Jengka (filem)
Jengka merupakan sebuah filem seram paranormal Malaysia 2015 arahan bersama Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman. Menerusi filem ini, yang berdasarkan satu kisah benar, Aziz M. Osman bertindak sebagai penerbit, penulis cerita dan skrip, ia dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Raja Azrey, Sahiddin Sabari, Afidah Es, Eyka Farhana dan Jobot Maheran. Ia mengisahkan tentang Nini yang sarat mengandung meminta suaminya, Basir menghantar dia pulang ke kampungnya di Jengka, Pahang untuk melahirkan anak. Filem ini ditayangkan pada 26 Mac 2015.
Jengka | |
---|---|
Pengarah | Ramdan Che Hassan Nyon Othman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Lakon layar | Aziz M. Osman |
Cerita oleh | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh | Aziz M. Osman |
Dibintangi | Riezman Khuzaimi Ramona Zamzam Raja Azrey Sahiddin Sabari Afidah Es Eyka Farhana |
Sinematografi | Ramli Long |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 80 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingMengisahkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata mereka tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan si isteri ingin bersalin di kampung halaman beliau iaitu Jengka, Pahang. Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan. Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’. Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah. Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya.
Pelakon
sunting- Riezman Khuzaimi sebagai Basir
- Ramona Zamzam sebagai Nini
- Raja Azrey sebagai Along
- Sahiddin Sabari sebagai Nyon
- Afidah Es sebagai emak Nini
- Eyka Farhana sebagai Aqish
- Jobot Maheran
Penerbitan
suntingJengka diarahkan oleh Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman, dengan Aziz M. Osman bertindak sebagai penerbit, penulis skrip dan penasihat cerita. Aziz mendapat idea untuk menerbitkan filem ini secara kebetulan, ketika sedang menyiapkan drama hari raya untuk TV3. Beliau tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh lelaki yang bertemu dengannya, dan ingin menjadikannya sebagai sebuah karya. Perbelanjaan telah digunakan untuk filem Jengka dan mencecah sebanyak RM1 juta.[1]
Beberapa pelakon popular tanah air telah dipilih untuk watak lakonan, termasuk Ramona Zamzam yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan Riezman Khuzaimi.
Keluaran dan sambutan
suntingJengka ditayangkan pada 26 Mac 2015 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Nurfarhana Mohamed dari Utusan Malaysia menulis bahawa filem ini mengambil konsep penemuan rakaman dan inspirasi yang kelihatan sama seperti Paranormal Acitivity dan dianggap tidak menghampakan dan boleh diklasifikasikan sebagai satu percubaan yang baik.[2] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian pula menyifatkan gandingan Riezman Khuzaimi dan Ramona Zamzam dilihat kurang menjadi, bukan kerana perbezaan usia, namun kurang keserasian.[3]
Rujukan
sunting- ^ Norhayati Nordin (19 Mac 2015). "Jengka: Bukan filem seram biasa". Harian Metro. Dicapai pada 2016-05-30.
- ^ Nurfarhana Mohamed (6 April 2015). "Jengka bukan seram tipikal". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2016-05-30.
- ^ Aqmar Mustaza (6 April 2015). "Jengka penuh misteri, debaran". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-05-30.