Seribu Nina

Seribu Nina ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan Umi Salwana Omar dengan idea asal oleh Nazri Vovinski dan skrip oleh Azhar Amirulhisyam, Hazo Mahayuddin dan Baizura Kahar. Dibintangi oleh Adriana Adnan sebagai watak tajuk bersama Syafiq Kyle dan Marsha Milan, siri ini disiarkan di platform penstriman Viu bermula 19 Mei 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[1][2][3][4]

Seribu Nina
GenreKomedi, romantik, fantasi
PenciptaNazri Vovinski
Ditulis oleh
PengarahUmi Salwana Omar
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
  • Imillya Roslan (Viu)
  • TP Lim (Infinitus Entertainment)
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Penyunting
  • Ammar Aizzad
  • John Hafiz
  • Daniel Mahamad
  • Hapil Zan Mazlan
  • Jo Naflish
  • Anand R.
  • Izaq Yuzaini
LokasiMalaysia
SinematografiMohd Roslan Jalaluddin
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–55 minit
Syarikat penerbitan
Infinitus Gold
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal19 Mei 2022 – 16 Jun 2022
Pautan luar
Laman sesawang

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang pasangan yang memiliki personaliti berbeza: Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema, manakala Nina, teman wanitanya yang bekerja sebagai barista kafe tempatan pula bersikap spontan. Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka berlaku. Nina yang menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik kembali ke dimensi asalnya. Pada masa yang sama, Nina dan Amar juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan dari dimensi lain. Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Seribu Nina diarahkan oleh Umi Salwana Omar, yang pernah dicalonkan bagi kategori Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 pada 2019 menerusi filem arahannya, Gol & Gincu Vol. 2 (2018).[9] Idea asal untuk siri ini ialah daripada Nazri Vovinski dengan Azhar Amirulhisyam, Hazo Mahayuddin dan Baizura Kahar berkhidmat sebagai penulis skrip.[10][11]

Untuk menjayakan watak Nina, Adriana Adnan memegang 8 watak sekali gus.[5] Beliau dilaporkan berkata: "Ini merupakan kali pertama saya membintangi drama bersiri sebagai pelakon utama [...] Ini juga kali pertama saya menjayakan lapan watak dalam satu drama bersiri. Saya harap saya dapat membanggakan semua ‘Nina’,".

KeluaranSunting

Seribu Nina memulakan siaran di Viu bermula 19 Mei 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[2][12][13] Majlis pratonton episod pertama siri ini diadakan di Dadi Cinema Pavillion, Kuala Lumpur pada 17 Mei 2022, dua hari sebelum tayangan perdananya di Viu dan dihadiri oleh barisan pelakon dan kru siri ini.[3]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2022 Anugerah ContentAsia 2022 Program Komedi Terbaik Asia Seribu Nina Tercalon [14]
Pelakon Wanita Utama dalam Program TV Adriana Adnan Tercalon
Pengarah Terbaik bagi Program TV Berskrip Umi Salwana Omar Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k "Seribu Nina". My Infotaip. 26 Mei 2022. Dicapai pada 5 September 2022.
  2. ^ a b Budiey (22 Mei 2022). "Drama Siri SERIBU NINA Lakonan Syafiq Kyle & Adriana Adnan Di Viu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  3. ^ a b "Viu premieres Seribu Nina, a fantasy romance comedy spanning multiple dimensions" (dalam bahasa Inggeris). The Vibes. 19 Mei 2022. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  4. ^ Mumtaj Begum (2 Jun 2022). "Malaysian series 'Seribu Nina' explores the multiverse with romance and comedy" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  5. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (30 Mei 2022). "Tak malu uji bakat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (22 Mei 2022). "Empat watak satu drama". Harian Metro. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Jun 2022). "Syafiq 'seram' tengok lakonan sendiri?". Berita Harian. Dicapai pada 12 Disember 2022.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Mei 2022). "Marsha belajar adegan aksi". Harian Metro. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  9. ^ "Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original". Kakimuvee. 20 Mei 2022. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  10. ^ S. Tamarai Chelvi (26 Mei 2022). "Into the multiverse" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  11. ^ Yat Kean (19 Mei 2022). "Seribu Nina sets to bring Viu users to travel through 1,000 worlds with Syafiq Kyle And Adriana Adnan on 19 May" (dalam bahasa Inggeris). Trend GRND. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  12. ^ "MENGEMBARA KE 1,000 DIMENSI BERSAMA SYAFIQ KYLE DAN ADRIANA ADNAN DALAM DRAMA VIU ORIGINAL 'SERIBU NINA'". Femag Online. 25 Mei 2022. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  13. ^ Ellyna Ali (11 Mei 2022). "Nak Tahu Siapa Nina, Tonton Seribu Nina Di Viu". Getaran. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  14. ^ ""Seribu Nina" terima tiga pencalonan di Anugerah ContentAsia 2022". Miss Mynah. 12 Ogos 2022. Dicapai pada 28 Ogos 2022.

Pautan luarSunting