "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza)
- (Finalis) Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 dan 2003
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Ardini Sophia Sina (14 Ogos 2016). "Semangat baru Yasin". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ Mohd Azrul Radi (11 Jun 2015). "Brothers kembali". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ Rozaimi Zubaidi (22 Mei 2015). "Yasin & Brothers Muncul Dengan 'Sabar' Selepas 10 Tahun". mSTAR Online. Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ "Anggota Brothrrs, Mohd Salleh meninggal dunia". Berita Harian. 6 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ "Anggota Kumpulan Nasyid Brothers Meninggal Dunia". My News Hub. 6 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (31 Julai 2012). "Zaman Mimpi Laila sudah berlalu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2013.
- ^ Budiey (11 Ogos 2016). "Yasin Sulaiman Lancar Lagu MUZIK". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ "Yasin kolaborasi bersama Faizal Tahir". Sinar Harian. 24 Oktober 2016. Dicapai pada 17 Mei 2017.
- ^ Siti Azira Abdul Aziz (29 Jun 2009). ""Tekanan emosi Yassin...biarlah dia sendiri terangkan," kata isteri". mSTAR Online. Dicapai pada 17 Mei 2014.
- ^ "Yasin bebas krisis identiti". 12 Januari 2009. 29 Jun 2009. Dicapai pada 17 Mei 2014.