4 Madu ialah sebuah filem romantik komedi keluarga Malaysia 2010 arahan pengarah, Prof Madya A. Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 9 September 2010. Filem yang dibintangi Saiful Apek, Rozita Che Wan, dan Fasha Sandha ini menunjukkan kehidupan manusia yang berkahwin empat. Apek melakonkan dua watak berbeza dalam filem ini. Filem ini mempunyai persamaan dengan filem Kahwin 5.

4 Madu
PengarahProf Madya A. Razak Mohaideen
Dihasilkan oleh
  • Latif Mohaideen
  • Ahmad Puad Onah
  • Pansha
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Berjaya Film Production
Lineclear Motion Pictures
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 9 September 2010 (2010-09-09) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka. Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..?

Pelakon sunting

Pautan luar sunting