Ramona Zamzam
Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam (lahir 25 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2006 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006.[1]
Ramona Zamzam | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam 25 Jun 1990 |
Pendidikan | Diploma Pengurusan Perniagaan |
Pusat pendidikan | Kolej SEGI |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2002–kini |
Pasangan | Rami Alashkar (k. 2015) |
Anak-anak | 1 |
Kehidupan peribadi Sunting
Ramona, berdarah peranakan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membesar di Ipoh, Perak.[2] Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.[3] Ketika berusia 4 tahun, Ramona pernah bersekolah di sekolah Cina.[2] Ramona berkelulusan dalam bidang perniagaan di Kolej SEGI (kini Universiti SEGi).[2]
Beliau berkahwin dengan seorang warga Palestin, Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.[4][5][6] Hasil perkongsian hidupnya dengan Alashkar, beliau dikurniakan anak perempuan bernama Ivanna Alashkar.[7] Pasangan ini membahagikan masa mereka antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Tebing Barat, Palestin.
Kerjaya Sunting
Pada tahun 2002, ketika berusia 12 tahun dan masih bersekolah, Ramona Zamzam memulakan kerjaya peragaan dengan menjadi penghias muka depan majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. 4 tahun kemudian, Ramona memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Castello arahan Bade Hj. Azmi lakonan Rosyam Nor, Liyana Jasmay dan Erra Fazira.[2]
Pada tahun 2010, Ramona menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 bersama-sama Neelofa, Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang mana beliau memenangi tempat kelima.[2] Penampilan televisyen pertama beliau ialah pada 2011 menerusi drama Begitukah Cinta di TV3. Beliau seterusnya memegang watak sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.[8]
Ramona memegang watak sebagai Nadia, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[9]
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Castello | Pelayan Kelab | Filem pertama, pelakon tambahan |
2010 | 2 Hati, Satu Jiwa | Sheila | Tidak dikreditkan[3] |
2012 | Sepah The Movie | Rosita | |
2015 | Jengka | Nini | |
2017 | Hospital | Ramona | |
2018 | KL Special Force | Nadia | |
2022 | Dato' Ai La Beau | Mona |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Begitukah Cinta | Erin | TV3 | |
Nora Elena | Nila Watie | |||
Kali Kedua | TV9 | |||
2012 | Tanah Kubur (Musim 4) | Aini | Astro Oasis | Episod: "Makan Hasil Isteri" |
Nilapura | Ulia | TV3 | ||
2013 | Cinta Jangan Pergi | Shireen | TV9 | |
Cinta Jannah | Damia | TV3 | ||
2014 | Cinta Itu Kerja Allah | Fazilah | TV2 | |
Tuan Rumah Pembantu Rumah | Bellarina | TV3 | ||
Kifarah (Musim 2) | Episod: "Kelentong" | |||
Cinta Ilahi | Zara | |||
2015 | Hantu Kampung Manggis | Rohana | TV1 | |
Plan Cinta Tak Jadi | Cici | Astro Ria | ||
Embok Belum Terbakar | Ain Aliya | TV2 | ||
2016 | Anakku Diva | Kenanga | TV3 | |
2017 | My Sweet Lavender | Zai | TV9 | |
2019 | Hola Hermosa | Sarina | TV1 | |
2020 | Ironi Kasih | Suri Athirah | TV3 | |
2021 | Love Elsa | Ramona | Astro Ria | |
2022 | Shakira | Kartini | TV3 |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Azam Ala Kazam | Lina | TV3 |
Pencari Jalan Lurus | Dahlia | TV AlHijrah | |
2012 | Jangan Tak Pulang | Farah | |
2013 | Lara Qaseh | Qaseh | TV3 |
Yeop... Kaya Ke? | Emma | ||
3 Cinta 1 Novel | Astro Prima | ||
2014 | Mencari Datin Drama | TV9 | |
Bingkai Kaca | Rosnah (muda) | ||
Bermulanya Di Sini | TV AlHijrah | ||
2016 | Roti Canai Kuah Rendang | Zetty | TV2 |
Telah Ku Ikhlaskan | Ramona | TV3 | |
2017 | Seindah Takdir | Umairah | TV1 |
2018 | Hingga Jumpa Lagi | Lala | Astro Citra |
2021 | Ibu Belum Mati | Ibu Saiful | Astro Citra |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Dirinya sendiri | TV1 | |
2017 | Perang Bibir | Dirinya sendiri/peserta | TV9 | |
2018 | Kebun Bandar | Dirinya sendiri/pengacara | TV1 | |
2020 | Sepahtu Reunion Live | Artis Jemputan | Astro Warna | |
I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) | Juri Jemputan | TV3 | ||
2020–2022 | The Masked Singer Malaysia | Juri Tetap | Astro Warna | |
2021 | Mencari Sepahtu Yang Hilang | Pengacara | Bersama Jiggy Masin |
Muzik video Sunting
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | "Hello" | Altimet dan The Trisno Trio | Bersama Iedil Putra |
Anugerah dan pencalonan Sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2009/2010 | Dewi Remaja | Tempat ke-5 | Menang |
Rujukan Sunting
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Februari 2018). “Janganlah Serius Sangat…” - Ramona Zamzam mSTAR Online. Dicapai pada 20 Mac 2018.
- ^ a b c d e Biodata Ramona Zamzam Azhan.co (8 Mac 2018). Dicapai pada 23 Mac 2018.
- ^ a b Siti Azira Abd. Aziz (24 Oktober 2011). Ramona Amalkan Petua Kecantikan Ibu mSTAR Online. Dicapai pada 6 Julai 2018
- ^ Zaidi Mohamad (1 Mei 2015). Ramona Zamzam sah bergelar isteri Berita Harian. Diperoleh pada 1 April 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (1 April 2015). Ramona Zamzam nikah 1 Mei bukan 15 Mei Berita Harian. Diperoleh pada 10 April 2015.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (10 Mei 2015). Ramona Zamzam lega sudah jadi isteri Utusan Malaysia. Diperoleh pada 10 Mei 2015.
- ^ Ivanna Alashkar Nama Anak Ramona Zamzam Astro Gempak (8 Januari 2018). Dicapai pada 23 Mac 2018.
- ^ Kalau saya gila glamor…: Ramona Zamzam Sinar Harian (18 Mac 2018). Dicapai pada 20 Mei 2018.
- ^ "Ramona Zamzam Tidak Puas Berlakon Dalam KL Special Force". Astro Gempak. 23 Mac 2018. Dicapai pada 24 Mac 2018.