Iedil Dzuhrie Alaudin

Pelakon lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Iedil Putra)

Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin (lahir 5 Mac 1984) merupakan seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia.[1] Beliau merupakan adik kepada Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin dan abang kepada pelakon drama Waktu Rehat, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin.[2] Sebelum ini, beliau dikenali sebagai Iedil Putra dalam beberapa kredit lakonannya.[3][4]

Iedil Dzuhrie Alaudin
Kelahiran
Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin

(1984-03-05) 5 Mac 1984 (umur 40)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1998–kini
PasanganPrisia Nasution (k. 2016)
Saudara
Laman web rasmiwww.iedildzuhriealaudin.com

Kehidupan awal sunting

Iedil Dzuhrie Alaudin dilahirkan pada 5 Mac 1984 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (1946–2016). Bapa beliau meninggal dunia pada 17 Februari 2016 akibat kanser tiroid pada usia 70 tahun. Abang sulung beliau ialah Tengku Iesta ialah penerbit filem di Grand Brilliance. Adiknya, Tengku Iezahdiyana juga merupakan seorang pelakon. Dua lagi adik beliau ialah Tengku Ieras dan Tengku Iefiz.

Iedil menceburi bidang kedoktoran dan pernah belajar selama tiga tahun di Iuar negara serta menyambung pelajarannya di Queen Mary University. Akan tetapi, Iedil merasa jiwa lakonan adalah pilihan yang paling tepat untuknya dan memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan memulakan kerjaya sebagai artis.[5]

Kerjaya sunting

Kerjaya lakonan Iedil bermula pada 1998. Ketika berusia 14 tahun, beliau berlakon sebagai Rudy dalam filem Iman Alone arahan Datuk Rahim Razali. Bukan hanya itu saja, beliau juga membintangi filem, menjadi pengarah di banyak persembahan teater, bergiat dalam gig dan memganjurkan banyak acara.[6]

Filem lakonan beliau yang lain termasuk Ngorat (2012), Terbaik dari Langit (2014), Showdown The Movie (2016), Pekak (2016) dan Interchange (2016). Beliau menubuhkan Playground Productions dengan bekerja sama bersama beberapa temannya.

Iedil juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tak dalam musim pertama siri animasi Kampung Boy yang diadaptasi daripada komik dengan judul sama karya kartunis tersohor negara, Datuk Lat.

Iedil merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya pada 2018.[7][8]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 1 Jun 2016, Iedil berkahwin dengan pelakon Indonesia, Prisia Nasution.[9] Bersama Prisia, beliau membahagikan masa antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Jakarta, Indonesia.[10]

Pada September 2019, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan nama terkininya, Iedil Dzuhrie Alaudin dan menghentikan penggunaan nama Iedil Putra, beliau berkata: "Tiada sebab saya sakit atau nama sebelum ini tidak sesuai dengan diri tetapi apabila sudah lama berada dalam industri seni, sampai masa menggunakan nama ayah saya. Arwah ayah meninggal dunia pada 2015, saya mahu membawa namanya supaya terus diingati,".[3][4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Iman Alone Rudy Filem pertama
2010 2 Hati, Satu Jiwa Joe
4 Madu Budi
2011 Raya Tak Jadi! Abu
2012 Ngorat Ijam
Passport Ekspres Ali Filem pendek
2013 KL Zombi Kamarul
Balada Pencinta Sofi
2014 Cuak
Terbaik dari Langit Ijam
2016 Showdown The Movie Ringgo
Lalu Q Filem pendek
Pekak Kamil
Interchange Adam
2017 J Revolusi Jiman
2018 One Two Jaga Marzuki
2019 Bu, Kasih Suci Zack
Fly By Night Dato Khairi
Motif Faisal
My Stupid Boss 2 Adrian Filem Indonesia
2020 Toko Barang Mantan Rio
2022 The Assistant Zafik
Miracle in Cell No. 7 William Wibisono / Willy Filem Indonesia
2023 Kajiman: Iblis Terkejam Penagih Janji Elham
Malbatt: Misi Bakara Leftenan Mustafa
La Luna Ustaz Fauzi
2024 Mencari Ramlee Pos-produksi
TBA Kabut Berduri Pos-produksi
Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu Pra-produksi
Dawn Raid Pra-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Kampung Boy (Musim 1) Tak Astro Ria Suara
2009 Ghost (Musim 2) Adnan 8TV Episod 1
Blogger Boy Khalil Episod 25
2013 Projek Pop TV9
2013 The Disko Baldi Show 8TV
2014 Ryujin Juwara TV3
2015 Road To Ramlee
2016 Aku dan Tok Wan Astro Warna
2017 Cik Serba Tahu Benjamin Astro Ria
Boy Dirga SCTV
2018 KOPI Khalid Tonton Episod: "Cinta Kopi"
2020 Sepenggal Puisi Firman Astro Citra Drama Malaysia-Indonesia
2022 Ijab Kabut Mat Viu
2023 Riot! A Rebel With A Cause JL Astro Premier

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Aku, Dia dan Tong Sampah Farouk TV9
2014 Migrasi
2015 Cinta Bulan Disember TV3
2016 Syurga di Hujung Jalan
2017 Redhaku Untukmu TV1
Kekasih Elektrik Sofian Abas Astro Citra
2018 Lamaran Perfect Faizal Astro Ria
Syawal Mencari Cinta Syawal ntv7
2020 Sally Boss Riri Awesome TV
2021 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend Raziz Astro Citra

Teater sunting

Tahun Tajuk
2019 Ola Bola The Musical: Restaging

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2013 Jet Lag TV9
2017 Blog ASEAN TV1

Videografi sunting

Muzik video
Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2014 "Hello" Altimet dan The Trisno Trio Bersama Ramona Zamzam

Rujukan sunting

  1. ^ Zulfadli Zulkifli (20 Disember 2017). Iedil Putra tidak menggunakan pengaruh isteri untuk lebarkan kerjayanya di Indonesia Kakimuvee. Dicapai pada 20 Disember 2017.
  2. ^ Aqmar Mustaza (15 Februari 2017). Prinsip Iedil Putra Sinar Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2017.
  3. ^ a b Syanty Octavia Amry (16 September 2019). Iedil bawa nama ayah Harian Metro. Dicapai pada 16 September 2019.
  4. ^ a b Feride Hikmet Atak (2 September 2019). 'Iedil Dzuhrie Alaudin pula...' Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2019.
  5. ^ Amri Hassan (7 Disember 2017). Tak lupa daratan, Iedil Putra masih aktif di Malaysia Astro Gempak. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  6. ^ Jaydee Lok (18 Februari 2014). The multi-talented Iedil Putra The Star Online. Dicapai pada 15 Januari 2015.
  7. ^ Iedil Putra teruja sertai Ola Bola The Musical Perak Today (24 Disember 2017). Dicapai pada 24 Disember 2017.
  8. ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: Ola Bola The Musical returns with new cast members". New Straits Times. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  9. ^ Harian Metro (1 Jun 2016) Iedil Putra selamat nikah Dicapai 4 April 2017
  10. ^ Isteri asal Indonesia, Iedil terikut loghat seberang MyNews Hub (12 Disember 2017). Dicapai pada 12 Disember 2017.

Pautan luar sunting