Buka menu utama

Mohd Rizman Bin Mohd Khuzaimi atau juga dikenali sebagai Riezman Khuzaimi (lahir 12 Mac 1970) merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit Malaysia, yang banyak bergiat aktif di televisyen dan filem.

Riezman Khuzaimi
KelahiranMohd Rizman Bin Mohd Khuzaimi
(1970-03-12) 12 Mac 1970 (umur 49)
Taiping, Perak, Malaysia
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penerbit TV
PasanganKartina Ayoob (k. 2001; c. 2015)
Datuk Normaziah Sheikh Mohamad (k. 2016)
Anak2

KerjayaSunting

Sebagai pelakonSunting

Sepanjang kerjaya beliau sebagai pelakon beliau telahpun berlakon dalam filem dalam dan luar negara seperti filem Scarline Cruisers (Hong Kong), KLU, Impian (1996), Adventure 96, Tragedi Oktober (1996), Baik Punya Cilok (2005), Waris Jari Hantu (2007), Sepi (2008) dan Congkak (2008). Selain itu beliau turut berlakon dalam drama tv seperti Di Sebalik Awan, Serakah, Cinderella dan Tarantula.

Sebagai pengarahSunting

Pada 2012 Beliau turut menjadi pembantu pengarah bagi Mencari Cinta yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 2013.[1]

Kehidupan peribadiSunting

Riezman pernah berkahwin dengan pelakon, Kartina Ayoob, pada 2001 namun berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Afiq Kiraman, dan Ruzain Nars. Riezman kemudian berkahwin dengan Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, di Shah Alam, Selangor pada 15 Disember 2016.[2]

FilemografiSunting

FilemSunting


RujukanSunting

Pautan luarSunting