Papadom 2 merupakan filem drama komedi Malaysia 2013 arahan Afdlin Shauki terbitan bersama Astro Shaw, Ismail Holdings, dan Vision Works ditayangkan pada 12 Disember 2013. Ia merupakan kesinambungan daripada filem Papadom (2009).[1] Ia juga merupakan filem terakhir arahannya.[2]

Papadom 2
PengarahAfdlin Shauki
PenulisHaris M. Nor
Nurul Salajudin
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai
DibintangiAfdlin Shauki
Liyana Jasmay
Vanidah Imran
Disunting olehAizam Syamsul Aksan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
12 Disember 2013
Masa tayangan
123 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 620, 000

Sinopsis sunting

Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang.

Saadom yang bersendirian di Pulau Pinang mula merasakan hidupnya kosong kerana Mia terlalu sibuk bekerja sehingga jarang pulang ke kampung dan menghubunginya. Saadom cuba menghubungi Mia untuk melepaskan rindu tetapi panggilannya tidak berjawab. Hanya suara Mia dari peti pesanan suara dapat mengurangkan sedikit kerinduannya terhadap Mia. Saadom turut mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Mia dan dinding-dinding di rumahnya penuh dengan gantungan keratan-keratan akbar yang telah dibingkaikannya.

Rakan-rakan Saadom yang singgah melawat di restoran turut bertanya mengenai perkembangan Mia di Kuala Lumpur kepada Saadom. Kerinduaan Saadom semakin memuncak terhadap anak kesayangannya itu apabila melihat anak-anak rakannya masih lagi melepak dan meluangkan masa bersama mereka. Saadom mula merasa sedikit kesal kerana membiarkan Mia bebas berseorangan di Kuala Lumpur tanpa jagaannya.

Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak. Saadom memeluk anaknya dan bertanya apa yang telah berlaku kepada Mia dan Mia memberitahu kepada bapanya yang dia telah bergaduh dengan kekasihnya. Saadom cuba untuk mencampuri urusan percintaan anaknya itu tetapi dihalang Mia. Saadom turut bertanya kepada Mia siapakah kekasih hati anaknya itu tetapi Mia tidak mahu memberitahu kerana dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya kepada Saadom. Mia memberitahu Saadom lelaki ini yang bakal dikahwininya nanti.

Sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya, Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Salah seorang dari lelaki ini bekerja sebagai eksekutif yang berjaya, seorang lagi penerbit filem dan seorang lagi pelakon popular. Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia. Saadom turut menyamar untuk menyiasat aktiviti social 3 orang lelaki ini. Setelah membuat kesimpulan dan hipotesisnya sendiri mengenai lelaki yang paling sesuai untuk anaknya, Saadom bersiap sedia untuk memberitahu Mia.

Suatu hari semasa Saadom mahu memberitahu Mia lelaki yang sesuai dengan anaknya itu, Mia telah memberikannya kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom. Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. Lelaki itu bukan sahaja kelihatan terlalu jauh beza umurnya dengan Mia malah merupakan seorang duda yang mempunayi seorang anak dan Saadom terasa sedikit kecewa dengan pilihan Mia.

Saadom kembali menyamar dan menyiasat latar belakang kekasih hati Mia. Satu hari semasa dia mengekori lelaki itu ke rumah, dia mendapati terdapat seorang gadis muda di rumah itu menyambut kepulangan kekasih Mia dengan sangat mesra. Saadom membuat kesimpulannya sendiri bahawa kekasih Mia tidak boleh dipercayai dan hanya memperalatkan perempuan muda untuk melempiaskan nafsunya. Saadom cuba memberitahu dan meyakinkan Mia mengenai perilaku kekasih Mia. Mia mulanya tidak mahu mempercayai kata-kata bapanya tetap akur dan berpisah dengan kekasihnya walaupu dia sangat sedih dan tidak sanggup melepaskan kekasih hatinya itu.

Kekasih Mia datang berjumpa dengan Saadom menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan menerangkan perasaan sebenarnya kepada Mia. Saadom tersedar akan kesilapannya dan mula mencari jalan untuk dan menyatukan kembali anaknya dengan lelaki itu.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Papadom 2 merupakan filem ke-13 arahan Afdlin Shauki dan diterbitkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai terbitan Astro Shaw, Ismail Holdings dan Vision Works untuk Tayangan Unggul; beliau turut berkhidmat sebagai penulis cerita dan skrip. Ia merupakan kesinambungan daripada filem Papadom yang ditayangkan pada 2009, Afdlin dan Liyana Jasmay mengulangi peranan mereka sebagai Saadom dan Miasara masing-masing. Pelakon yang terlibat termasuk Khir Rahman, Hans Isaac, Vanidah Imran, Scha Al-Yahya, Pete Teo dan Chelsia Ng.

Helmi Yusof bertindak sebagai sinematografer untuk filem ini, Nazrul Ashraff Mahzan sebagai pengarah seni, manakala Syed Ahmad Faizal (Pacai) menyediakan muzik. Tenaga kerja lain termasuk Aizam Syamsul Aksan (pentyunting), Eds Ariffin (penata rias), Nurzaidi Abd Rahman (penata bunyi), Lai Kok Yung (penolong pengarah) dan Nasirah Ramlan (pereka busana).

Keluaran sunting

Papadom 2 dikeluarkan pada 14 Disember 2013.[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ Papadom 2, karya terbaik Afdlin Shauki mSTAR Online (17 Disember 2013). Diperoleh pada 7 Februari 2014.
  2. ^ Akmaliah Razak (27 Januari 2014). Papadom 2, filem terakhir Afdlin Shauki Sinar Harian. Diperoleh pada 7 Februari 2014.
  3. ^ Ashraf Nasser (6 Disember 2013). "Afdlin Shauki berhasrat terbit sekuel "Papadom 2"". Yahoo! News. Dicapai pada 1 November 2018.
  4. ^ Ashraf Nasser (5 Disember 2013). "Afdlin Shauki: "Papadom 2" sangat dekat dengan diri saya". Yahoo! News. Dicapai pada 1 November 2018.

Pautan luar sunting