Nor Razlinda binti Razli (lahir 22 November 1985) atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio dan duta yang terkenal di Malaysia. Beliau ialah anak kedua daripada tiga adik-beradik dan ibunya merupakan penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an iaitu Sheeda dan bapanya pula merupakan gitaris utama kumpulan Desire iaitu Razli Hussain. Tambahan pula, Bienda juga merupakan anak saudara kepada pelakon terkenal sekitar awal era millenium 2000-an iaitu Norseha Hameed. Di samping meniti arus populariti sebagai anak seni, artis versatil ini pernah diangkat sebagai ikon fesyen sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej hijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy.[1] Tidak kurang juga Bienda turut terkenal dengan gelaran Puteri Pop Etnik oleh kelab peminatnya, BiendaLovers, dek kerana mempunyai kelunakan vokal dan lenggok vokal yang tersendiri dalam menyanyikan lagu-lagu irama muzik etnik bernuansa Arab dan padang pasir.

Bienda
Bienda pada 2008.
Latar belakang
Nama lahirNor Razlinda binti Razli
Juga dikenali sebagai
Bienda
Kelahiran (1985-11-22) 22 November 1985 (umur 38)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
GenreNasyid, Pop Etnik, World Music & Rock
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio, usahawan, duta
InstrumenVokal
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
A.O.E Records (2004) Impiana Entertainment (2009-2010)
Pengkarya berkait
Solehah
Yasin Sulaiman
Waheeda
PasanganKamarul Zariman Abd Rahman (k. 2010)
Ibu bapaSheeda

Pendidikan sunting

Bienda telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan berjaya memperoleh kelulusan Diploma Teknologi Maklumat.

Kerjaya sunting

Bienda memulakan kerjaya nyanyiannya ketika berumur 12 tahun dengan menganggotai sebuah kumpulan nasyid wanita di Malaysia iaitu Solehah selama 5 tahun bermula dari tahun 1998 hingga 2002. Pada tahun berikutnya, beliau telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Solehah dan mula bergerak secara solo. Semasa kemunculan awal Bienda sebagai artis solo, terdapat segelintir pihak yang asyik membuat persamaan antara diri beliau dengan penyanyi popular pada ketika itu iaitu Waheeda dek kerana memperjuangkan irama muzik yang serupa.[2]

Pada tahun 2004, Bienda buat julung kalinya muncul dengan album studio pertamanya iaitu Unik menerusi label A.O.E Records. Selain itu menerusi album tersebut, beliau telah melancarkan empat buah single iaitu Penantian yang berjaya mengangkat namanya sebagai seorang penyanyi diikuti pula dengan Isti'dad, Dikir Rindu (duet bersama Eddie Hamid) dan Ilusi Maya. Rentetan daripada detik-detik arus populariti yang dicapainya itu, Bienda telah berjaya menjejakkan kaki ke Separuh Akhir Muzik Muzik 19 menerusi lagu Ilusi Maya. Dalam tahun yang sama juga, beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan dan sehingga kini, beliau masih lagi aktif berlakon di samping menerima undangan untuk membuat persembahan pentas di seluruh negara. Pada tahun 2005, Bienda telah mendapat pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular. Kemudian pada tahun 2006, beliau telah bekerjasama dengan penyanyi rock legenda negara iaitu Amy Search bagi lagu Syurga Dan Neraka yang dimuatkan dalam album studio penyanyi rock itu yang berjudul Ikon: A Rockstar Chronnicle. Selain itu, Bienda juga turut terlibat sebagai rakan duet kepada penyanyi Akbar Azmi dalam single saduran iaitu Youm Wara Youm.

Pada tahun 2009, selepas enam tahun tanpa sebarang album, Bienda telah muncul dengan album studio keduanya iaitu Kenaliku menerusi syarikat rakamannya sendiri, Impiana Entertainment. Menerusi album tersebut, beliau telah melancarkan tiga buah single iaitu Kenaliku (tajuk yang sama seperti album), Usah Kau Tanya (duet bersama Sheeda dan Jiwa Sengsara (duet bersama Yasin Sulaiman. Tambahan pula, album ini juga turut memuatkan tiga buah single yang berjaya menaikkan nama Bienda iaitu Penantian, Youm Wara Youm (duet bersama Akbar Azmi) dan Syurga & Neraka (duet bersama Amy Search) serta beliau berpeluang merakamkan semula lagu Mimpi Laila (nyanyian asal Yasin Sulaiman) yang diberi nafas baru untuk dimuatkan dalam album ini. Menariknya juga tentang album ini, Bienda buat julung kalinya telah bertindak sebagai penerbit eksekutif sepenuhnya bagi menyiapkan album berirama padang pasir ini.[3] Tidak lama selepas itu, Bienda menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan berniaga tudung dan melancarkan koleksi tudung yang diberi nama BL By Bienda Lavienda.[4] Pada tahun 2010, Bienda telah bekerjasama dengan Kumpulan Boonyi lalu menghasilkan sebuah single yang bertajuk Gurindam Jiwa. Pada tahun 2011, beliau mula menceburkan diri dalam bidang pengacaraan TV dan penyampai radio. Bienda memulakan langkahnya sebagai pengacara TV dalam rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O terbitan TV9 (Malaysia) dan sebagai penyampai radio pula di konti KL FM bergandingan dengan dua orang penyampai radio lelaki stesen radio tersebut bagi mengendalikan segmen Rentak Pagi KL.

Pada tahun 2013 pula, Bienda telah mengeluarkan single yang bertajuk Permata yang dicipta oleh Edry Abdul Halim.[5] Pada tahun 2016, stesen radio Manis FM yang bersiaran di Terengganu memilih Bienda untuk menjadi salah seorang penyampai radio di situ. Menurutnya, bekerja di luar negeri sememangnya merupakan satu pengorbanan yang besar kerana terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anak. Pada mulanya Bienda enggan untuk menerima tawaran ini namun atas pujukan suami, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk terima 'cabaran' itu.[6][7] Tidak lama selepas itu, Bienda telah memuat naik kenyataan di laman sosial Instagramnya yang menyatakan bahawa beliau akan muncul dengan single terbaru yang bertajuk Jaga Hati hasil kerjasama bersama penyanyi hip hop dan penggubah lagu terkenal, DJ Fuzz. Pada 27 Mac 2017, satu sidang media diadakan oleh pihak Astro bagi sebuah rancangan pertandingan nyanyian realiti iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) dan Bienda telah terpilih secara rasmi untuk bertanding dalam program tersebut. Disebalik keterujaan beliau untuk bertanding dalam GGV, Bienda akui sebenarnya beliau gementar kerana sudah lama tidak muncul di kaca TV sebagai penyanyi bahkan membuat persembahan berskala besar walaupun persembahan yang dilakukan hanya berformat pertandingan sahaja. [8] Namun "gema" beliau dalam pertandingan tersebut terhenti di Minggu Kedua Konsert GGV. Walaupun tersingkir di minggu kedua, Bienda berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan semasa malam konsert itu dan menyifatkan penyingkirannya sebagai tiada rezeki untuk meneruskan perjuangan dalam rancangan nyanyian realiti TV tersebut.[9]

Pada 16 Julai 2017, Bienda telah mengadakan persembahan di kafe bertaraf eksklusif milik penyanyi berkumpulan nasyid Rabbani iaitu Rabbani Lamb House.[10][11] Menurut salah seorang anggota Rabbani iaitu Azadan, Bienda merupakan penyanyi wanita pertama yang membuat persembahan di situ. Pada 8 Disember 2017, beliau telah melancarkan sepenuhnya "single" terbarunya iaitu Jaga Hati dan lagu tersebut boleh didapati diaplikasi muzik iTunes, Deezer, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox. Pada 12 April 2018, Bienda telah melancarkan klip video muzik single terbarunya Jaga Hati bertempat di Bora Ombak, Putrajaya malahan pada malam itu juga beliau telah dilantik sebagai duta pakaian jenama Carrisa untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018. [12]

Perkahwinan dan keluarga sunting

Bienda telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Kamarul Zariman Abd Rahman yang merupakan seorang penerbit kanan Primeworks Studio pada 8 Oktober 2010 dan dikurnia dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.

Diskografi sunting

Album Bersama Solehah sunting

  1. 1998 – 25 Nabi.
  2. 1999 – Nikmat Allah.
  3. 2000 – Alaf Baru.
  4. 2002 – The Best Of Solehah.

Album Solo sunting

  1. 2003 – Unik (Album).
  2. 2009 - Kenaliku (Album).

Album Variasi sunting

  1. 2004 - Anugerah Era '04.
  2. 2004 - Berbuih... beb!.

Album Kolaborasi sunting

  1. Dikir.

Single sunting

  1. Penantian.
  2. Isti'dad.
  3. Dikir Rindu (duet bersama Eddie Hamid).
  4. Ilusi Maya.
  5. Syurga Dan Neraka (duet bersama Amy Search).
  6. Youm Wara Youm (duet bersama Akbar Azmi).
  7. Kenaliku.
  8. Usah Kau Tanya (duet bersama Sheeda)
  9. Jiwa Sengsara (duet bersama Yasin Sulaiman).
  10. Gurindam Jiwa (duet bersama Kumpulan Boonyi).
  11. Permata.
  12. Jaga Hati.

Filemografi sunting

Filem sunting

  1. 2007 - Kayangan
  2. 2008 - Budak Kelantan
  3. 2010 - 4 Madu
  4. 2012 - Ngorat

Drama & Telefilem sunting

  1. 2003 - Mr. Pian
  2. 2004 - See You Di IPT
  3. 2004 - Surat Untuk Bulan
  4. 2004 - Spanar Jaya (Musim 7)
  5. 2004 - Kerak Nasi Pulut Durian
  6. 2005 - Skuad Elit
  7. 2005 - Remaja, Cinta & Seks
  8. 2006 - Jalan Chow Kit
  9. 2006 - Mama Rock
  10. 2007 - Pria
  11. 2007 - Dinasti Bilut
  12. 2008 - Duda & Dara
  13. 2009 - Sumpah Bunian
  14. 2009 - Senario
  15. 2009 - Dibawah Teduh Lazuardi
  16. 2009 - Sebumbung
  17. 2009 - Nujum Temberang
  18. 2009 - Nabil & Co.
  19. 2009 - Dibawah Payung Siti Fatimah
  20. 2010 - Kau Laksana Bulan
  21. 2011 - Kancil Mana Pelanduk
  22. 2011 - Sakti Delima
  23. 2011 - Edisi Khas
  24. 2011 - Sebelum Ku Jatuh Cinta
  25. 2011 - Kerana Khilaf Itu
  26. 2012 - Simpang 3
  27. 2012 - An Nisa
  28. 2012 - Perghh
  29. 2013 - Intai Mengintai
  30. 2016 - Bibik-Bibikku
  31. 2021 - Oh My Netizen!
  32. 2022 - Damak Si Kuba

Pengacaraan TV sunting

  1. 2011 - Nasi Lemak Kopi O
  2. 2012 - Sirah Ameerah
  3. 2013 - Pertama Ramadhan
  4. Mualaf

Program Realiti TV sunting

  1. 2004 - Cit Cat Bersama Azwan Ali
  2. 2017 - Gema Gegar Vaganza
  3. 2017 - Romantika
  4. 2017 - Bismillah Ad Duha
  5. 2018 - PM Live
  6. 2019 - Cabaran Si Manja bersama Nestlé LACTOGROW
  7. 2020 - Warung Wak

Penyampai radio sunting

  1. 2011 hingga 2013 - KL FM.
  2. 2016 hingga 2017 - Manis FM.

Konsert sunting

  1. 2009 - Gema Mentari RTM.
  2. 2017 - Unplugged HLive Astro (edisi Gema Gegar Vaganza).

Pencapaian sunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2005 Artis Baru Wanita Popular Tercalon

Muzik Muzik TV3:

  1. 2004 - Separuh Akhir Muzik Muzik 19 menerusi lagu Ilusi Maya.

Perniagaan sunting

  1. BL by Bienda Lavienda.
  2. PapaPAU Bienda

Duta sunting

  1. D' Herbs (2009)
  2. Seri Dewi Malam (2016)
  3. Carrisa (2018)

Rujukan sunting

  1. ^ Jamillah Abdullah (11 Januari 2004). "Bienda - Gayanya jadi ikutan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-25. Dicapai pada 11 Januari 2004. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Khadijah Ibrahim (3 November 2003). "BIENDA - Sedia terima kritikan kerana imej baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-25. Dicapai pada 3 November 2003. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Faizal Saharuni (12 Jun 2009). "Tiada istilah ditaja!". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-01. Dicapai pada 1 Ogos 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Bienda kekal positif.
  5. ^ Nor Raidah Awang (20 September 2013). "Bienda belum menyepi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-23. Dicapai pada 20 September 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Budiey (10 Ogos 2016). "Bienda Kini Jadi Penyampai Radio Manis FM". Budiey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 1 Ogos 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (21 Ogos 2016). "Bienda berjauhan dengan suami". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 1 Ogos 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Norhidayyu Zainal (4 April 2017). "Bienda akui gementar". Sinar Harian. Dicapai pada 4 April 2017.
  9. ^ Qarami Hashim (16 April 2017). "Bienda Puas Hati Dengan Persembahan Biarpun Tersingkir GGV". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-02. Dicapai pada 16 April 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ Hanisah Selamat (12 Julai 2017). "Oki Setiana Dewi, Bienda pilihan Rabbani". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 22 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "Rabbani Undang Oki Setiana Dewi Khas Untuk Pengunjung Rabbani Lamb House". Astro Gempak. 15 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 22 Julai 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 April 2018). "Bienda remajakan diri". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2018.

Pautan luar sunting